Friday, December 24, 2010

bicara sama langit...


Hidup ini umpama langit
Terkadang ia biru dihiasi gumpalan awan yang indah
Ibarat ada sebuah negara yang mengasyikkan di atas sana
Burung-burung terbang riang berkicaun mendendangkan zikrullah
Tanda pengabdian sang hamba.
Matahari bersinar menyinari jagat raya
Dan nikmat cahayanya dirasai bersama
Terkadang langit yang cerah itu berubah wajahnya
Ia kelam beserta awan yang seolah seperti sang lembaga besar
Yang bisa mematikan
Kicauan burung tidak lagi kedengaran
Seolah semuanya telah berhenti berzikir dari mengingati Sang Pencipta
Matahari seakan malas untuk bersinar lagi
Segalanya suram,terkadang gerimis membasahi alam
Manusia yang berdurja merasa seolah alam turut merasai apa yang dirasa
Tetapi tekadang ada ketikanya ku mendongak pada langit
Pemandangan bercampur antara suram dan ceria
Antara  sejuk sang gerimis dan panas yang memancar
Ketika itu kulihat pelangi yang pelbagai warnanya…
Itu lah tamsilan sebuah kehidupam
Saat gembira ada manfaatnya
Saat sedih ada pengajarannya
Dalam kesukaran ada kesenangan
Dalam kesenangan ada ujian
Bersyukurlah dan berhati-hatilah dalam meniti sebuah kehidupan…


Salam Naungan Hijau,
Hawa Jamilah Hasani

coretan sayyidul ayyam...



Assalamualaikum..
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan MUHAMMAD S.A.W serta para sahabat  baginda.
   Alhamdulillah tanpa sedar sekali lagi ana mencoretkan sesuatu dikanvas maya ini pada hari Jumaat.Sayyidul ayyam.Rasanya baru semalam ana membuat sedikit coretan tentang kuliah TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat.Hari ini,ana berpeluang berada di Medan Ilmu sekali lagi.Alhamdulillah TG sendiri yang menyampaikan kuliah.
  Hari ini seperti biasa,pemandangan yang sama di Medan Ilmu.Kedai-kedai jualan,orang ramai bersesak-sesak melihat barangan yang dijual sambil mendengar kuliah.ada juga yang terus bergerak menuju ke khemah utama tanpa menghiraukan jualan2 dikiri dan kanan jalan.Mak cik-makcik,pak cik-pakcik,akak-akak tanpa mengira lapis usia beralaskan surat khabar lama khusyu’mendengar butiran ilmu.
  Kuliah hari ini berkisarkan beberapa perkara antaranya beza antara orang yang beriman dan orang islam sahaja.Menurut TG islam sahaja tidak mencukupi yang utama adalah iman.TG juga berpesan agar kita lebih berhati-hati dan teliti dalam ibadat supaya ibadat kita tidak rosak.Menurutnya lagi,sudah cukup bagus sekiranya ada sedikit amalan kita diterima Allah.Kalau satu waktu Allah terima solat kita itupun sudah besar nikmat untuk kita hamba yang dhoif.
  TG juga menceritakan kenapa dia memakai pakaian serban dan jubah walaupun dia sudah bergelar menteri besar salah-satu sebab dia tak nak Tok Guru hanya nampak peranannya disurau,di masjid,memandikan orang mati,khawin sahaja tetapi peranan Tok Guru itu lebih besar sebenarnya.Subhanallah hebatnya pemikiran Tok Guru.Kepimpinan berteraskan tauladan.
  Usai kuliah TG ana ke Jaafar Rawas,menemani ibu membeli ma’thurat tuk pelajarnya.Ana berkira-kira tuk membeli buku BA tapi buku yang ana nak tak da pula.Tak pa lah…Dalam perjalanan pulang ana terserempak dengan Kak Aznida dan Kak Erni.Dua insan  yang ana rindu terutamanya Kak Nida.Kak Erni selalu juga jumpa.Kak Nida dah lama sangat kali terakhir ana jumpa enam tahun lalu.
  Walaupun Kak Nida dah berniqab,tapi mana mungkin ana lupa pada sepasang mata yang amat memberi kesan pada ana suatu ketika dahulu.Memang tak sangka ana dapat berjumpa dengan mereka.Allah betapa Engkau mengetahui setiap bisikan hati ini.Terima Kasih ya Allah..dialah mawar yang berduri bagi ana.Cintanya pada Ilmu menggunung tinggi.Setiap kalimah keluar dari mulutnya pasti ada dalil.Tegas dalam kelembutan.Marahnya kerana kasih-sayang…Allah,betapa ana mengasihi mereka.
~terima kasih atas segala ilmu kalian,sahabat~

Wednesday, December 22, 2010

wikileaks?apa tu?


