Sunday, August 28, 2011

kata hati...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Yang telah mengaturkan seluruh aktiviti hambaNya untuk dilalui..
Yang telah menentukan rezeki buat hambaNya untuk dinikmati..
Yang telah menetaptkan jodoh buat hambaNya untuk dikasihi..
Yang telah menuliskan tarikh ajal setiap hambaNya untuk diingati..


   Alhamdulillah saat coretan ini terlakar pada kanvas maya ini, Allah memberi kesempatan qudrat dan masa untuk menulis sesuatu setelah lama tidak menjengah blog kesayangan ini..bukan tidak ada bicara yang ingin dikongsi bukan tidak ada rasa yang ingin diluah tetapi tiada bahasa untuk menterjemah rasa dan bicara,hanya sekadar tersimpan kukuh di hati sekadar ditatap oleh diri sendiri dan sang pencipta.
   Ramadhan kali ini rasanya mengajar banyak erti tentang kehidupan..realiti sebuah kehidupan,rasanya tidak mampu ana untuk melunaskan amanah yang diberikan oleh Allah..terlalu banyak tidak terhitung..banyak hak yang perlu dilunaskan.Usah dipersoalkan hak orang lain ke atas kita tapi hak kita yang perlu dilunaskan.
    Lemahnya ana Ramadhan kali ini beberapa kali juga bertarawikh dirumah dan beberapa kali juga tertinggal tarawikhnya..urusan dunia banyak melemahkan ana..juga alasan kendiri yang tidak mampu melawan keletihan dan kemalasan yang bertandang...
   Bila diuji baru diketahui sejauh mana kekuatan Iman...Resultnya iman ana masih berada pada tahap KRITIKAL...mungkin lidah hebat membicarakan tentang iman ,tentang mahabbah,mungkin jemari ligat bicara tentang pengabdian tentang khidmat tapi perlaksanaannya..maaf,maaf,maaf Allah...bicaraku tanpa bukti...tapi bicara ini adalah lukisan sebuah keinginan,pengharapan dan cita-cita...Kabulkan,kabulkan ya Allah...

Salam akhir ramadhan...
Addhuafaat ilaallah...





Bicara tentang CINTA...



Cinta...
Hubb..

Gemar sungguh manusia mengungkap kata Cinta..
Uhibbuki Fillah...
Uhibbuki Hubban Syadidan..
Saya mencintaimu kerana Allah...
Saya mencintaimu kamu sebenar-benarnya...

Dari cinta hadirnya rindu..
Ingin sentiasa bersama..
Ingin sentiasa besua..

Dari cinta hadirnya ingin menyerupai
Ittiba'

Dari cinta hadirnya khidmat
menyenangkan
Agar yang dicintai merasa senang..

Kenapa manusia gemar bicara tentang cinta?
Kerana cinta itu memang dicipta oleh pencipta..
Tidak bisa  menanggalnya dari jiwa..

Bertafakur sendiri mengenal erti cinta
Lalu terjawablah dari seorang abi..
"kerna kamus cinta mereka materialis"
"kerna kamus cinta mereka syahwani"
"kerna kamus cinta mereka hayawani"

abi menyambung lagi
"mereka tidak kenal cinta mutlaq"
"mereka tidak kenal cinta iman"
"mereka tidak kenal cinta ketulusan tauhid..."

bukan mereka sahaja tidak tahu ...
bukan mereka sahaja tidak sedar ...
bukan mereka sahaja tidak merasainya....
tapi aku juga begitu....

Kamus cintaku harus berubah..
Mungkin bentuknya sama tapi ramuannya berbeza..

Kuatkan aku wahai PENCIPTA CINTA...

