Tuesday, November 30, 2010

Selamat Hari Lahir...



SELAMAT HARI LAHIR BUAT SAHABAT-SAHABT YANG DIRINDUI….happy belated birthday…



Kak Ezzu (4/11)
Selamat berposting…n bila dapat baby habaq la…
Hehe…mesti comel cam akak n bijak cam abg Nizam…

Ratna(9/11)
Happy Belated Birthday.I don’t know Happy Birthday in your mother tongue.You must teach me my friend..but in Arabic,  is Sanah Helwa…Sanah Helwa ya Ratna.

Alwani(13/11)
Selamat Hari lahir Kok Ni.Maaf atas segala kekhilafan.Semoga terus tasabat dalam perjuangan .<aaf tak dapat bagi Hadiah…hehe…selamat berkhidmat tuk AgamaNya…

Yusmaria (18/11)
Sanah Helwa ya Jamilah.Kenangan bersamamu takkan kulupa…lebih2 lagi ketika naik moto di Bandar tanpa lessen…huhu..Mahasiswa Menggugat …

Farhana & Farahin (27/11)
Selamat hari Lahir si kembar comell…Semoga sentiasa comel n Happy Sentiasa…Salam Perjuangan.Tpaksa guna dua kaler…sebab masing2 suka kaler lain-lain J)

Ain (27 /11)
Selamat Hari lahir…huhu…miss u..selamat study..semoga menjadi dentist yang beriman..nanti bg number contact..

- juga buat sahabat-sahabat yang menyambut hari lahir pada bulan 11

Selamat Hari Lahir..
Semoga Bahagia di Samping keluarga tercinta.
SELAMAT BERCUTI!!!!

Monday, November 29, 2010

Tribute buat Nenda.


Assalamualaikum…

   Dari  Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.Alfatihah buat nenda Hjh Maimunah bt Hj Musa yang telah kembali ke rahmatullah meninggalkan anak-anak dan cucu-cucu serta cicit-cicit yang dikasihinya.Pergi bertemu mengadap illahi,mempersembahkan amalan yang dilakukannya sepanjang tempoh 83 tahun berada di bumi Allah ini.
  Jauh di sudut hati, ana tidak ingin menumpahkan setitis pun air mata.Tetapi ana juga manusia biasa,di saat ana mengucup dahinya tumpah juga air mata ini.Malah rasanya ana yang paling kuat menangisi pemergiannya.Kali pertama ana mendekati jenzahnya ana tidak dapat melangkah mendekati.Terlalu sebak hingga ana diminta bertenang  terlebih dahulu .
   Ana gagahkan hati untuk mengucup nenda buat kali terakhir,ana tidak mampu mengucup terlalu lama.Segala kenangan seolah ditayang dihadapan mata ana.Hanya satu  yang terucap yang tak mampu ana luahkan,”selamat berjumpa Rasulullah.”Saat itu,dua kesedihan betembung menjadi satu.Sedih melepaskan nenda pergi dan kerinduan terhadap baginda tiba2 menggamit hati.
   Buat nenda, terima kasih kerana telah membesarkan diri ini.Terima kasih kerana sudi mententeramkan saat diri ini tidak mampu menanggung kesakitan lantaran wayar dan jarum berselirat memenuhi badan ini suatu ketika dahulu .Terima kasih kerana sudi memimpin tangan ini saat ku masih belum mampu berdikari ke sekolah tadika.
   Terima kasih atas segala resepi masakan.Sup tulang,daging goreng,singgang ikan, gulai  takkan kulupakan.Terima kasih atas teguran tatkala aku silap mengaji.Terima kasih atas setiap huluran wang setiap kali cucumu ini melangkah ke maktab.Terima kasih atas segala kesabaranmu melayan kerenah cucumu ini dan sikap kurang sopanku dihadapanmu.Terima kasih nenda.
   Banyak keringatmu tumpah keranaku dan keringat itulah asbab cucumu ini dapat menghirup udara tuhan sehingga hari ini.Jauh dari itu,cucumu ini sedang berusaha meletakkan kembali Islam pada tempatnya yang teragung.Andai ada pahala dalam usaha ini,kupersembahkan buatmu nenda.
  Allah,
Beriku istiqamah dalam beribadat sebagaimana Engkau berikan pada nenda.
Saban malam berqiamullail bermunajat padaMu.
Tak jemu menziarahi rumahmu, setiap kali sebelum subuh dan sebelum magrib dia pasti melangkah menuju padaMu.
Beriku kekuatan untuk terus berbakti pada masyarakat ..
sebagaimana Engkau izinkan nenda terus untuk berkhidmat sehingga engkau menarik kedua-dua belah matanya.Sebagai asbab dia boleh berehat sebelum Engkau menjemputnya.
Sebagaimana Engkau izinkan nenda mengajar hamba2Mu mengenal kalimahMu yang agung walau hanya dengan sebelah mata yang masih bias berkhidmat.
Allah…semoga Engkau meredhai kepulanganNya…
Alfatihah buat Nenda…
Buat sahabat mohon sedekahkan alfatihah dan doakan semoga Nenda ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh.Amiin....

