Wednesday, October 5, 2011

bicara sahabat menguatkan diri 2 :)

Assalamualaikum...




   Hari ni ana  dapat satu kertas putih bergaris-garis halus dan pada kertas itu ada tertulis ungkapan penguat diri...tatkala taklifan demi taklifan singgah dibahu hamba yang lemah..andaikata bukit pun pecah menerima sebuah amanah apatah lagi ana hamba yang lemah-selemahnya...Allah, mungkin jika diberi amanah itu pada orang lain menjadi tidak seberat mana, tetapi bila takdirnya berada di bahu seorang hamba yang lemah ini...Allah..Ini kata-katanya buat perkongsian teman-temanku :

" Jalan ini kau lalui dengan  penuh tabah,

Sabar dan kasih ditatang penuh,
Bagaikan ibu menyusukan anaknya,

Ujian itu mainanmu,

Tiada lagi gentar menerjah hati,

Dek bisa tegal biasa,

Engkau diangkat kepersada,

Hanya  kerana ketabahan serta sabarmu,

Tanda DIA peduli padamu sahabat....~ALWANI ABU BAKAR~
   ~Terima kasih sahabat,untuk kata-kata ini....amat berharga dan bermakna tuk terus bergerak di jalan yang dipilih.Jalan yang sepanjangnya penuh dengan onak dan duri dan penghujungnya syurga yang abadi...syahid atau kemenangan untuk agama ini~


No comments:

Post a Comment