Wednesday, April 27, 2011

Open Diary

Assalamualaikum...

   Tatkala posting ini ditulis, ana berada dalam kegelapan...aras ana blackout,tak tau nak buat apa makanya laptop menjadi sasaran...ingin mencoretkan sesuatu sekadar berkongsi rasa di alam maya.Minggu lepas ada sejarah terlakar dalam hidup ini.Ingin benar ana berkongsi disini bukan untuk menunjuk atau membangga diri tetapi sekadar berkongsi pada sesiapa yang tersinggah moga ada pengajaran yang dikutip bersama.
  Minggu lepas,alhamdulillah exam bahasa arab dan tarannum berjalan dengan lancar cuma antara betul ke tak jawapan ana tu jelah...:) tapi overall alhamdulillah cuma tarannum agak keliru tentang fungsi dan peranan je.Hari ini pula amali tarannum nasib baiklah hanya secara murattal kalau secara mujawwad pening juga ana dan ana melagukan lagu Hijjaz...
   Minggu lepas juga, telah langsai sebahagian amanah yang diletakkan dibahu ini setelah bertungkus-lumus bersama sahabat2 iaitu kem nuqaba' dan buat pertama kalinya ana berceramah hampir sejam dihadapan mereka.Sekadar ingin memberi kesadaran tentang hakikat kehidupan.Dalam hati ana terfikir sampaikah apa yang ana cuba bawakan...sepatutnya bukan ana tetapi disebabkan penceramah yang datang tidak dapat menghadirkan diri dan ana mengambil cabaran untuk menggantikannya..hampir seratus slaid juga slaid yang duberi..Syukran pada junior ana yang membantu...Sampai atau tidak yang penting kita mencuba,jangan teragak2 dalam melakukan kerja dakwah..insyaallah kalau kita ikhlas Allah akan membantu...
  Keesokan harinya pula, dijalankan satu LDK dan ana tidak berniat untuk melakukan apa yang ana lakukan tiba2 idea datang melihat kebekuan dan kekauan peserta yang tidak cuba secara bersungguh mempertahankan apa yang mereka buat.Lalu, ana menganalogikan binaan yang dibuat bersama ibarat Islam yang dibina oleh tangan Rasulullah dan para sahabat, serta orang terdahulu lalu ana leraikan satu persatu binaan tersebut, sambil bermuhasabah sikap mereka dalam berorganisasi,  juga sikap da'ie hari ini yang menyebabkan Islam runtuh sedikit demi sedikit termasuk juga ana...
  Alhamdulillah ada mata yang menitiskan air mata, tanpa disuruh mereka bangkit mempertahankan binaan tersebut.Ana bermonolog sendirian adakah air mata dan bangkitnya mereka satu petanda mereka akan terus bertapak di medan ini.Adakah yang ana cuba sampaikan dapat mereka fahami dan rasai.Paling tidak, mungkin  cukup sekadar mereka pernah menangis kerana agama ini.
   Sebaik sahaja ana selesai tuk LDK naik ke bilik tuk khidmat diri dan terlihat pada skrin panggilan n mesej dari sahabat, dek kerana ada kerja yang lain perlu ana selesaikan maka ana settlekan dahulu.Bla hampir satlle sumenya ana hubungi sahabat ana dan Allhuakbar ana dan beberapa orang sahabat diminta untuk memberi sedikit khidmat pada zaujah2 habaib yang turun ke bumi bainun...hati ana sujud bersyukur..hadiah dari mu ya Allah...engkau mengetahui kegersangan hati ini.lalu,kenangan seharian bersama zaujah Syikh Nuruddin berputar kembali.Gembira rasa hati bila diberi peluang berdamping dengan wanita seperti mereka.Allah, cukup indah...benarlah wanita itu hiasan dunia..tetapi wanita yang bagaimana...moga ana juga seperti mereka...cukup terpelihara..segalanya..subhanallah...
 
Save Now