Saturday, November 27, 2010

Masa,time,الوقت


Salamullahialaikum…
Semoga kalian sentiasa berada di dalam  keadaan berzikir kepadaNya…
   Di luar sana hujan turun mencurah-curah,rezeki dari Allah pencipta langit dan bumi.Terlalu banyak nikmat yang diberikan kepada kita tanda kasih-sayangNya yang tidak pernah putus,tanda Dia sentiasa bersama dengan kita,tanda Dia sentiasa menemani dan memerhati setiap langkah dan setiap amalan kita.
   Antara nikmat yang seringkali kita lupa dan tidak mengambil berat ialah nikmat masa.Masa lapang yang diberikan oleh Allah kepada kita.Tiba2 ana tertarik untuk membicarakan tentang nikmat masa,walaupun ana bukanlah pengguna masa yang baik.Tetapi sekurang2nya ana sedang belajar untuk mengurus masa.
   Sebenarnya, ana ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat dan sahabiah sekalian tentang bagaimana nabi mengajar kita untuk mengurus masa.Pesan Nabi Muhammad SAW yang diambil dari sabda Nabi Ibrahim as : Sewajarnya bagi orang yang berakal,selagi akalnya tidak hilang membahagikan masanya kepada empat bahagian :
1.Masa untuk bermunajat kepada Allah
2.Masa untuk bermuhasabah diri.
3.Masa untuk berfikir dan bertafakkur tentang kehebatan Allah
4.Masa bekerja memenuhi keperluan diri-sendiri dan orang yang di bawah tanggungannya.
(al-Waktil fi hayatil Muslim-Al-Qardhawi)
   Berdasarkan hadis di atas,Nabi Ibrahim telah memberi manual atau rujukan asas bagi mengurus masa.Terpulanglah kepada kita bagaimana cara untuk kita mengaplikasi dan melaksanakannya berdasarkan manual ini.Perkara utama yang harus dipastikan ialah dalam tentative kehidupan kita terdapat empat elemen tersebut.
   Tidak semestinya 4 perkara berikut dilakukan pada kadar  dan cara yang sama setiap hari.Ibadat juga perlu kepelbagaian pendekatan dan kaedah agar kita tidak jemu kerana kita bukan malaikat.Kita adalah manusia yang punya nafsu dan minat yang pelbagai dan emosi yang sentiasa berubah.Kita seharusnya kreatif didalam merangka aktiviti ibadat agar kita dapat istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.
    Tidak semestinya berzikir,bermuhasabah,bertafakkur dilakukan di atas tikar sejadah semata-mata.Aktiviti ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja malah boleh dilakukan serentak dalam satu-satu masa dalam kata lain ‘multitask’ .Lebih-lebih lagi, bagi seseorang yang sentiasa sibuk dengan urusan kerjaya dan keluarga.Yang penting dalam kehidupan seharian kita terdapat aktiviti2 yang disebutkan bukan hanya lebih kepada masa bekerja dan memenuhi keperluan harian sahaja .
   Kesimpulannya,biarlah setiap hari dalam hidup kita ada dua aktiviti utama iaitu hablumminallah dan hablumminanas.Tidak hanya tertumpu kepada hubungan kepada allah semata(beribadat di atas sejadah atau mengasingkan diri) atau kepada manusia semata.Bertepatan dengan saranan Nabi Ibrahim yang jika kita perhatikan 3 daripadanya adalah lebih berhubung dengan Allah dan 1 berhubung dengan manusia.Pengajarannya seluruh kehidupan kita perlulah dilaksanakan untuk mencapai redha Allah.Janganlah menjadi manusia yang ketika berada dihadapan Allah baik perilakunya,tertutup auratnya tetapi bila bergaul dalam masyarakat hilang segalanya malah aurat juga terdedah dan yang lebih teruk hukum Islam juga digadai dan dipermainkan.
<jagalah masa nescaya dirimu terjaga>

