Sunday, November 21, 2010

Falsafah Hidup-Hamka dan erti persahabatan.



Semoga kesejahteraan dari Allah terus-menerus melimpahi sahabat dan sahabiah ..

   Dalam batasan waktu yang agak lebar dan luas berbanding hari-hari ana dimaktab,rutin ana berubah lebih 270 darjah rasanya.Biasanya waktu ana di maktab agak padat dengan tugasan esaimen,melengkapkan file,usrah dan pertemuan-pertemuan bersama sahabat dan sahabiah yang memerlukan nasihat atau ana yang memunculkan diri dihadapan mereka untuk meminta nasihat.Tidak ketinggalan juga mengikuti pengajian-pengajian yang diadakan di surau maktab.
   Alhamdulillah tahun ini sahaja banyak ulama’ yang turun dibumi Bainun dan yang paling terkesan di hati ana,Kehadiran Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari Al-Makki,salah seorang ulama’ Asia Tenggara yang ana kagumi dan minati.Rezeki dari Allah ana berpeluang berkhidmat malah seharian bersama zaujahnya dan sikecil muhsin dan kakaknya.Berpeluang melayan kerenah kedua beradik itu yang enggan makan akibat demam dan Alhamdulillah ana berjaya memujuk mereka makan,banyak pulak tu=).Satu perkara yang ana belajar dari zaujah ulama ini,mulutnya sentiasa menyebut Alhamdulillah dan bicaranya sentiasa lembut.
  Kembali pada rutin ana dirumah,antara yang menjadi rutin baru di rumah menyusun  buku-buku dan akhbar atau bahan bacaan adik ana yang diletakkan merata-rata.Bawah bantal,atas bantal,bawah kerusi samalah dengan ana dulu atas katil bawah katil mesti ada buku.Tak kisahlah yang penting  ‘Iqra’  dan minat untuk membaca itu wujud dalam dirinya.
  Sedang ayik mengasingkan buku mengikut ketinggian tiba-tiba ana tertarik pada sebuah buku berkulit biru gelap dan sudah lama hampir 30 tahun usianya.Mengikut maklumat percetakan, buku ini dicetak sekitar tahun 1980-an.Pertama kali melihat buku tersebut mata ana tertumpu pada penulisnya Prof. Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau HAMKA  satu nama besar dalam dunia penulisan juga seorang wartawan dan guru agama.Merupakan tokoh ulung dari Sumatera, Indonesia.
  Ana belum berkesempatan untuk mentelaah buku ini secara mendalam sekadar menyelak-nyelak dan menyemak tajuk-tajuk yang dibincangkan.Falsafah Hidup dibina dengan 9 tajuk utama dan setiap tajuknya mempunyai sub topik yang tersendiri .Antara topik yang dibawa oleh HAMKA adalah seperti berikut :
1)Hidup
2)Ilmu dan Akal
3)Undang-Undang Alam
4)Adab Kesopanan
5)Sederhana
6)Berani
7)Keadilan
8)Persahabatan
9)Islam sebahai pembentuk hidup.
  Ana tertarik dengan topik persahabatan.Ulasan dan pandangan tokoh yang ditampil amat menarik dan begitu membumi pada hati ana.Tetapi,ana belum mentelaah sepenuhnya sekadar membaca sepintas lalu.Untuk  perkongsian sebagai santapan tengah hari ini ana ingin  berkongsi kata-kata  Abu Hatim :
“Orang yang bijaksana,akan bersahabat dengan orang yang panjang akalnya,kuat agamanya,luas ilmunya,tinggi akhlaknya dan diwaktu mudanya hidup dengan bergaul dengan orang-orang yang soleh.Barangsiapa yang tidak menjaga persahabatannya,dia tidak akan dapat merasai nikmat persahabatan.Barangsiapa yang memutuskan persahabatannya disebabkan ‘takut kena’,maka dia akan hidup tanpa bersaudara.Tidaklah ada kesenangan  hati yang yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan keputusan persahabatan itu.” – abu hatim
  Ana juga tertarik sebahagian pentakrifan yang diberikan oleh HAMKA tentang persahabatan :
“Maksud persahabatan ialah sama-sama memperhalus tujuan hidup,memperdekatkan jiwa dengan satu jiwa yang lain yang telah terdapat kecocokan di dalam satu perkara sehingga dapat didamaikan di dalam perkara yang belum cocok……”
 Minda ana nampaknya bertindakbalas mentakrifkan sebahagian  pengertian pershabatan yang dibawa oleh HAMKA..hanya satu perkataan yang timbul dalam benak fikiran ini iaitu persamaan fikrah.Tujuan bersahabat mendekatkan individu2 yang mempunyai persamaan fikrah dan meyamakan atau meraikan fikrah atau pandangan yang berbeza.Sebenarnya masih banyak buah fikiran HAMKA yang ingin dikongsikan tetapi cukuplah sekadar ini untuk posting kali ini.
~bersama memaknakan erti kehidupan~

No comments:

Post a Comment