Assalamuailaikum…
   Ana memulakan tulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…Wikileaks??Pada mulanya ana tidak tertarik bila mata ini menatap perkataan ini.Kalu kuey atau biskut mesti rumit bahan2 nak buat dia,cam dari barat je,kalau nama orang lagilah ana tak minat,tak best pon.Tapi bila dalam satu posting dari seorang ikhwan meminta seorang ikhwah menulis pasal ni secara serius (siap guna bahas omputih lagi…) maka,hati ana tergerak nak mencari,apa itu wkileaks yang pastinya bukan sejenis kuey,biskut atau seorang manusia.
  Maka dengan bantuan Cik Google yang sentiasa berkhidmat akhirnya…oooooooo ni rupanya wikileaks yang bising di tv rumah ana n rumah orang lain.Rupa-rupanya wikileaks merupakan sebuah laman macam facebook la juga,Cuma fungsinya terlalu amat berbeza,iaitu sebuah laman yang memboleh kan saya dan anda atau sesiapa sahaja memberi maklumat sulit yang di ‘siir’ kan dari pengetahuan orang ramai.
  Melalui laman ini,orang ramai boleh menghantar maklumat rahsia tersebut.Tak kisahlah maklumat apa-apa pun.Tapi,menurut pembacaan ana, maklumat yang dihantar biasanya maklumat yang berprofil tinggi.Kalau sekadar result exam yang ingin disembunyikan dari ibubapa takkan dilayan oleh team yang bertugas untuk menentukan samaada maklumat itu sesuai atau tidak untuk dimasukkan di laman mereka.
  Maklumat yang dihantar biasanya berkaitan  rahsia sesebuah negara atau organisasi .Sememangnya laman ini amat ditakuti oleh banyak negara termasuklah Amerika Syarikat (tau jugak takut ye….).Maklumat yang dihantar mungkin dari kajian yang terperinci,atau sekadar pandangan peribadi seseorang pemimpin tanpa merujuk mana2 fakta ,mungkin juga dari rakaman perbualan antara ahli-ahli diplomat.
  Admin atau pengasas laman ini ialah Julia Assagne,seorang wartawan yang berasal dari Australia. Merupakan seorang wartawan yang juga merupakan seorang aktivis yang aktif di Internet dan beliau juga merupakan seorang hacker.Hacker tu apa dia plak.Macam nama gula-gula hacks je...Hacker merujuk kepada seseorang yang computer mania yang boleh menceroboh system computer tanpa autoriti yang sah.Nama lagi menceroboh kan??kalu ada autoriti tak kan la dinamakan penceroboh plak.Mereka menceroboh untuk mendapatkan maklumat2 sulit seseorang individu,organisasi  atau apa saja.Kenapa la manusia ni suka benda2 yang sulit ye?
  Kesimpulannya wikileaks turut mewarnai landskap politik negara kita.Ada isu yang berkaitan dengan wikileaks.Cuma, ana tak berminat untuk berdiskusi tentang itu.Sehebat manapun organisasi  wikileaks dalam menyimpan data-data sulit samada data itu melibat sebuah penyelewengan atau criminal,tak boleh melawan organisasi yang Maha Tahu.Segala yang ada disekeliling kita adalah agensi risikan Yang Maha tahu.So, bekerja cara Islam nescaya tiada apa yang perlu ditakuti.
~takutlah Allah lebih dari segalanya,habis cerita~

majlis kawin vs tabarruj..

Assalamualaikum warahmatullah hi warakatuh...