Wednesday, November 24, 2010

Dari pena Nurul Amirah Kamaruddin

BismiLLaahirRahmaanirRahiim..  Tergerak hati ini untuk menulis sesuatu yang terjadi realiti hari ini setelah 23 tahun hidup dalam alam permainan dan persekolahan..     Realiti yang berlaku adalah pada diriku sendiri. Setelah lama berfikir dan berfikir timbul pelbagai persoalan dalam diri. Apakah makna perjuangan sebenarnya? Lepas keluar alam belajar yang rasmi nak berjuang mengenai apa? Pandai sangat cakap pasal perjuangan. Mengapa ummat hari ini bila bercakap soal perjuangan, sabar, berani kerana benar bukan main berapi? Tetapi apabila timpa pada diri sendiri, dialah yang paling bacul, dialah yang paling banyak merungut. Mengapa ummat hari ini kelihatan tidak yakin dengan Allah? Bukan kah rezeki itu milik Allah? Mengapa lebih pentingkan soal dunia berbanding akhirat?     Aku tertanya-tanya mengapa dan mengapa. Namun apabila diriku soal pada diri yang serba lemah ini. Aku juga seperti itu dan diri ini tertanya-tanya mengapa aku baru kisahkan hal ini? Adakah Allah telah memilih aku untuk menyebarkan kepada orang lain apa yang aku rasa? Ya, aku yakin Allah yang menggerakkan hati ini untuk menulis. Allah yang mengkesahkan diri ini. Jika aku tidak menceritakan tentu Allah akan marahkan ku kerana aku tidak menyampaikan perkara ini. Apakah perkara yang ingin aku sampaikan ini?     Bermulanya kisah sejak  seorang tuan guru dijemput  ke masjid Batu 14 untuk menyampaikan kuliah dhuha iaitu Tafsir Surah al-Hujuraat. Ayah dan abangku yang bertanggungjawab menjemput serta mengendalikan kuliah ini. Pemberitahuan telah dilakukan kepada setiausaha masjid berkenaan hal ini secara lisan oleh ayahku. Setelah diberi lampu hijau oleh setiausaha masjid maka dihebahkan di sekitar batu kurau dan taiping dengan kain rentang dan banner.  Setelah itu begitu banyak pihak yang menelefon ayah serta abangku diberi peringatan, nasihat, arahan dan tidak kurang seperti amaran. Pertama, ditelefon oleh SB T*****g. SB beramah mesra macam biasa untuk menyiasat samada berunsur politik atau tidak dan mengingatkan supaya tiada bendera parti dipacakkan. Ayahku mengatakan bahawa tiada unsur parti dan ini hanya kuliah dhuha. Kedua, terima panggilan dari seorang yang bekerja di bahagian Majlis Agama Islam P**** mengingatkan lagi supaya tidak ada unsur parti. Ketiga panggilan dari ketua majlis agama p**** pula memesan perkara yang sama dan ayah ku akur semua itu kerana memang hanya sebuah kuliah. 2 hari sebelum tarikh kuliah ayahku terima surat dari setiausaha masjid batu 14 membenarkan kuliah tersebut dijalankan dengan 3 syarat dan syarat tersebut boleh dipatuhi.     Selepas surat diberi abangku terima panggilan dari seorang ahli majlis agama supaya membatalkan kuliah tersebut. Arahan tersebut adalah dari seorang penasihat agama negeri p**** yang sedang mengerjakan haji di Mekah (di Mekah pun sempat lagi nak menghalang kuliah agama?). Abangku memberikan alasan bahawa surat kebenaran telah diberi. Perbincangan telah dilakukan dan jawatan kuasa masjid telah bersetuju. Tidak lama kemudian terima panggilan lagi mengatakan Mufti P**** memberikan arahan supaya membatalkan kuliah tersebut (ha? apa ni Mufti halang kuliah agama?). Ayahku tetap dengan jawapan bahawa kita telah mendapat kebenaran dan telah diberikan surat.  Sehari sebelum kuliah masih terima panggilan supaya pihak penganjur menukarkan tempat kuliah dan surat akan sampai. Masalahnya tiada apa-apa surat yang sampai dan esok pagi akan bermulanya kuliah.     Alhamdulillah, pada keesokan paginya bermulalah kuliah dengan aman. Tiada kekecohan, tiada unsur parti malah ramai yang bersyukur dan berterima kasih. Ada seorang hamba Allah datang kepada ayahku mengatakan ‘terima kasihlah ustaz. Saya sedar ustaz selama ni saya tak mahu dengar kuliah agama dan sekarang Allah telah pekakkan telinga saya’ Sedih aku mendengarnya. Walaupun beliau pekak, Allah telah memberikan hidayah kepadanya. Alhamdulillah. Semoga pendengarannya dipulihkan kembali oleh Allah. Amiin. Alhamdulillah, sungguh ramai yang datang. Nak cari parking kereta pun susah. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Apa yang penting semoga kedatangan mereka membuka pintu hidayah oleh-Nya.     