Saturday, November 20, 2010

Salam Ingatan 'Buat Sahabat yang Dirindui'


Ku mulakan dengan menyebut namaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Pagi ini seperti biasa ana membuka facebook dan ana mendapat satu mesej dari sahabat yang sentiasa dirindui,Suriati atau nama manjanya Kak Su dan dia mengirimkan  video di atas...walaupun video tu sebenarnya berkaitan dengan pasangan kekasih tapi video tu juga ana rasa seolah sama dengan kisah kami n sahabat lain.Lalu segala kenangan bersamanya berputar2 kembali dalam kotak ingatan.Lebih dua tahun kami bersama akhirnya kami dipisahkan.
  Hari pertama aku di ipg ktb aku bertemu dengannya dan rumatenya Alwani dan waktu itu kami sama-sama bersolat di Surau Alghazali.Surau yang bakal menjadi gelanggang perjuangan kami tuk 5 tahun yang akan datang.Ketika itu kami sendiri tidak pernah terfikir kami akan menjadi salah seorang jawatankuasa dalam surau tersebut dan saat jawatan itu digenggam cabaran tuk kami berrmula.
   Suriati, ketika itu ditaklifkan sebagai naib ketua lujnah usrah pembantu kepada akh Hazwan.Bukan sedikit keringat dan air matanya yang tumpah untuk menghidupkan usrah di Tuanku Bainun.Bukan hanya semalam dia berjaga menyusun modul,menyusun kumpulan usrah,menyusun perancangan dan aktiviti lujnah usrah dibantu oleh AJK Usrah ketika itu(moga pengorbanan mereka diterima Allah).Pernah sekali dia hanya menagis dan menangis di hadapan ana dek bebanan rasa yang menekan.Namun,walau berat sekalipun dia tetap meneruskan perjuangannya.Bagi ana dialah seri kandi usrah ketika itu.Moga Rasulullah menyayanginya lantaran usahanya menghidupkan langkah pertama baginda ketika menyebarkan Islam ketika itu.
   Baru-baru ini,saat penutupan usrah 2010 yang dihadiri hampir 200 orang ahli usrah,di balik purdah ana menangis hati ini berbisik tatkala melihat tayangan aktiviti lujnah usrah sepanjang 2010.Hati merintih..Kak Su andai kau dapat bersama kami tatkala ini pasti engkau gembira melihat betapa usrah makin diterima jika dahulu usrah terlalu dagang dibumi  ini tetapi kini usrah menjadi sebutan.Berkat kesungguhanmu tidak kira masa,tidak kira waktu inilah hasilnya.Tetapi takdir menetukan engkau tiada disebelahku ketika itu.Tetapi aku tetap membayangkan engkau berdiri disebelahku sama2 menasyidkan lagu tema usrah ketika itu.
   Sahabat ana merinduimu,rindu untuk berjuang denganmu seperti dahulu.Kita sama-sama menangis,kita sama-sama ketawa,berkongsi kisah luka dan duka.Janjiku buatmu sahabat akan ku pastikan engkau tetap berada di medan ini takkan kubiarkan walau seorang pun sahabatku futur di medan ini.Kak Su engkaulah seri kandi hatiku.Kak Su ~Serikandi Usrah~

No comments:

Post a Comment