   Kumulai coretan dikanvas sesawang ini dengan mengucapkan syukur pada Allah,atas nikmat kemudahan yang diberikannya.Jika dulu, Nabi Muhammad SAW terpaksa meminta pertolongan sahabat-sahabatnya menyampaikan surat peringatan buat raja2 ketika itu.Terpaksa mengharungi debu panas padang pasir,terpaksa mengharungi dinginnya angin pantai.Tetapi hari ini,tidak perlu lagi bersusah payah untuk menyampaikan risalah Islam.Sekadar menggunakan laptop yang boleh dibawa kesana kemari,juga si kecil broadband yang boleh disimpan di dalam poket,peringatan dapat diberikan hampir keseluruh dunia.Hanya yang diperlukan sedikit keinginan juga kesanggupan untuk melakukannya juga ilmu didada.Untuk mendapat peringatan pun begitu mudah,Cik Google bleh tolong carikan..tapi,bagi ana tuk dapatkan ilmu perlu berkitab n berguru.Sehebat manapun Ebook tak sama dengan kertas kuning yang berada di tangan.
  Muqaddimah je tu..today ana sekadar ingin berkongsi tentang tabarruj dalam kalangan muslimat terutamanya  dan lebih memfokus pada time kenduri kawin.Err..posting ana sejak akhir2 nih banyak bab kearah rumahtangga..kenapa ya??Tak da kaitan dengan diri ana ya..hehe..mungkin musim sekarang,adalah musim orang kawin kot..betullah tuh,bulan 11 n bulan 12.Kembali pada topik,ana tertarik tuk membincangkan isu nih lepas blokjogging pagi2 kat satu blog iaitu blog unit baitul muslim mansurah (ubmm) ada artikel yang menarik disitu berkaitan hal ini.
  Tabarruj apa hukumnya ya??Rasanya semua telah maklum apa hukum nya.Hukumnya HARAM jika dihadapaan ajnabi.Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan samada dibahagian muka atau anggota lainnya.Menurut al-Bukhari pula tabarruj juga didefinasikan sebagai 'seseorang wanita yang mendedahkan kecantikannya'..Dengan kata modernnya ada bermake-up, kan senang mungkin isitilah make-up lebih membumi pada jiwa masyarakat sekarang.Jadi,bermake-up tu tak bolehlah.
  Allah juga berfirman di dalam kitabNya di dalam surah an-Nur ayat 31.Tentang bagaimana seharusnya seorang muslimat.Ok,di sini ana tidak ingin membincangkan keseluruhan ayat tersebut tetapi sekadar maksud potongan ayat ini,yang bermaksud :
"dan janganlah kamu menampakkan perhiasan,kecuali pada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau ayah mereka......(hingga akhir ayat).."an-nur ayat 31.
Apa yang difahami di sini,kita tidak boleh menampakkan perhiasan kecuali pada ajnabi.Tetapi bila ana melihat di majlis-majlis perkahwinan sekarang banyak je yang menzahirkan perhiasan.Bukan sekadar menzahirkan perhiasan malah menambah-nambah .Tambah eye-shadow lah,tambah blusherlah,tambah lipstiklah,tu baru bahagian muka belum lagi tudung,dekat tudung plak siap menampakkan sanggul lagi yang di haram malah dilaknat nabi.Dah labuh dah,tapi kenapa wat sanggul plak...aduss..tension3x..pastu letak crown pulak..bertambah tension ana..hehe..(nape ana plak yang kalut2 tensyen nih).Ingatlah firman ini wahai saudari muslimah ku :
....dan janganlah kamu bersolek,seperti solekan orang-orang jahiliah yang dahulu...
(al-ahzab ayat 33)
   Ana tak berapa kisah sangat andainya yang melakukan itu orang yang tak punya ilmu,tapi malang sekali bila yang melakukan itu yang punya ilmu dan bergelar ilmuan.Yang punya ilmu,yang punya pemahaman malah punya dalam silibus study lagi.Alahhh...sehari ni je,lepas ni kita taubatlah..tambah lagi satu kesalahan mempermain-mainkan taubat.Ada juga yang jadi mangsa keadaan nak jaga hati mak,nak jagi hati mak andam.nak jaga hati kawan2 maka hukum Allah pandangan Allah diketepikan.

Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu'min dan bagi perempuan mu'minat,apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka.Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasulnya,maka dialah sesat yang nyata,(Al-Ahzab:ayat 36)

  Situasi ini banyak menguji sejauh mana kekuatan kita dan sejauh mana kita ikhlas memperjuangkan...dan sebenarnya hubungan siapa yang kita pentingkan.Hubungan kita dengan Allah atau hubungan kita dengan manusia...Lagi malang andainya itu adalah kehendak sendiri.Lantas,bagaimana perkahwinan itu mahu mendapat redha Allah,kesalahan berlapis-lapis.Sehari je pakai..tak pa..tak pa la sangat..mana tahu sebab sehari tu je..terus Allah potong rahmat tuk kita..bagaimana hidup rumahtangga tanpa rahmat??
  Sekarang ni plak menjadi satu trend letak gambar kat fb,wow...dengan posing yang macam-macam gaya,dengan senyuman yang meleret plus lirikan menggoda.Tak pa lah dah jadi isteri orang..sebab dah jadi isteri orang la kena jaga lebih,mungkin dalam ribuan yang melihat wajah kita ada yang punya penyakit hati terberkenan ke..nak masuk minang tak boleh dah lantas membayangkan yang bukan2..Kita renungi terjemahan syair arab ini :

Setiap kejadian dari pandangan
bagai kebakaran dari serpihan
banyak kerlingan menikam kalbu
kalbu ditikam tanpa panahan
selagi manusia mengikut perasaan
bahaya dihadapan tidak kesedaran
relakan bencana datng melanda kemuliaan
usah disambut andai datang membawa kehancuran.