Masih belum habis lagi rupanya. Setelah selesai kuliah, masih terima panggilan seseorang dari majlis agama Islam yang menyatakan kerisauannya atas segala yang berlaku kerana beliau belum sah jawatan. Beliau telah ditugaskan supaya memujuk dan memastikan tempat kuliah ditukar tetapi perkara tersebut tidak berlaku. Ya, satu lagi persoalan timbul. Apakah kaitannya sah jawatan dengan menghalang kuliah agama diadakan di masjid? Aku mendengar perbualan ayah, ibu dan abangku mengenai ini. Menurut ayahku, tidak sah jawatan di dunia, tapi sudah sah jawatan sebagai hamba Allah? Abangku menyampuk, cakap bab agama bukan main berapi tapi bila mai bab ni takut kenapa? Bukannya buat maksiat pun. Ibuku pula seringkali mengulang firman Allah yang bermaksud ‘Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu’. Perbualan ni membuat aku terfikir, betul juga apa yang mereka kata. Terasa juga aku dibuatnya. Pertama, mengapa perlu takut jika kita menolong agama Allah? Ya, berani ada caranya dan keadaanya. Masalah disini, pada ketika itu menjadi tanggungjawab majlis agama untuk menyokong bukan takut apatah lagi menentang. Kedua, keyakinan bantuan dari Allah Ta’ala. Yakin setiap perkara yang baik dengan niat yang baik pasti mendapat pertolongan dari Allah. Ketiga, tidak terlalu cintakan dunia, rezeki bukan dari kita tetapi dari Allah Ta’ala. Keempat, mengapa perlu takut dengan ancaman manusia? Bukankah hanya ancaman Allah yang kita mesti takutkan?Kelima, siasat dahulu dan pertimbangkan dengan akal yang waras bukan mengikut nafsu amarah sebelum memberikan apa-apa arahan.     Aku terfikir lagi. Apa pengajaran dari kisah ini? Aku mendapat jawapannya sedikit demi sedikit bahawa perjuangan itu adalah kita sebagai hamba Allah sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar. Mengapakah ada manusia yang begitu berani melakukan tindakan ini? Sudah tentu untuk menyebarkan dakwah, menyedarkan masyarakat dan lebih penting kuncinya adalah kekuasaan. Betapa besarnya pengaruh pihak berkuasa sehingga takut tidak mendapat kerja. Tugas kita untuk menukar pemikiran masyarakat supaya hanya takut kepada Allah. Bagaimana untuk menukarnya? Sudah tentu kekuasaan. Sepertimana sirah RasuluLLah s.a.w. kita yang tercinta yang berusaha keras untuk mengusai Madinah dengan memegang kepimpinan tertinggi. Kerana apa. Kerana dengan kekuasaan sahaja mampu untuk mengawal, mengarah, mengelak dan sebagainya yang memberi kesan yang sangat besar. Apakah peranan kita? Nak kena jadi YB kah? Tidak semestinya. Tugas kita adalah sentiasa peka dengan isu semasa dan sentiasa berfikir untuk selesaikannya serta BERTINDAK!. Tapi Bagaimana? Sudah tentu kita perlu mencari dan terus menCARI saluran yang membolehkan kita BERTINDAK. Ingat, nak BERTINDAK bukan seorang diri. Sepertimana Sabda RAsuluLLah s.a.w yang bermaksud : “Hendaklah kamu berada dalam JAMA’AH: kerana sesungguhnya jama’ah itu adalah rahmat, sedang perpecahan itu merupakan siksa.” . (Hadith Riwayat Muslim). Nak cari di mana kena berTANYA.     Masalahnya kenapa kita perlu BERTINDAK? Bukankah sudah ada orang yang bertindak? Ingat, masalah ummat, masalah kita juga, tanggungjawab kita kepada agama kerana kita tahu dan mampu. Kita mampu melakukan di tempat kerja kita, maka mulakan dengan di tempat kerja seterusnya kepada masyarakat dan Negara. Kita semua tahu isu zina, pembuangan bayi, gejala sosial, jenayah, arak, judi dan macam-macam lagi. Adakah kita hanya sekadar merungut dengan apa yang berlaku? Tidak, kita perlu BERTINDAK kerana ini melibatkan masa depan umat Islam. Masa depan anak cucu kita. Mengapakah ada golongan yang bersusah payah membangkang dengan segala yang berlaku? Berani menegur, mengutuk pemimpin yang zalim? Semuanya kerana untuk perjuangkan masa depan Islam yang gemilang. Kita seharusnya bersatu menyokong dan mendokong golongan-golongan yang berjuang. Bagaimana untuk kita kenal siapakah pejuang yang sebenarnya? Mereka inilah yang sentiasa berusaha meletakkan kebenaran pada tempatnya dan usaha mereka sentiasa dihalang, sentiasa dikeji oleh pihak BERKUASA. Inilah tekanan yang paling hebat. Tidak dinamakan berjuang tanpa ujian, halangan dan rintangan. Sebagaimana RasuluLLah yang sentiasa