Saturday, November 27, 2010

Masa,time,الوقت


Salamullahialaikum…
Semoga kalian sentiasa berada di dalam  keadaan berzikir kepadaNya…
   Di luar sana hujan turun mencurah-curah,rezeki dari Allah pencipta langit dan bumi.Terlalu banyak nikmat yang diberikan kepada kita tanda kasih-sayangNya yang tidak pernah putus,tanda Dia sentiasa bersama dengan kita,tanda Dia sentiasa menemani dan memerhati setiap langkah dan setiap amalan kita.
   Antara nikmat yang seringkali kita lupa dan tidak mengambil berat ialah nikmat masa.Masa lapang yang diberikan oleh Allah kepada kita.Tiba2 ana tertarik untuk membicarakan tentang nikmat masa,walaupun ana bukanlah pengguna masa yang baik.Tetapi sekurang2nya ana sedang belajar untuk mengurus masa.
   Sebenarnya, ana ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat dan sahabiah sekalian tentang bagaimana nabi mengajar kita untuk mengurus masa.Pesan Nabi Muhammad SAW yang diambil dari sabda Nabi Ibrahim as : Sewajarnya bagi orang yang berakal,selagi akalnya tidak hilang membahagikan masanya kepada empat bahagian :
1.Masa untuk bermunajat kepada Allah
2.Masa untuk bermuhasabah diri.
3.Masa untuk berfikir dan bertafakkur tentang kehebatan Allah
4.Masa bekerja memenuhi keperluan diri-sendiri dan orang yang di bawah tanggungannya.
(al-Waktil fi hayatil Muslim-Al-Qardhawi)
   Berdasarkan hadis di atas,Nabi Ibrahim telah memberi manual atau rujukan asas bagi mengurus masa.Terpulanglah kepada kita bagaimana cara untuk kita mengaplikasi dan melaksanakannya berdasarkan manual ini.Perkara utama yang harus dipastikan ialah dalam tentative kehidupan kita terdapat empat elemen tersebut.
   Tidak semestinya 4 perkara berikut dilakukan pada kadar  dan cara yang sama setiap hari.Ibadat juga perlu kepelbagaian pendekatan dan kaedah agar kita tidak jemu kerana kita bukan malaikat.Kita adalah manusia yang punya nafsu dan minat yang pelbagai dan emosi yang sentiasa berubah.Kita seharusnya kreatif didalam merangka aktiviti ibadat agar kita dapat istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.
    Tidak semestinya berzikir,bermuhasabah,bertafakkur dilakukan di atas tikar sejadah semata-mata.Aktiviti ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja malah boleh dilakukan serentak dalam satu-satu masa dalam kata lain ‘multitask’ .Lebih-lebih lagi, bagi seseorang yang sentiasa sibuk dengan urusan kerjaya dan keluarga.Yang penting dalam kehidupan seharian kita terdapat aktiviti2 yang disebutkan bukan hanya lebih kepada masa bekerja dan memenuhi keperluan harian sahaja .
   Kesimpulannya,biarlah setiap hari dalam hidup kita ada dua aktiviti utama iaitu hablumminallah dan hablumminanas.Tidak hanya tertumpu kepada hubungan kepada allah semata(beribadat di atas sejadah atau mengasingkan diri) atau kepada manusia semata.Bertepatan dengan saranan Nabi Ibrahim yang jika kita perhatikan 3 daripadanya adalah lebih berhubung dengan Allah dan 1 berhubung dengan manusia.Pengajarannya seluruh kehidupan kita perlulah dilaksanakan untuk mencapai redha Allah.Janganlah menjadi manusia yang ketika berada dihadapan Allah baik perilakunya,tertutup auratnya tetapi bila bergaul dalam masyarakat hilang segalanya malah aurat juga terdedah dan yang lebih teruk hukum Islam juga digadai dan dipermainkan.
<jagalah masa nescaya dirimu terjaga>

No comments:

Post a Comment