  'Alah bukannya pakai depan orang ramai.Tak turun rumah pon duk dalam bilik je' ...Salah - satu quotation menghalalkan cara.Habis,macam mana tetamu yang dijemput, adakah kerana raja sehari maka tetamu yang datang perlu terjenguk-jenguk semata-mata untuk mencari kita yang bersenbunyi lantaran malu keluar melayan tetamu kerana bersolek dan berpakaian berlebihan.Bukankah kita dituntut melayan dan memuliakan tetamu?Lagi menyedihkan andai tetamu itu adalah guru kita,dari jauh dia datang ke majlis tetapi kita sibuk berposing dan bergembira dengan sahabat handai.Di mana adabnya kita sebagai tuan rumah??Allah...kesalahan berlapis2..
  Teringat kata-kata adik ana waktu dia baru umur 5 tahun.Semasa membelek-belek majlis gambar perkahwinan seorang saudara yang tak bertudung dan siap bersanding dikhalayak ramai lagi..nak tau dia kata apa? diakata macam ni..."jahilnya mak cik.." dan sedara ana pun mengakuinya "masa tu memang mak cik jahil zaman 80-an,bodoh lagi masa tu,ilmu pun tak de..."tengoklah budak seusia 5 tahun boleh menilai apatah lagi kita yang dah dewasa..zaman moden yang ilmu hanya dihujung jari tak sepatutnya perkara ini berulang lagi.
   Kesimpulannya.Saudari muslimahku sama-sama kita mantapkan ilmu dan iman agar kita dapat menghadapi situasi ini dengan benar-benar berlandaskan syari'at.Bagi yang terlanjur,pintu taubat sentiasa dibuka.Allah itu Maha Penyayang dan Maha Tahu kita adalah hamba yang lemah.Bagi yang tidak senang dengan apa yang diperkatakan anda boleh tidak suka pada saya, tapi bolehkah anda tidak suka pada apa Pencipta anda tegah?sedangkan hari-hari anda dan saya mengaharap belas dan rahmat dariNya?

~kuatkan kami untuk hidup bersyri'at~

Tuesday, December 21, 2010

~bermadu??hehe~

Semoga rahmat Allah yang Maha Pemurah sentiasa meliputi ruang hidup kalian...amin
Juga sama-sama kita berselawat ke atas Rasul tercinta..Allahummasollialasayyidina MUHAMMAD...

   Hari ini perjalanan hidup ana seperti biasa.Cuma yang agak istimewa semasa sedang asyik melayari youtube.mencari kuliah2 yang best2 tiba2 ana bertemu dengan satu video yang menarik, kuliahKH Abdullah Gymnastiar bersama isteri tercinta Teh Ninih dan ana terpegun dengan ulas bicara dan lontaran fikrah yang disampaikan.Melihat gelagat pasang pejuang ini membuatkan hati ini tersentuh dan terusik,rasanya lebih manis dari segmen Semanis Madu...eh bukan madu Kurma la....
  Mereka membicarakan tentang hidup bermadu.Bicara mereka bukan bicara atas angin,tapi mereka berbicara berdasarkan pengalaman.Rupanya KH A.Gym(singkatan nama beliau) juga bermadu eh...bukan dia yang bermadu Teh Ninih yg bermadu.Bermadu??Dulu ana pernah ditanyakan oleh seorang pensyarah tentang madu nih.Dierect to the point atas batang hidung nih.."Hawa nti nak bermadu...?"tahu ana jawab apa,ana pon dah lupa tapi rasa nye macam ni.."boleh...tapi tengok la jugak sebabnya,kenapa?juga kemampuan lelaki tu?"Ada tapi juga...hehe..n kawan ana juga jawab macam tu...n ada lagi sorang kawan ana jawab..."taknak...taknak..."-siap geleng kepala lagi...hehe (jangan mara ye kalu org tu baca entry nih).
  Bagi ana itu jawapan yang ikhlas lahir dari seorang muslimat.Sapa yang nak berkongsi.Kalaulah waktu diputar balik nak je ana jawab macam ni kat pensyarah tu.."tengok iman ana lah ustaz kalau kuat mungkin ana mampu  redho disebabkan sebab2 tertentu n kemampuan lelaki itu,tapi kalau nak rasa jalan senget sebelah wat lah poligami..bukan senang nak adil nih ustaz.."banyak juga kalau...kalau iman kuat,kalau ada sebab2 tertentu,kalau mampu dan yang best kalau nak jalan senget...hehe..huh!!siap bagi ancaman lagi...
  Ada poligami bahagia,ada poligami tak bahagia menyerabutkan minda dan fikiran lagi.Nak bahagia last2 tungganglanggang.Mana taknya niat poligami pun dah tungganglanggang,nafsu semata.Alhamdulillah ana sering dipertemukan dengan muslimat yang dimadukan n ana tengok depa bahagia dan saling membantu lagi merancakkan perjuangan suami.Tapi,suaminya bagaimana ilmu masyaallah menggunung tinggi,akhlak cukup indah,ibadat subhanallah...dan pendampingnya bagaiman pula..pendek kata memang jauh lah dari kita.Mereka berpoligami untuk memudahkan urusan Allah bukan urusan nafsu!!sebab itulah mereka bahagia.Tapi jika perhatikan poligami yang tak bahagia,ilmu yang ingin berpoligami pon ntah kemana hala dan isteri yang dipilih pon 2X5 jugak..mereka seperti inilah menconteng arang pada sunnah yang mulia ini..
  Erm,ana rasa cukuplah setakat nih bincang sal poligami...takut jugak!!Buatnya Allah nak uji ana...huhu...biarlah yang lebih layak berbicara .Ingat nak share video tuh tapi internet low la pulak..lainkali lah ye....

Monday, December 20, 2010

-yang lebih ilmunya pula berbicara-

Assalamualaikum...

