Saturday, November 17, 2012

Moga dia Takdirku..

Ku bakal mempunyai baitul muslim sendiri...

Alhamdulillah tamat sudah pengajian di bumi bainun yang pastinya meninggal banyak memori indah,,segalanya indah biar ada rasa pahit yang menanggung tapi bagi orang yang beriman musibah juga  nikmat baginya.Seusai pembelajaran atau medam membina fardi muslim bagi ana..maka Allah mengaturkan ana bakal melangkah ke tangga kedua iaitu baitul muslin. Pembina fardi muslim tetap terus dibina tetapi dibina bukan dalam bentuk fardi tapi dalam bentuk yang berbeza iaitu rumah tangga atau baitul muslim.

Diluar perancangan ana secara konkrit hanya cita-cita mahu menamatkan zaman berseorangan sesegera mungkin namun tidak pernah menetapkan bila.Tapi Allah yang telah menetapkan dan ana hanya melalui ketetapan Allah buat ana.Allah datangkan Muhammad Hanis ke rumah ana bersama keluarga dan ana sekeluarga hanya menyambut keluarga kiriman Allah itu. Duah buah keluarga yang tidak pernah saling berkenalan baik anak, mahupun orang tua bertemu..tanpa juga kehadiran wakil yang menjadi perantara...Allahlah perantara kami...

Ana ditaarufkan oleh ibu dan dia ditaarufkan oleh ayahnya..tahulah aku seperti keluargaku yang juga punya darah campuran cina..dia juga begitu bezanya keluarganya dicampur  dengan darah berketurunan Yaman..bumi  seribu wali.Jika tidak kerana pendedahan tentang negara seribu wali itu tika di bainun mungkin ia hanya makluman biasa.Namun dengan makluman itu sedikit aku merasakan ia berketurunan baik2. Aku melihatnya sekilas penampilannya, gayanya dan caranya biasa dan simple.Aku hanya berbual dengan ummi, sungguh ku telah jatuh hati pada Ummi..wanita kecil, berkulit hitam manis, bermata kuyu dan berkaca mata..suara ummi lunak..ummi penuh kasih-sayang.Sebelum berpisah setelah sesi taaruf selesai  aku menyalami dan mencium tangan ummi. Tapi ummi menarik dan memelukku dan mencium pipiku. aku terkaku..ummi..

Petangnya orang tengahku bertanya responku...bagiku tiada aral lantas ku bertanya pada keluargaku semuanya tiada aral. Kutanya diri..dia lelaki yang kurasakan cukup syaratnya yang ditetapkan Rasulullah.Lelaki sederhana punya cita2 tersendiri untuk agama..penampilan, sahabat, ibubapa dan latar belakang pendidikannya meyakini aku dia lelaki yang punya agama..harta, cukuplah dia telah punya kerja tetap, rupa paras... dia tiada cacat cela yang memalukan dirinya-sendiri..bagiku sudah cukup, keturunan Alhamdulillah lelaki yang punya keturunan dan tidak terputus keturunannya..

Aku tidak beristikharah kali ini sebelum membuat keputusan..dari awal lagi aku telah bertawakkal..jika dia jodoh yang Allah telah tetapkan walau apa halangan dia akan tetap menikahi aku..Yang aku lakukan hanya menjaga hati agar sentiasa berhubung dengan Allah..Setiap keputusan kupastikan diketahui guruku dan setiap langkahku dalam membuat apa jua keputusan kupastikan ia bertepatan dengan syara' .Lantas ku menjawab
" Keputusan ana adalah keputusan sahabat us.Jika dia ok maka begitulah ana. Jika sebaliknya maka sebaliknyalah ana...Keluarga ana tiada aral.."
dan aku bertawakkal biar apa keputusannya akan kuterima sebegai takdir tiada lagi air mata seperti dulu..tiada lagi pujukan untuk menerima ia takdir..kerana hati ini telah dilatih Allah menerima apa jua ketetapan..sebelum ketetapan itu terlaksana lagi..Sungguh... pasrah dan redha adalah kunci utama mendapat hati yang tenang..akhirnya setelah dua hari sahabat ana mengkhabarkan keluarganya tiada masalah dan mahu malangsungkan perkahwinan bulan 11 tahun yang sama. Keluarga ana juga tiada masalah..hanya 2 bulan urusan perkawinan harus dilaksanakan..beginilah apabila khatir Allah .. segalanya sepantas kilat..


Lagi empat hari aku kan bersua mata buat kali kedua dalam situasi berbeza...semoga majlisnya berjalan lancar semoga dialah jodohku..
Masih menanti orang yang tepat, masa yang tepat dan tempat yang telah ditetapkan DIA...


~ Rabbi mudahkanlah jangan persusahkan~

No comments:

Post a Comment