menghadapi rintangan dalam berdakwah. Dihina, dikeji, disakiti..Allahu Akbar, besarnya pengorbanan RasuluLLah dan cintanya RasuluLLah kepada kita. sehingga di saat kewafatannya menyebut-nyebut ummati..ummati..malunya aku menjadi ummat mu ya RasuluLLah yang tidak mengendahkn sunnah perjuanganmu, tidak mengendahkan sunnah kehidupanmu.. :-(     Baiklah, apakah tugas kita pada permulaannya? Mendekatkan diri dengan majlis ilmu, sentiasa mendengar kuliah agama. insyaAllah hati kita akan terbuka untuk memikirkan perkara yang sangat penting ini dan menCARI. Ingat, sudah tiba masanya untuk kita bersatu untuk meletakkan kebenaran pada tempatnya, menentang kezaliman. Kezaliman yang zahirnya kepada para pejuang dan tidak zahir kepada kita sendiri! Apakah yang tidak zahir itu? Rompakan duit kita secara tidak sedar, mempengaruhi jiwa kita sentiasa ke arah maksiat secara tidak sedar..apa lagi? Adakah dengan merungut sahaja kita boleh selesaikan perkara ini? Sebagai contoh rakan kita melakukan kesalahan. Adakah kita hanya sekadar merungut dan mengumpat sesame sendiri? Sampai bila pun dia xkan sedar kesilapan dia dan kita hanya menambah dosa saja. Apa yang kita perlu buat? Menegur dia secara berhikmah kan? Kalu memang degil? Gunakan cara lain seperti menceritakan kepada orang yang dipercayai untuk sama-sama berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan. Apa yang penting sentiasa berdoa dan berusaha kerana setiap usaha kita kea rah kebaikan mempunyai nilai yang tinggi di sisi-Nya. Allah juga akan membuahkan hasil yang baik kepada kita jika kita sabar. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)     Satu lagi..pada hakikatnya Islam itu merangkumi politik dan kehidupan seluruhnya. Namun, pasca perang dunia pertama menyaksikan penularan fahaman sekularisme hasil kerja intlek para orientalis yang menerobos ke dalam minda umat Islam lantaran kejatuhan sistem politik Islam global. Secara perlahan-lahan, umat Islam mula mempercayai doktrin pengasingan diantara agama dan politik. Politik dalam bahasa Arab disebut sebagai siasah. Menurut bahasa ditakrifkan sebagai sasa- yasusu-siasatan wa riasah yang membawa maksud tadbir,perintah ataupun mengetuai. Boleh rujuk surah Al-Baqarah: 30. Ibnu Taimiyyah di dalam bukunya "Assiyasah al-Syariyyah"menyatakan: “Mengendalikan urusan orang ramai (rakyat) adalah kewajipan agama yang besar, dan agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah”     Ghiyas al-umam ditegaskan: “Apabila menyempurnakan jenazah orang mati dikira sebagai fardu kifayah, maka mengendalikan urusan hidup mereka adalah lebih penting dan utama. Sesungguhnya Islam begitu sekali memerlukan kerajaan yang dapat berfungsi menegak dan memelihara agama, maka mewujudkan kerajaan Islam adalah sesuatu yang wajib untuk tujuan mengawal aqidah, mendirikan solat dan menghukum mereka yang meninggalkan rukun Islam, juga untuk tujuan mengawal negara, manusia dan kehormatan mereka (hudud) juga melakukan jihad, mendidik umat Islam, dan menegakkan sistem politik, ekonomi dan kebudayaan islam“(Lihat Dr Mustafa Farghali: "Fi wajh al-Muamarah `Ala Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah")     Maka amat penting dalam kita mengambil secara syumulnya Islam.Dakwaan liar dan tidak bertanggungjawab mengatakan politik tidak ada dalam islam adalah satu usaha pemisahan Islam daripada elemen kehidupan manusia dan ini merupakan usaha pensekularan yang dipelopori oleh golongan sekular sejak dahulu lagi seperti Syeikh Abdul Raziq di Mesir dll. Jadi dalam kes ceritaku ini, apa masalahnya kuliah politik dalam masjid kan?     Mohon maaf kerna diri ini tidak bijak menyusun ayat. Terdapat banyak kesilapan bahasa. huruf besar dan kecil entah ke mana. Niat diri hanya untuk menyampaikan dan berkongsi. Semoga kalian dapat memahami isi tersirat. Bagi yang memahami, Alhamdulillah bolehlah berTINDAK ya. Bagi yang masih kabur boleh bertanya.  Andai ada kesilapan amat dialukan untuk menegur. Sebarang penambah baikan amat dialukan. Ada cerita baru lagi saya menulis lagi ya, itupun jika diberi kekuatan oleh Allah, insyaAllah..  Rujukan : http://knms23.blogspot.com/2008/02/politik-dan-islamjangan-keliru.html.
By : Nurul Amirah Kamaruddin