Hari nih ana nak share satu video ceramah dari Indonesia.Sebetulnya ana banyak tertarik mengikuti ceramah ulama dari indonesia kerana bahasanya cukup indah...Selepas syikh nuruddin,dialah ana kenali dan ana minati,baru2 nih ana jumpa videonya di youtube :..


~cintailah para ulama' ,dengar lah ilmu,lihatlah akhlaknya dan fikirkan apa yang dikatanya~

Sanah Helwa Wahai Adikku!!!


Upin n kawan2 mewakili ana mengucapkan "Selamat Hari Lahir" buat saudari Su'aidah Mohd Ameen.
Semoga hidupmu diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.
Bingkisan istimewa buat adikku dikanvas maya ini.

20 tahun yang lalu...
Tanah ini menerima seorang lagi khalifah penyambung risalah Muhammadiah
tangisannya akan bertukar menjadi mutiara kata yang indah
menghiasi dada-dada manusia yang kehausan seteguk ilmu buat bekalan melayari bahtera kehidupan
Tangan yang kecil itu bakal menuntun manusia yang hilang arah tujuan
menghulur semula tongkat ilmu yang sengaja dilemparkan atas desakan nafsu yang menyesatkan
tangan itu juga akan bersama-sama tangan yang lain mengibar bendera hijau
keseluruh tanah ini..
agar nikmat sebuah iman dapat direguk bersama
20 tahun yang lalu
bidadari kecil telah lahir ditanah ini
menambah kuntuman bunga yang benar-benar bunga
yang punya duri yang benar-benar duri
yang punya aroma yang menghidupkan bukan mematikan
yang punya akar yang menghunjam jauh ke dalam tanah
datanglah angin,datanglah badai dia tetap teguh disitu menjadi mawar yang berduri yang punya akar yang teguh
sukar disentuh,sukar digugat ,teguh disitu tetapi manfaatnya dirasai sesiapa yang memandang
kuntumnya dihiasi ilmu yang berwarna-warni
aromanya akhlak yang mewangi
durinya jilbab dan hijab yang melitupi 
dan akarnya iman dan khauf pada Yang Maha Mengerti..
Doaku...
Moga bidadari ini terus menambahkan keindahan yang dimiliki
agar kasih Illahi dan cinta Rasul menyuntingnya
Moga bidadari ini terus tegar dijalan yang dipilihnya
agar manfaatnya dirasai ayah dan bondanya
Moga bidadari ini dikabukan segala hajatnya
kerana kutahu hajatnya akan mendatangkan manfaat buat agamanya..

Selamat Hari Lahir...
dariku untukmu
Salam Naungan Hijau
Kak Hawa...

~buka mata,buka hati~

 

