Sunday, August 28, 2011

Bicara tentang CINTA...



Cinta...
Hubb..

Gemar sungguh manusia mengungkap kata Cinta..
Uhibbuki Fillah...
Uhibbuki Hubban Syadidan..
Saya mencintaimu kerana Allah...
Saya mencintaimu kamu sebenar-benarnya...

Dari cinta hadirnya rindu..
Ingin sentiasa bersama..
Ingin sentiasa besua..

Dari cinta hadirnya ingin menyerupai
Ittiba'

Dari cinta hadirnya khidmat
menyenangkan
Agar yang dicintai merasa senang..

Kenapa manusia gemar bicara tentang cinta?
Kerana cinta itu memang dicipta oleh pencipta..
Tidak bisa  menanggalnya dari jiwa..

Bertafakur sendiri mengenal erti cinta
Lalu terjawablah dari seorang abi..
"kerna kamus cinta mereka materialis"
"kerna kamus cinta mereka syahwani"
"kerna kamus cinta mereka hayawani"

abi menyambung lagi
"mereka tidak kenal cinta mutlaq"
"mereka tidak kenal cinta iman"
"mereka tidak kenal cinta ketulusan tauhid..."

bukan mereka sahaja tidak tahu ...
bukan mereka sahaja tidak sedar ...
bukan mereka sahaja tidak merasainya....
tapi aku juga begitu....

Kamus cintaku harus berubah..
Mungkin bentuknya sama tapi ramuannya berbeza..

Kuatkan aku wahai PENCIPTA CINTA...

No comments:

Post a Comment