Aku DAN Usia

Assalamualaikum…..
Salam satu akidah .
Salam Satu ghayah,
Salam perjuangan…
(Sejak  2 menjak  nih  makin banyak jenis salam yang  ana dengar)

Jam di pojok laptop ana dah menunjukkan angka 11:21 malam.Mata rasanya dah mengantuk  tapi ana masih belum lagi mahu melelapkan mata,terasa ingin menulis sesuatu buat pengisian di blog ana yang baru menjangkau usia hampir dua minggu.
   Lagi beberapa detik,usia ana akan genap 22 tahun ,bererti telah 22 tahun ana merasai nikmat dan kasih sayang Allah kepada ana.Seperti tahun2 lepas birthday ana tidak diraikan.Cuma yang sentiasa dan wajib wish birthday kat ana tiap2 tahun adalah CELCOM=)…terima kasih CELCOM…malah 2 hari yang lepas ana diperingatkan tentang tarikh kelahiran ana nh.
  Ana sendiri pun terkadang lupa dengan birthday ana.Mungkin kelemahan ana,ana agak lemah dalam memperingati tarikh2 penting spt ini.Justeru, ana mintak maaf andai ana terlupa untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat2 atau ana tidak memberi hadiah tanda ingatan buat kalian.Bukan bererti ana tidak menghargai kalian,tapi inilah kelemahan ana.
  Dalam meniti  kedewasaan,terkadang ana rasa seolah tidak mempercayai bahawa ana telah berada dalam usia 20-an,sudah dewasa.Sudah dapat untuk membina kehidupan sendiri dan ramai dalam kalangan sahabat ana telah membina bait muslim malah sudah ada yang mempunyai cahaya mata.Sedangkan,ana rasa masih berada dalam lingkungan belasan tahun.Terasa masih belum cukup kematangan untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar  lebih2 lagi jalan ini yang ana pilih.
  “Age is only a number…” antara quotation yang sering ana dengar.Sebenarnya usia bukan hanya sekadar nombor atau angka.Usia adalah tanda ingatan selama mana kita berada di dunia.Adakah sepadan umur yang Allah bagi dengan bekalan yang kita telah kumpulan.Ada orang umurnya masih muda,tetapi ibadatnya seolah mereka telah hidup berpuluh tahun,ada orang yang usianya  telah menjangkau ke angka 50-an tetapi ibadat dan tingkah-laku seperti anak remaja.
   “Usia bukan penghalang..”satu lagi quotation yang popular dikaca televisyen.Ana setuju dengan kata-kata ini sekiranya…
Usia tidak menghalang kita :
~untuk terus berjuang dan berjihad
~untuk terus berdiri tegak dalam melakukan ibadat
~untuk terus menebarluaskan ilmu
~untuk terus bersedekah
~untuk terus bersenam menjaga kesihatan
~untuk terus menyambung silaturrahi
~untuk terus berjaga malam
~untuk terus melayan kerenah anak-cucu

Tetapi amat malang dan naïf ana rasakan sekiranya
Usia bukan penghalang ….
Untuk terus;
~bertabbaruj dihadapan ajnabi
~berseronok-seronok dengan hiburan yang melalaikan
~mengamalkan budaya hidup bebas
~bersikap keanak-anakan seperti remaja seusia belasan tahun.
~berpakaian seperti muda-mudi dikhalayak ramai….
(Rasanya masaih ramai orang yang berusia bersikap seperti ini)
<Usia adalah peringatan dari Allah,akurlah dengan usia yang makin meningkat sebagai motivasi untuk kita makin kuat beribadat kepada Allah dan berbakti kepadanya>

~bersama menggapai keberkatan usia~

Monday, November 22, 2010

Corakkan mereka dengan kehendak ALLAH.