Assalamualaikum dan selamat petang...
   Hari ini,ana berkira-kira untuk menulis tentang para habaib tetapi emosi ana sedikit terganggu bila menonton video ini dari blog seorang sahabat.Iman didada seakan memberontak kuat dan hati menahan amarah bila meneliti bait2 kata dari pemuda ini.Mengapa begini ummat hari ini,mengapa begini!!!!batin ana memberontak,dada ini seakan ingin pecah.Geram.Marah.Sedih bercampur baur.
  Allah sengaja meninggalkan kesan dan azabnya pada kaum yang mengamalkan hubungan sejenis,kaum Nabi Luth untuk dijadikan ibrah buat kita yang punya mata,yang punya hati dan yang punca fikiran.Tetapi,bukan sesuatu menghairankan jika kesalahan ini diulang-ulang.Bukankah ada golongan yang disebut oleh Allah ada mata tidak melihat,ada telinga tidak mendengar dan ada otak tidak memikirkan.Mereka seperti binatang bahkan lebih teruk.Binatang pun tak buat perkara yang dilarang.Masing-masing melakukan peranan yang ditugaskan oleh Allah.Manusia yang diangkat oleh Allah semulia makhluk lantaran nafsu menjatuhkan manusia lebih teruk dari binatang.
  Kata pemuda dalam video ini lagi,dia berani untuk mengatakan dia seorang yang gay bila,dia mengenali dirinya,kenal apa yang dirasakan,mengenali tubuhnya dan mengenali perasaannya maka dia berhak untuk menjadi siapa yang inginkan.Ana bermonolog sendirian sebenarnya,kita kah yang menciptakan diri kita sendiri sehingga seberani itu,mengeluarkan kata-kata.Ingatlah kita manusia yang diciptakan Allah,kita makhluk yang wujud atas dasar kasih-sayang Allah maka wujudlah kita.Malah kita diangkat oleh Allah menjadi sebaik ciptaan walaupun dipersoalkan oleh malaikat suatu ketika dahulu dan syaitan makhluk mulia menjadi hina lantaran menolak terus kewujudan kita dengan ingkar perintah Allah.Alangkah sombongnya manusia,bila diberi kesenangan,bila diberi nikmat,bila diberi akal yang mengangkat darjat dari sekalian makhluk begini jadinya.Kita tidak berhak untuk menentukan siapa yang kita ingin jadi, tetapi kita berhak untuk melaksanakan perintah Allah walau dimana kita berada,tiada siapa yang berhak menghalang kecuali apa yang kita lakukan menyonsang perintah Allah.Itu yang sebetulnya.
   Sebenarnya pemuda ini.Tidak mengenali dirinya,tetapi mengenali nafsu serakah,yang menguasai dirinya.Ana ingin mengatakan nafsu kebinatangan .Tetapi,adakah binatang melakukan hubungan sejenis??Jika ada ana mengalu-alukan buktinya.Andai dia mengenali diri,pasti dia tidak akan memilih jalan ini,dia lelaki maka lawannya dan sepatutnya dia cenderung pada wanita bukan pada lelaki.Sudah pasti dia inginkan keturunan yang boleh dia curahkan kasih-sayang,yang akan menjaganya ketika tua,yang boleh menyambung generasinya dari terus hilang dimuka-bumi,yang boleh mewarisi hartanya atau paling kurang hidup seperti orang lain.Maka,yang diperlukan adalah wanita bukan lelaki.
  Memang ustaz,guru,sahabat atau sesiapa yang disebut oleh pemuda ini bukan gay atau tidak punya perasaan sebagai seorang gay tetapi bagaimana mana dengan aturan fitrah yang telah diciptakan Allah?Guru,ustaz atau sesiapa sahaja yang menyatakan yang homoseksual itu tidak boleh dan haram,dari manakah sumbernya?adakah rekaan atau dongengan mereka semata atau dari satu sumber yang kukuh dan berasas serta punya logik dari sudut akal dan fikiran?Sudah tentu, apa yang diperkatan oleh mereka atau norma masyarakat bersumberkan kitabullah.Benarlah firman Allah bila menceritakan keadan kaum nabi luth :
“Usirlah Luth berserta keluarganya dari negerimu. Karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mengaku dirinya) bersih.” (An-Nahl: 56).
Kemarahan ana bagai dijolok bila bait terakhir pemuda ini, "saya gay dan saya ok.." Ampuni dia ya Allah yang menyangka dirinya 'ok'.Mungkin dia tidak punya ilmu,mungkin dakwah belum sampai padanya,andai telah sampai mungkin dia belum faham..kerana aku tidak sanggup bersama menanggung azabMu sebagai mana engkau turunkan pada kaum Luth nabiMu.
“Maka tatkala datang adzab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah. (Kami balikan), dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tidak jauh dari orang-orang yang zhalim.” (Hud: 82-83).
   Wahai sahabat,beginikah rakyat sebuah negara yang pemimpinnya Islam?Bukan sekadar kaum nabi Luth yang wujud malah banyak lagi kaum yang dilaknat oleh Allah wujud disekeliling kita malah ada yang lebih teruk lagi.Lihatlah dengan mata berapa ramai yang berusaha menjadi Qarun?,berapa ramai yang mendabik dada bersikap seperti Firaun?berapa ramai yang sombong dengan bangunan yang indah seperti kaum Tsamud? berapa ramai yang membunuh anak sendiri,bukan sekadar ditanam malah dicampak merata-rata,berapa ramai pula wanita yang berhias diri seperti jahiliah malah lebih teruk lagi?Berapa ramai yang bersikap seperti yahudi dan bani israel yang sanggup membunuh nabi sendiri?Andai masih hidup Rasulullah mungkinkah nyawanya juga terancam? seperti nabi yang terdahulu dibunuh oleh kaum sendiri?atau tanpa sedar ada golongan yang membunuh sunnah nabi??
   Lantas,betahkah lagi kita goyang kaki,menunding jari,mengangguk dan menggeleng tanpa sebarang usaha,tanpa sebarang tindakan.Negara sekecil ini bermacam mungkar bersarang ibarat menanti hari,menunggu masa azab Allah turun?Ana doakan semoga pemuda ini diberi hidayah oleh Allah...

~ampuni khilaf kami.sungguh syaitan bersungguh melaksanakan janjinya padaMu untuk menyesatkan kami~


Sunday, December 19, 2010

Blog ana berwajah baru lagi!!!

Assalamualaikum...


Kaifahalukum ya ashabi...nampaknya belum cukup dua bulan blog ana sudah 3 kali bertukar wajah,dari tema biru n pink,pindah ke purple bercorak mcm lantai umah ana...hehe dan hari ini masih dengan warna tema yang sama cuma coraknya berbeza..rasanya lebih simple n lebih lembut dipandang...tak memenatkan mata...tak tau lah selama mana design ini akan kekal...

  Hidup ini perlu ada variasi,ada susah,ada senang,ada suka dan ada duka.Barulah kita dapat merasai nikmat sebuah kehidupan yang sementara.Bersyukurlah ketika dilimpahi dengan kesenangan dan lebih berhati-hati sewaktu menghadapi kesenangan,Kerana, banyak manusia lalai ketika senang.

  Bersasabarlah ketika menghadapi kesusahan dan berusahalah mengatasi kesusahan yang dihadapi.Kesusahan mengajar kita bahawa kehidupan didunia bukan untuk berseronok atau bersenang-lenang sahaja tapi punya tujuan dan maksud.Kesusahan banyak membawa manusia kembali kepada Allah berbanding kesenangan.

