Monday, May 16, 2011

tentang niqab @ purdah...


Assalamualaikum...

allahummasolii ala muhammad...



  

   Satu petang...tatkala ana sedang solat terasa ada seseorang memasuki bilik ana (nampak sangat tak khusyuk' ...hehe)

Usai solat n sedikit doa...sahabat ana mengambil tepat betul2 dihadapan ana...dalam hati ana (kurusnya dia...maklumla ana ni comel sket...)

 
    "Kenapa ya??" ana dapat menduga sahabat ana datang bukan sekadar lawatan sambil belajar atau jalan2 mengisi kekosongan waktu tatkala musim study week menjelma...macam ada sesuatu je...(suspen betul...).Ana tersenyum memandangnya.Sungguh ana seorang sukar mengorek masalah orang.Walaupun ana tahu sahabat ana ada masalah yang perlu diselesaikan tapi beginilah ana...tetapi bila ada yang datang menceritakan dan minta bantuan insyaallah ana sedia membantu...Tetapi untuk sahabat yang sorang ini ana senang untuk bertanya mungkin kerana dia senang bicara sama ana.

   Dia mula bicara lebih kurang begini .."akak saya nak pakai purdah.."

dan ana terdiam seketika  dalam hati berkira..apa harus aku bicara.



Cuba mengimbas kembali dialog bersama seorang kakak yang telah ana iktiraf secara diam sebagai murabbiah hati ana.

"Akak saya nak pakai purdah.Apa pendapat akak?"

"Kenapa hawa nak pakai purdah??"Tanya akak itu kembali.

Ana memandang jauh ke arah hutan2 disekeliling yang gelap..tapi nyaman dengan deruan air  terjun dan orkestra cengkerik dan unggas di hutan itu.Hati kecil ini berbisik mengulang pertanyaan akak ini.Kenapa ya??
 
"Saya nak tutup wajah saya dari pandangan muslimin..." pendek jawapan ana.
 
akak itu tersenyum...
 
"Sebenarnya purdah bukan sekadar menutup wajah dari pandangan muslimin.Malah lebih dari itu..."

Bicaranya terhenti disitu dan anatidak berani bersoal banyak.Adab bersama guru tidak boleh terlalu banyak soal.Seterusnya kami mula bicara soal hati.
 
Kembali semula pada bicara ana n sahabat di bilik...

Kata ana begini..

"Kak awa (nama glamour kat maktab nih...) , tak tau apa yang nak dikata..nak galakkan pon tdak n halang pon tidak..apa yang dinasihatkan oleh seseorang akak pada Kak Awa sebelum pakai purdah dulu...hijablah hatimu itu yang paling utama..Jadi nasihatnya andai ini pilihannya teruskan cuma jangan lupa untuk sentiasa koreksi diri.Pakai purdah banyak cabaran."

 
sambung ana lagi...


"Bagi Kak Awa purdah menjadi satu motivasi tuk menyempurnakan diri sebagai seorang muslimat.Tak nak hanya hijab di luar tapi hakikatnya tidak begitu..., harus sabar dengan pujian yang bakal mendatang cuba bayang tiba2 akan ada yang datang pada kita dan berkata comelnya akak ni,kalau tak kuat hati kita tersasar jadi apa guna purdah yang kita pakai... "

Ana cuba membuka ujian2 n cabaran berniqab dan jawabannya positif dan ana yakin dia buat atas dasar faham bukan ikut-ikutan .Dia membalas begini:

"Tak pa akak,sebenarnya semua ujian dan apa yang akak bgtau sebagai latihan untuk saya melatih dan mengoreksi diri dan hati,saya harus pakai ..."

Ana nampak tekad dalam hatinya.Lalu ana hadiahkan sesuatu sebagai permulaan dan ana berbisik,ini memang rezekinya.

Buat sahabat dan sesiapa sahaja tahniah kerana kalian punya kekuatan untuk berbusana muslimah cuma pesanan untuk diri ini yang hina ini terutamanya...jangan sekadar berpakaian tapi biarlah akhlak kita dan ibadat kita juga indah dan pakaian yang sebanar ialah pakaian takwa.Doakan ana tuk menjadi muslimat yang bertakwa...

dan ana masih mencari rahsia itu???

No comments:

Post a Comment