Selamat malam bg yang membaca tulisan ini di mlm hari.
Selamat pagi bagi yang membaca  tulisan ini di pagi hari.Tahniah sekuramg2nya kalian tidak tidur di waktu pagi.
Selamat petang bagi yang membaca coretan ini ketika sedang minum petang selamat menjamu selera bersama famili tercinta.
semoga Allah sentiasa memandang kalian dengan pandangan kasih-sayangNya yang tidak pernah kering.


    Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai dan anak merupakan salah satu cabaran yang harus dilalui oleh ibubapa.Anak adalah perhiasan juga penghias rumahtangga.Senyuman mereka menghilangkan panas didada,keletahnya menghilangkan kepenatan seharian,gelak tawa mereka seolah melodi yang menghiburkan hati.
   Namun,kerana terleka dengan keindahan ini ramai ibubapa terlupa mencorakkan anak mereka dengan corak yang ditentukan oleh Allah.Bukankah nabi telah berpesan yang mafhumnya "Setiap anak adam dilahirkan dengan keadaan putih bersih dan ibubapa lah yang meyahudikannya atau memajusikannya."
  Saban hari ana melihat anak-anak yang dicorakkan dengan corak  yahudi.Sejak kecil lagi mereka telah dipakaikan denga pakaian yang berfesyen barat.Sejak kecil telah dibiasakan dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat yang langsung tidak dapat menanan sifat malu dalam diri mereka.Kecil2 lagi bagi kanak-kanak perempuan telah diajar bertabarruj.Seusia 3&4 tahun telah dipakaikan eye-shadow,telah disapu blusher,pemerah pipi,bibir yang mungil telah dioleskan dengan lipstikIni bukan corak islam ini corak jahiliah.
  Ibubapa juga tidak mengambil berat pemakanan anak-anak.Tidak ambil berat makanan apa yang disuapkan ke mulut anak-anak.Halal atau haram tidak diperhalusi, jauh sekali untuk mengira keberkatan pada makanan yang menjadi zat untuk proses tumbesaran mereka yang penting mereka kenyang dan tidak merengek meminta makanan.Sebolehnya masaklah sendiri untuk santapan anak-anak walaupun cuma sepinggan nasi goreng atau nasi air.Mungkin tidak sesedap KFC tetapi keberkatan itu ada.Air tangan ibu.
 Rutin harian anak-anak dan hobi mereka juga perlu diambil berat.Sebolehnya biasakan mereka dengan rutin-rutin yang berfaedah jangan biarkan mereka sendiri menentukan rutin harian mereka.Makan,tidur,main adalah rutin biasa bagi anak-anak.Seharusnya mereka dilibatkan dengan aktiviti harian dan hobi orang dewasa tetapi mengikut kadar kemampuan mereka.Contohnya,ketika sibuk memasak di dapur libatkan mereka juga berilah mereka pengalaman berada di dapur tetapi aspek keselamatan jangan diabaikan.Jadikanlah pengalaman harian mereka pengalaman yang dapat membentuk kematangan dalam bertindak dan berfikir.
  Kesimpulannya,
Peliharalah dan coraklah anak-anak atau adik-adik kalian dengan corak islami.Sanggupkah kalian melihat senyumannya yang comel dijilat api neraka?sanggupkah kalian melihat pipinya yang gebu menjadi ratahan api neraka?sanggupkah kalian melihat tubuhnya yang montel itu direjam para malaikat lantaran kealpaan kalian mendidik mereka sewaktu mereka kecil????


~membina jilussoleh  wal  musleh~

Sunday, November 21, 2010

Falsafah Hidup-Hamka dan erti persahabatan.



Semoga kesejahteraan dari Allah terus-menerus melimpahi sahabat dan sahabiah ..