   Bagi yang senang gunalah kesenangan untuk membantu mereka yang mengalami kesukaran.Apa guna kesenangan hanya untuk diri-sendiri,berkongsilah.Bagi yang susah jangan menolak pemberian atau pertolongan dari yang senang,Kerana,yang susah adalah ladang amal bagi yang senang.Senang atau susah semuanya dari Yang Maha Tahu.


~variasikan hidupmu~

Saturday, December 18, 2010

bacalah....


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dengan namaMu kami membaca...
entry kali ni,ana sekadar ingin berkongsi buku2 yang sempat ana
baca...ada baca kulit ja,ada sempat khatam semuanya,ada juga yang
ana baca part2 yang dirasakan menarik..semoga bermanfaat...


 Buku ni kulitnya biasa-biasa,berwarna biru tanpa sebarang gambar,tapi didalamnya ada lautan ilmu yang amat dalam.
"ilmu itu harus dahulu daripada amal,.Iaitu bekas yang telukis di otak orang yang berilmu dalam perkara yang
diketahuinya.Ibarat tukang gambar yang hendak melukiskan gambarnya,lebih dahulu
telah ada rupa gambar itu di dalam otaknya,baharulah dilukiskannya.Tetapi iman atau kepercayaan 
lebih tua pula daripada ilmu.Iman adalah menjadi dasar pada ilmu."-falsafah hidup,hamka.

buku ini pula ana beli di Syrkt Jaafar Rawas,merupakan kumpulan cerita hasil karya HAMKA.Kebanyakan kisah didalam buku ini menggambarkan kesusahan dan kesukaran hidup dengan tema yang berbeza.
"Ramai orang mengarang dan mengubah bunga kehidupan yang mewah-mewah,melukiskan istana raja-raja
puteri kaya dan cantik,orang muda yang disayangi ayah dan perkahwinan yang bahagia.Maka tersenyumlah orang yang membaca demikian,gembiralah hatinya.Padahal di dalam lembah yang dalam sekali,di dalam jurang yang tidak ditempuh mereka itu,iaitu di dalam jurang dan lembah kehidupan,ada sekumpulan makhluk yang merintih.Tidak berapa orang yang mendengar rintihan itu-tidak tahu....."pengantar Di Dalam Lembah kehidupan-HAMKA-

Sebuah pengalaman dan monolog seorang yang bergelar sayap kiri perjuangan Islam di bumiku yang tercinta.
"sekali pandang,seolah-olah dia tidak perihatin dan ambil berat kepada isterinya dirumah.Tetapi,akulah yang menggalakkannya supaya rajin bersedekah apa-apa barang ataupun hadiah.Biarlah kelak hadiah itu bertukar menjadi pahala dapat kami berdua berkongsi manfaatnya di akhirat kelak,Insya-Allah"-Bidadari Timur,Tuan  Sabariah.

kulitnya biasa-biasa begitu juga tajuknya yang agak kurang menarik perhatian ana.Tetapi setelah diselak mata terus terpaku meneliti bait2 yang cukup bermakna.
"Berjuang adalah nikmat bagi mereka yang darahnya suam dengan perjuangan.Orang berjuang tidak boleh panas dengan perjuangan dan tidak boleh berdarah dingin.Darahnya darah suam,panas sangat tidak,dingin sangat pun tidak.Terlalu berani tidak,terlalu penakut pun tidak.Dia berani pada tempatnya,dia nampak takut pada waktu dan tempat munasabah.Keseimbangan antara kedua ini menjadikan para pejuang hidup segar..."mmdkr-mdmh(sngkatan tjk)-hj abdul halim abbas.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsikan.Tetapi, sehebat manapun ilmu yang kita selak pada dada kitab dari yang paling simple hingga pada yang paling dikagumi seluruh dunia,segalanya bermula DISINI pada KITAB INI..penulisnya adalah Allah yang Maha Mengetahui...
"Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya,agar dia menjadi pemberi ingatan kepada seluruh alam"-Al-Furqan (25:1)
Ini adalah (satu surat) yang Kami turunkan dan Kami  wajibkan dan kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas,agar kamu selalu mengingatinya"-An-Nuur (24:1)

~bacalah dengan nama TUHANmu yang menCIPTAkan SEGALANYA~

Friday, December 17, 2010

fiqh rumahtangga??

Assalamualaikum...


