Monday, November 29, 2010

Tribute buat Nenda.


Assalamualaikum…

   Dari  Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.Alfatihah buat nenda Hjh Maimunah bt Hj Musa yang telah kembali ke rahmatullah meninggalkan anak-anak dan cucu-cucu serta cicit-cicit yang dikasihinya.Pergi bertemu mengadap illahi,mempersembahkan amalan yang dilakukannya sepanjang tempoh 83 tahun berada di bumi Allah ini.
  Jauh di sudut hati, ana tidak ingin menumpahkan setitis pun air mata.Tetapi ana juga manusia biasa,di saat ana mengucup dahinya tumpah juga air mata ini.Malah rasanya ana yang paling kuat menangisi pemergiannya.Kali pertama ana mendekati jenzahnya ana tidak dapat melangkah mendekati.Terlalu sebak hingga ana diminta bertenang  terlebih dahulu .
   Ana gagahkan hati untuk mengucup nenda buat kali terakhir,ana tidak mampu mengucup terlalu lama.Segala kenangan seolah ditayang dihadapan mata ana.Hanya satu  yang terucap yang tak mampu ana luahkan,”selamat berjumpa Rasulullah.”Saat itu,dua kesedihan betembung menjadi satu.Sedih melepaskan nenda pergi dan kerinduan terhadap baginda tiba2 menggamit hati.
   Buat nenda, terima kasih kerana telah membesarkan diri ini.Terima kasih kerana sudi mententeramkan saat diri ini tidak mampu menanggung kesakitan lantaran wayar dan jarum berselirat memenuhi badan ini suatu ketika dahulu .Terima kasih kerana sudi memimpin tangan ini saat ku masih belum mampu berdikari ke sekolah tadika.
   Terima kasih atas segala resepi masakan.Sup tulang,daging goreng,singgang ikan, gulai  takkan kulupakan.Terima kasih atas teguran tatkala aku silap mengaji.Terima kasih atas setiap huluran wang setiap kali cucumu ini melangkah ke maktab.Terima kasih atas segala kesabaranmu melayan kerenah cucumu ini dan sikap kurang sopanku dihadapanmu.Terima kasih nenda.
   Banyak keringatmu tumpah keranaku dan keringat itulah asbab cucumu ini dapat menghirup udara tuhan sehingga hari ini.Jauh dari itu,cucumu ini sedang berusaha meletakkan kembali Islam pada tempatnya yang teragung.Andai ada pahala dalam usaha ini,kupersembahkan buatmu nenda.
  Allah,
Beriku istiqamah dalam beribadat sebagaimana Engkau berikan pada nenda.
Saban malam berqiamullail bermunajat padaMu.
Tak jemu menziarahi rumahmu, setiap kali sebelum subuh dan sebelum magrib dia pasti melangkah menuju padaMu.
Beriku kekuatan untuk terus berbakti pada masyarakat ..
sebagaimana Engkau izinkan nenda terus untuk berkhidmat sehingga engkau menarik kedua-dua belah matanya.Sebagai asbab dia boleh berehat sebelum Engkau menjemputnya.
Sebagaimana Engkau izinkan nenda mengajar hamba2Mu mengenal kalimahMu yang agung walau hanya dengan sebelah mata yang masih bias berkhidmat.
Allah…semoga Engkau meredhai kepulanganNya…
Alfatihah buat Nenda…
Buat sahabat mohon sedekahkan alfatihah dan doakan semoga Nenda ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh.Amiin....

No comments:

Post a Comment