   Dalam batasan waktu yang agak lebar dan luas berbanding hari-hari ana dimaktab,rutin ana berubah lebih 270 darjah rasanya.Biasanya waktu ana di maktab agak padat dengan tugasan esaimen,melengkapkan file,usrah dan pertemuan-pertemuan bersama sahabat dan sahabiah yang memerlukan nasihat atau ana yang memunculkan diri dihadapan mereka untuk meminta nasihat.Tidak ketinggalan juga mengikuti pengajian-pengajian yang diadakan di surau maktab.
   Alhamdulillah tahun ini sahaja banyak ulama’ yang turun dibumi Bainun dan yang paling terkesan di hati ana,Kehadiran Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari Al-Makki,salah seorang ulama’ Asia Tenggara yang ana kagumi dan minati.Rezeki dari Allah ana berpeluang berkhidmat malah seharian bersama zaujahnya dan sikecil muhsin dan kakaknya.Berpeluang melayan kerenah kedua beradik itu yang enggan makan akibat demam dan Alhamdulillah ana berjaya memujuk mereka makan,banyak pulak tu=).Satu perkara yang ana belajar dari zaujah ulama ini,mulutnya sentiasa menyebut Alhamdulillah dan bicaranya sentiasa lembut.
  Kembali pada rutin ana dirumah,antara yang menjadi rutin baru di rumah menyusun  buku-buku dan akhbar atau bahan bacaan adik ana yang diletakkan merata-rata.Bawah bantal,atas bantal,bawah kerusi samalah dengan ana dulu atas katil bawah katil mesti ada buku.Tak kisahlah yang penting  ‘Iqra’  dan minat untuk membaca itu wujud dalam dirinya.
  Sedang ayik mengasingkan buku mengikut ketinggian tiba-tiba ana tertarik pada sebuah buku berkulit biru gelap dan sudah lama hampir 30 tahun usianya.Mengikut maklumat percetakan, buku ini dicetak sekitar tahun 1980-an.Pertama kali melihat buku tersebut mata ana tertumpu pada penulisnya Prof. Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau HAMKA  satu nama besar dalam dunia penulisan juga seorang wartawan dan guru agama.Merupakan tokoh ulung dari Sumatera, Indonesia.
  Ana belum berkesempatan untuk mentelaah buku ini secara mendalam sekadar menyelak-nyelak dan menyemak tajuk-tajuk yang dibincangkan.Falsafah Hidup dibina dengan 9 tajuk utama dan setiap tajuknya mempunyai sub topik yang tersendiri .Antara topik yang dibawa oleh HAMKA adalah seperti berikut :
1)Hidup
2)Ilmu dan Akal
3)Undang-Undang Alam
4)Adab Kesopanan
5)Sederhana
6)Berani
7)Keadilan
8)Persahabatan
9)Islam sebahai pembentuk hidup.
  Ana tertarik dengan topik persahabatan.Ulasan dan pandangan tokoh yang ditampil amat menarik dan begitu membumi pada hati ana.Tetapi,ana belum mentelaah sepenuhnya sekadar membaca sepintas lalu.Untuk  perkongsian sebagai santapan tengah hari ini ana ingin  berkongsi kata-kata  Abu Hatim :
“Orang yang bijaksana,akan bersahabat dengan orang yang panjang akalnya,kuat agamanya,luas ilmunya,tinggi akhlaknya dan diwaktu mudanya hidup dengan bergaul dengan orang-orang yang soleh.Barangsiapa yang tidak menjaga persahabatannya,dia tidak akan dapat merasai nikmat persahabatan.Barangsiapa yang memutuskan persahabatannya disebabkan ‘takut kena’,maka dia akan hidup tanpa bersaudara.Tidaklah ada kesenangan  hati yang yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan keputusan persahabatan itu.” – abu hatim
  Ana juga tertarik sebahagian pentakrifan yang diberikan oleh HAMKA tentang persahabatan :
“Maksud persahabatan ialah sama-sama memperhalus tujuan hidup,memperdekatkan jiwa dengan satu jiwa yang lain yang telah terdapat kecocokan di dalam satu perkara sehingga dapat didamaikan di dalam perkara yang belum cocok……”
 Minda ana nampaknya bertindakbalas mentakrifkan sebahagian  pengertian pershabatan yang dibawa oleh HAMKA..hanya satu perkataan yang timbul dalam benak fikiran ini iaitu persamaan fikrah.Tujuan bersahabat mendekatkan individu2 yang mempunyai persamaan fikrah dan meyamakan atau meraikan fikrah atau pandangan yang berbeza.Sebenarnya masih banyak buah fikiran HAMKA yang ingin dikongsikan tetapi cukuplah sekadar ini untuk posting kali ini.
~bersama memaknakan erti kehidupan~