Wednesday, November 24, 2010

Dari pena Nurul Amirah Kamaruddin

BismiLLaahirRahmaanirRahiim..  Tergerak hati ini untuk menulis sesuatu yang terjadi realiti hari ini setelah 23 tahun hidup dalam alam permainan dan persekolahan..     Realiti yang berlaku adalah pada diriku sendiri. Setelah lama berfikir dan berfikir timbul pelbagai persoalan dalam diri. Apakah makna perjuangan sebenarnya? Lepas keluar alam belajar yang rasmi nak berjuang mengenai apa? Pandai sangat cakap pasal perjuangan. Mengapa ummat hari ini bila bercakap soal perjuangan, sabar, berani kerana benar bukan main berapi? Tetapi apabila timpa pada diri sendiri, dialah yang paling bacul, dialah yang paling banyak merungut. Mengapa ummat hari ini kelihatan tidak yakin dengan Allah? Bukan kah rezeki itu milik Allah? Mengapa lebih pentingkan soal dunia berbanding akhirat?     Aku tertanya-tanya mengapa dan mengapa. Namun apabila diriku soal pada diri yang serba lemah ini. Aku juga seperti itu dan diri ini tertanya-tanya mengapa aku baru kisahkan hal ini? Adakah Allah telah memilih aku untuk menyebarkan kepada orang lain apa yang aku rasa? Ya, aku yakin Allah yang menggerakkan hati ini untuk menulis. Allah yang mengkesahkan diri ini. Jika aku tidak menceritakan tentu Allah akan marahkan ku kerana aku tidak menyampaikan perkara ini. Apakah perkara yang ingin aku sampaikan ini?     Bermulanya kisah sejak  seorang tuan guru dijemput  ke masjid Batu 14 untuk menyampaikan kuliah dhuha iaitu Tafsir Surah al-Hujuraat. Ayah dan abangku yang bertanggungjawab menjemput serta mengendalikan kuliah ini. Pemberitahuan telah dilakukan kepada setiausaha masjid berkenaan hal ini secara lisan oleh ayahku. Setelah diberi lampu hijau oleh setiausaha masjid maka dihebahkan di sekitar batu kurau dan taiping dengan kain rentang dan banner.  Setelah itu begitu banyak pihak yang menelefon ayah serta abangku diberi peringatan, nasihat, arahan dan tidak kurang seperti amaran. Pertama, ditelefon oleh SB T*****g. SB beramah mesra macam biasa untuk menyiasat samada berunsur politik atau tidak dan mengingatkan supaya tiada bendera parti dipacakkan. Ayahku mengatakan bahawa tiada unsur parti dan ini hanya kuliah dhuha. Kedua, terima panggilan dari seorang yang bekerja di bahagian Majlis Agama Islam P**** mengingatkan lagi supaya tidak ada unsur parti. Ketiga panggilan dari ketua majlis agama p**** pula memesan perkara yang sama dan ayah ku akur semua itu kerana memang hanya sebuah kuliah. 2 hari sebelum tarikh kuliah ayahku terima surat dari setiausaha masjid batu 14 membenarkan kuliah tersebut dijalankan dengan 3 syarat dan syarat tersebut boleh dipatuhi.     Selepas surat diberi abangku terima panggilan dari seorang ahli majlis agama supaya membatalkan kuliah tersebut. Arahan tersebut adalah dari seorang penasihat agama negeri p**** yang sedang mengerjakan haji di Mekah (di Mekah pun sempat lagi nak menghalang kuliah agama?). Abangku memberikan alasan bahawa surat kebenaran telah diberi. Perbincangan telah dilakukan dan jawatan kuasa masjid telah bersetuju. Tidak lama kemudian terima panggilan lagi mengatakan Mufti P**** memberikan arahan supaya membatalkan kuliah tersebut (ha? apa ni Mufti halang kuliah agama?). Ayahku tetap dengan jawapan bahawa kita telah mendapat kebenaran dan telah diberikan surat.  Sehari sebelum kuliah masih terima panggilan supaya pihak penganjur menukarkan tempat kuliah dan surat akan sampai. Masalahnya tiada apa-apa surat yang sampai dan esok pagi akan bermulanya kuliah.     Alhamdulillah, pada keesokan paginya bermulalah kuliah dengan aman. Tiada kekecohan, tiada unsur parti malah ramai yang bersyukur dan berterima kasih. Ada seorang hamba Allah datang kepada ayahku mengatakan ‘terima kasihlah ustaz. Saya sedar ustaz selama ni saya tak mahu dengar kuliah agama dan sekarang Allah telah pekakkan telinga saya’ Sedih aku mendengarnya. Walaupun beliau pekak, Allah telah memberikan hidayah kepadanya. Alhamdulillah. Semoga pendengarannya dipulihkan kembali oleh Allah. Amiin. Alhamdulillah, sungguh ramai yang datang. Nak cari parking kereta pun susah. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Apa yang penting semoga kedatangan mereka membuka pintu hidayah oleh-Nya.     