Monday, December 13, 2010

...tribute buat akak2 ku n tarbiah yang hilang...

Salam...


   Seminggu yang lalu,blog ana dikunjungi oleh seorang kakak yang sangat ana rindui namanya Kak Nazirah Badruddin atau ana panggil dia Kak Jie.Kak Jie nih salah sorang anggota badan dakwah dan kepimpinan islam (BAKIS) kalau tak silap ana dia majlis tertinggi n ana sempat berada lebih setahun di bawah pimpinan dua Ummi Bakis (gelaran tuk pengerusi badan dakwah) Kak Ah (UM) n Kak Fa (tak silap duk syiria).Kunjungan kak jie mengingatkan ana pada kakak yang banyak mentarbiah diri ini yang memang nakal di dalam kelas.Suka buat bising.
  Yang paling terkesan ialah naqibat ana yang ketika itu memegang lujnah usrah manakala ana memgang lujnah tamrin dan qiamullail satu lujnah yang berat jugak la.Tapi, ana hanya timbalan ja.nasib baik.Masa tu ana di tingkatan tiga banyak nostalgia dan kenangan ana dalam badan dakwah.Walaupun hanya beroperasi di bilik kayu yang kecil tuk sebuah organisasi yang punya banyak lujnah dan kerja yang tak putus-putus tapi itulah tarbiah namanay.Kena susah.Senang pun tarbiah jugak.
    Rutin kami tiap-tiap pagi perlu berkumpul n sama-sama baca ma'thurat n bagi tazkirah mengikut jadual.Bagi pegang jawatan pengawas perlu bergegas menjalankan tugas menjaga kelas dan ana salah seorang dari mereka.Bagi hari yang dikehendaki bertugas dikantin tk yang berada di biro kantin kena jaga kantin plak dan ana juga terlibat dalam usaha mengosongkan kantin waktu pagi.Siap kena angkat cawan2 yang ditinggalkan lagi.Nasib baik tak yah basuh...dan antara tugas yang best spy mak cik kantin masak sampai ke maktab pon ana suka spy tukang masak.Benda nak jadi darah daging kita kan.Selepas itu, masuk kelas sudah tentunya dengan keadaan yang agak segar sebab dah kena exercise pagi2 lagi...(segar la sangat...hehe).
   Kembali pada cerita Kak Jie,dia sekarang dah pakai purdah.Dulu dia pakai 'kekek' kat dagu jenuh jugak la ana blajar  sampai koyak-koyak tudung ana.pastu ana tak wat dah,just kancing tinggi2 je.Kak Jie ni tangan dia seni sket,dia suka wat penanda buku n jual kat student tuk dana BAKIS.Banyak nostalgia yang tak dapat dilupakan terutamanya time tamrin n qiamullail masa ni,tenaga semua pihak amat diperlukan dan juga persefahaman.Maklumlah dalam sebulan hampir empat kali program qiamullail.Kalau setahun...dan sebenarnya inilah rahsia kejayaan pelajar YIK ,usrah n qiamullail.
   Ana banyak tertarik dengan perwatakan akak2 BAKIS nih.Lemah-lembut,banyak ilmu,multi kemahiran-macam2 bleh buat,wara',sopan-santun maklumlah yang terpilih tuk duk dalam BAKIS banyak tapisannya n banyak pula test yang kena lalui sebelum dimasukkan ke dalamorganisasi tu.Cumanya ana hairan cammana lah ana yang agak otai kat situ walaupun keotaian ana tak dalah menonjol sangat.Ntahlah bilala ana nak jadi cam mereka...
   Takdir ana,bersama mereka kejap ja,pastu ana amik keputusan tuk pindah ke maahad muhammadi kota bharu walaupun ada seorang ustazah penasihat BAKIS ketika tu.Jumpa n genggam tangan ana,n dia bagi tahu nti harapan ustazah tuk pegang BAKIS tuk tahun2 seterusnya,ana tak faham apa maksud ustazah tu,tapi ana tetap dengan pendirian ana,tuk pindah juga.Maafkan ana ustazah tapi itulah takdirnya.
  Takdir Allah tetapkan pada ana untuk merasai hilangnya sebuah pentarbiahan,ya...ana kehilangan pentarbiahan itu sebabnya ana tidak lagi bekerja di maahad muhammadi kota bharu seperti mana ana bekerja di pasir pekan.Ana punya banyak waktu n tenaga yang tak digunakan.Jiwa ana menjadi kosong n sebelum ini pernah seorang akak datang pada ana...dia berkata "akak suka tengok muka hawa,ada nur..."kata2 itu benar2 terkesan di hati ana,Bukan bangga tapi itu tanda jiwa kita tenang dan cukup makannya.Tapi setelah ana berpindah dan berpisah dari jemaah ini akak yang sama datang lagi "akak tengok hawa dah lain sekarang...dah ada boyfriend ke?..."masyaallah hati ana lagi terkesan, mengapa begitu sangkanya..mungkin nur itu telah pergi meninggalkan wajah ini...bukan ana yang ada boyfriend tapi sebenarnya ana makin jauh dengan KEKASIH ana, itu tanda jiwa kosong n kurang makannya.Itulah kuncinya dan sampai sekarang pun ana masih lagi mencari nur yang hilang itu.
   Akhir coretan buat akak2 yang pernah mentarbiah diri ini terima kasih jasa kalian harapnya dibalas dengan ganjaran yang besar.Buat kak Aznida kata2 akak ketika kali terakhir akak memeluk hawa takkan hawa lupkan.Hawa akan pastikan hawa akan menjadi busur panah islam yang sentiasa bergerak ke hadapan sehingga ke penghujungnya.Buat kak Aziah Doa Rabitah yang satu ketika kita baca bersama dengan linangan air mata perjuangan akan tetap menyemarakkan ukhuwwah ini.Tidak di dunia,di akhirat kita berjumpa.
~tarbiah itu indah walaupun pahit~

 

No comments:

Post a Comment