Thursday, August 4, 2011

Muhasabah Ramadhan



     Diam tak diam telah seminggu kita berada dalam madrasah Ramadhan…Fasa kerahmatan telah berlalu,kini kita sedang menghadapi  fasa pengampunan,..”Ramadhan diawalnya Rahmat,dipertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka…”.Saat ini rahmat Allah terlalu murah dan turun mencurah-curah buat hambaNya yang senantiasa mendambakan rahmat Illahi.Para abid dan pendamba cinta Illahi sudah tentu tidak akan melepaskan ganjaran ini.Sebagaimana kita berasa teruja melihat deretan bazaar Ramadhan,juga memikirkan menu apakah buat santapan famili tatkala berbuka..begitulah seharusnya juga kita sepatutnya dalam mengabdikan diri kepada Allah saat ini..seharusnya kita teruja menghitung pahala berganda yang sedang dicatat oleh malaikat,di minda pula merangka-rangka amalan soleh apa yang akan ditambah hari ini agar rahmat yang dijanjikan dilimpahkan pada kita.
   Ramadhan natijahnya takwa tetapi sejauh mana Ramadhan yang kita lalui selama ini berjaya mengubah dan menjadikan kita orang yang bertakwa??
Orang bertakwa…..mampu mengawal marah
Orang bertakwa….banyak memberi  tanpa mengira  saat sempit atau luas
Orang bertakwa… tidak lama berada dalam dosa,cepat kembali dan bertaubat
Orang bertakwa… senantiasa murah dengan kemaafan
Orang bertakwa…jiwanya tenang dan terpapar pada wajahnya sebuah ketenangan…
Orang bertakwa… setiap langkahnya berhati-hati bimbang jika tersilap membawa murka Allah
   Persoalannya setelah berpuluh Ramadhan kita lalui beginikah sifat yang terbentuk dalam diri? Setelah berpuluh malah beratus rakaat tarawikh yang kita lalui, ada atau tidak perubahan berlaku dalam diri kita? Makin sabar atau tidak diri kita?Makin pemurahkah kita atau belum pun keluar dari madrasah Ramadhan tangan masih merasa berat untuk menghulurkan sedekah?dan Berhati-hatikah kita dalam melakukan aktiviti seharian kita?Sebagaimana kita berhati-hati dalam menjaga perkara yang membatalkan puasa , begitukah kita berhati-hati dan teliti dalam menjaga kewajipan yang lain dalam kehidupan seharian.Sabda Rasulullah SAW:
الصيام الجنة
Puasa itu perisai
(Hadith riwayat Ahmad dan alNasa`ie, daripada Abu Hurairah)



   Sabda Rasulullah lagi :

          Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untukKu, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.
  Semoga kita bekerja keras untuk terus mengkoreksi kualiti Ramadhan kali ini…Selamat berpuasa...

Wednesday, August 3, 2011

Kentang Lecek...

Assalamualaikum salam Ramadhan buat semua....Sekadar ingin berkongsi resepi kentang lacek..dah lama ana cari resepi ni...dan alhamdulillah di bulan mulia ni akhirnya pencarian ana tamat...selamat MENCUBA!!!!...


yummy...my febret nih...
Selalunya apabila ingin merasa kentang lecek atau lebih dikenali sebagai whipped potatoes, tempat yang dituju semestinya KFC. Hari ini kita akan berkongsi cara-cara membuat kentang lecek ala kentaki.
Bahan kentang lecek:
500 gram kentang (dikupas )
1 cawan susu segar
50 gram mentega
garam dan serbuk lada putih sebagai perisa.
Cara memasak:
Rebus kentang di dalam air dan bersama sedikit garam. Biarkan merenih sekitar 20 minit atau sehingga kentang dari benar-benar empuk.
Angkat kentang dan toskan. Lecek sehingga halus.
Tambahkan susu segar, mentega sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Tambah serbuk lada puthi sebagai perisa.
Bahan kuah kentang lecek
2 sudu minyak masak
50 gram mentega
20 gram tepung gandum
1 batang saderi (dipotong kecil)
1 ulas bawang besar (dipotong kecil)
Serbuk lada sulah dan lada hitam
2 sudu sos tiram
1 cawan air
2 cawan stok ayam (cecair)
1 cawan susu segar (UHT juga boleh)
Cara memasak kuah:
Panaskan minyak masak, goreng daun saderi dan bawang sehingga layu. Angkat dan biarkan sehingga sejuk
Kisar semua bahan goreng tadi sehingga halus. Gunakan sukatan air.
Cairkan mentega menggunakan air kecil, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Tuangkan air, stok ayam dan susu segar. Kacau perlahan.
Masukkan bahan kisar sambil mengacau. Masak sehingga mendidih dan boleh diangkat