   'Fiqh rumahtangga'...tiba2 perkataan ini muncul dalam benak fikiran ana ketika sedang mengalih tempat menyidai kain ketempat yang terlindung dari hujan dan mengalih satu lagi penyidai kain ke tempat yang tak berbumbung supaya dibasahi hujan.Hari ini,bumi Kelantan dibasahi hujan rahmat dari Ilahi.Alhamdulillah,sedikit sebanyak dapat membantu ana menyiram tempat penyidai kain yang baru ana pasangkan dawainya tempoh hari.Silap ana juga,membiarkan dawai tuk dipasangkan meleret ketanah dan terkena tempat yang ada sisa buangan ayam n cicak(geli nak sebut secara direct).Tapi,apakan daya dek ketinggian yang tak setara mana nih makanya biarkan sahaja.Tak palah nanti dah siap pasang siramlah.Ana berkira2  sendiri dan setelah siap dipasang,niat itu tertangguh  hinggalah pembantu yang ana tunggu turun membasahi bumi.Tak larat nak angkat ampaian besi yang agak berat n tak mahu basah2kan simen plak bertambah kerja,jadi gunalah ampaian yang dah bersih.
   Baru-baru ni plak batang paip rumah ana rosak.Kecik je air yang keluar,sungguh melambatkan ana untuk melakukan kerja2 kat dapur dan melemahkan semangat yang berkobar2 (alasan je...).maka ana usik-usik la sket pastu terus tercabut batang paip...kwang3...ana relaks je..ana buh la balik.Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik sehinggalah satu hari tak kuar langsung maka ana usik2 la plak..terus tercabut penggal skali ngan batang paip kat bawah singki...ALAMAK!!!maka berhamburanlah air keluar,ana relaks je (glabah sket2)..p la tutup pili utama kat tangki.Akhirnya,singki umah ana tak da paip...sumenya angkara ana..hehe..
   Huru-hara la juga,macam mana nak basuh pinggan,nak basuh daging,nak basuh ayam n basuh tangan.Pikir punya fikir dapatla idea,ana amik storage air yang ada paip2 letak dekat singki.Tak yah lagi letak air dalam besen atau bekas kecik2,bersepah satu hal n kemungkinan air tu bertukar menjadi air MUSTA'MAL juga tinggi sebab tak bertutup.Lagi cantik kalau ada tikus ke wat bathtub atau cicak jadikan bekas2 tu toilet malam2 dan ahli rumah tak sedar,lalu dibuat bersuci..makanya yang ingin disucikan tu samada terus tak cuci atau jadi terkena najis plak.Lagi malang kalu digunakan untuk membersihkan bahan mentah dari darah atau yg sewaktu dengannya untuk dimasak terus makanan yang kita masak tu tak suci pun.Jadi,lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada tapi jangan sampai waswas pula.Bersederhanalah...
   Apa kaitannya dengan tajuk yang ana pilih dengan kisah diatas?.Banyak perkaitannya dan disini, untuk memahaminya ana ingin hadirkan satu lagi contoh; dirumah-rumah sekarang, jarang benar ana milihat ahli rumahnya memakai selipar selepas wudhu' untuk mengerjakan solat.Adakah kita yakin dan pasti rumah kita benar-benar bersih,adakah kita yakin dan pasti lantai didapur kita benar2 suci dari najis.Semasa kita melakukan kerja dapur, tidak pernahkah darah dari daging,ayam atau ikan menitik pada lantai rumah dan adakah kita membersihnya mengikut aturan yang ditetapkan syara' atau sekadar lap dengan kain dan hilang ainnya maka kita sudah mengiranya bersih?Bagitukah yang kita belajar didalam kelas?? rasanya bukan begitukan??Bagi yang punya anak kecil yang kadangkala ter 'poo poo' atau terkucil dan mengenai lantai  adakah kita basuh betul dengan caranya atau sekadar hilang lap dan mop sahaja.Bagi bayi yg fully breastfeeding (betul ke tak ejaan ni)  tak pa,cukup sekadar renjis-renjis dan lap tapi kalau tak??macam mana?..Jadi,seeloknya pakailah selipar tuk bersolat terutamanya bagi mereka yang toiletnya melalui kawasan yang tidak terjamin kesuciannya.Lagi bagus ada satu ruangan khas yang memang digunakan untuk bersolat dan ruangan itu pastikan benar2 bersih opps..maksud ana suci.
    Amat tidak elok andainya solat itu merata-rata,sekejap dikawasan dapur,kejap diruang tamu,kejap di bilik tv..memang solat boleh dimana-mana tapi,bagi ana jika didalam rumah biarlah ada  tempat yang khusus untuk kita beruzlah dengan Allah dan pastikan tempat itu memang bersih dan diulang khusus tempat kita bersama bermunajat menghadirkan diri di hadapan Allah.Bukankah nabi juga punya tempat yang khusus untuk dia beruzlah, mengasingkan diri dari huru-hara jahiliah ketika itu?
   Kesimpulannya,dalam mengurus diri dan rumahtangga, ilmu fardhu ain amat memainkan peranan yang penting dan yang paling utama kefahaman untuk mengaplikasikannya.Ana sendiri terkadang terleka dengan perkara sebegini terlalu halus tetapi besar kesannya pada penerimaan ibadat,sehingga kita tidak perasan.Terutamanya jika berada di tempat pengajian dengan kesibukan menghambat.Sekadar perkongsian dan peringatan bersama dari diri yang dhoif...

~tuntutlah ilmu dan belajarlah cara mengaplikasikannya dalam kehidupan~