Masih belum habis lagi rupanya. Setelah selesai kuliah, masih terima panggilan seseorang dari majlis agama Islam yang menyatakan kerisauannya atas segala yang berlaku kerana beliau belum sah jawatan. Beliau telah ditugaskan supaya memujuk dan memastikan tempat kuliah ditukar tetapi perkara tersebut tidak berlaku. Ya, satu lagi persoalan timbul. Apakah kaitannya sah jawatan dengan menghalang kuliah agama diadakan di masjid? Aku mendengar perbualan ayah, ibu dan abangku mengenai ini. Menurut ayahku, tidak sah jawatan di dunia, tapi sudah sah jawatan sebagai hamba Allah? Abangku menyampuk, cakap bab agama bukan main berapi tapi bila mai bab ni takut kenapa? Bukannya buat maksiat pun. Ibuku pula seringkali mengulang firman Allah yang bermaksud ‘Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu’. Perbualan ni membuat aku terfikir, betul juga apa yang mereka kata. Terasa juga aku dibuatnya. Pertama, mengapa perlu takut jika kita menolong agama Allah? Ya, berani ada caranya dan keadaanya. Masalah disini, pada ketika itu menjadi tanggungjawab majlis agama untuk menyokong bukan takut apatah lagi menentang. Kedua, keyakinan bantuan dari Allah Ta’ala. Yakin setiap perkara yang baik dengan niat yang baik pasti mendapat pertolongan dari Allah. Ketiga, tidak terlalu cintakan dunia, rezeki bukan dari kita tetapi dari Allah Ta’ala. Keempat, mengapa perlu takut dengan ancaman manusia? Bukankah hanya ancaman Allah yang kita mesti takutkan?Kelima, siasat dahulu dan pertimbangkan dengan akal yang waras bukan mengikut nafsu amarah sebelum memberikan apa-apa arahan.     Aku terfikir lagi. Apa pengajaran dari kisah ini? Aku mendapat jawapannya sedikit demi sedikit bahawa perjuangan itu adalah kita sebagai hamba Allah sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar. Mengapakah ada manusia yang begitu berani melakukan tindakan ini? Sudah tentu untuk menyebarkan dakwah, menyedarkan masyarakat dan lebih penting kuncinya adalah kekuasaan. Betapa besarnya pengaruh pihak berkuasa sehingga takut tidak mendapat kerja. Tugas kita untuk menukar pemikiran masyarakat supaya hanya takut kepada Allah. Bagaimana untuk menukarnya? Sudah tentu kekuasaan. Sepertimana sirah RasuluLLah s.a.w. kita yang tercinta yang berusaha keras untuk mengusai Madinah dengan memegang kepimpinan tertinggi. Kerana apa. Kerana dengan kekuasaan sahaja mampu untuk mengawal, mengarah, mengelak dan sebagainya yang memberi kesan yang sangat besar. Apakah peranan kita? Nak kena jadi YB kah? Tidak semestinya. Tugas kita adalah sentiasa peka dengan isu semasa dan sentiasa berfikir untuk selesaikannya serta BERTINDAK!. Tapi Bagaimana? Sudah tentu kita perlu mencari dan terus menCARI saluran yang membolehkan kita BERTINDAK. Ingat, nak BERTINDAK bukan seorang diri. Sepertimana Sabda RAsuluLLah s.a.w yang bermaksud : “Hendaklah kamu berada dalam JAMA’AH: kerana sesungguhnya jama’ah itu adalah rahmat, sedang perpecahan itu merupakan siksa.” . (Hadith Riwayat Muslim). Nak cari di mana kena berTANYA.     Masalahnya kenapa kita perlu BERTINDAK? Bukankah sudah ada orang yang bertindak? Ingat, masalah ummat, masalah kita juga, tanggungjawab kita kepada agama kerana kita tahu dan mampu. Kita mampu melakukan di tempat kerja kita, maka mulakan dengan di tempat kerja seterusnya kepada masyarakat dan Negara. Kita semua tahu isu zina, pembuangan bayi, gejala sosial, jenayah, arak, judi dan macam-macam lagi. Adakah kita hanya sekadar merungut dengan apa yang berlaku? Tidak, kita perlu BERTINDAK kerana ini melibatkan masa depan umat Islam. Masa depan anak cucu kita. Mengapakah ada golongan yang bersusah payah membangkang dengan segala yang berlaku? Berani menegur, mengutuk pemimpin yang zalim? Semuanya kerana untuk perjuangkan masa depan Islam yang gemilang. Kita seharusnya bersatu menyokong dan mendokong golongan-golongan yang berjuang. Bagaimana untuk kita kenal siapakah pejuang yang sebenarnya? Mereka inilah yang sentiasa berusaha meletakkan kebenaran pada tempatnya dan usaha mereka sentiasa dihalang, sentiasa dikeji oleh pihak BERKUASA. Inilah tekanan yang paling hebat. Tidak dinamakan berjuang tanpa ujian, halangan dan rintangan. Sebagaimana RasuluLLah yang sentiasa menghadapi rintangan dalam berdakwah. Dihina, dikeji, disakiti..Allahu Akbar, besarnya pengorbanan RasuluLLah dan cintanya RasuluLLah kepada kita. sehingga di saat kewafatannya menyebut-nyebut ummati..ummati..malunya aku menjadi ummat mu ya RasuluLLah yang tidak mengendahkn sunnah perjuanganmu, tidak mengendahkan sunnah kehidupanmu.. :-(     Baiklah, apakah tugas kita pada permulaannya? Mendekatkan diri dengan majlis ilmu, sentiasa mendengar kuliah agama. insyaAllah hati kita akan terbuka untuk memikirkan perkara yang sangat penting ini dan menCARI. Ingat, sudah tiba masanya untuk kita bersatu untuk meletakkan kebenaran pada tempatnya, menentang kezaliman. Kezaliman yang zahirnya kepada para pejuang dan tidak zahir kepada kita sendiri! Apakah yang tidak zahir itu? Rompakan duit kita secara tidak sedar, mempengaruhi jiwa kita sentiasa ke arah maksiat secara tidak sedar..apa lagi? Adakah dengan merungut sahaja kita boleh selesaikan perkara ini? Sebagai contoh rakan kita melakukan kesalahan. Adakah kita hanya sekadar merungut dan mengumpat sesame sendiri? Sampai bila pun dia xkan sedar kesilapan dia dan kita hanya menambah dosa saja. Apa yang kita perlu buat? Menegur dia secara berhikmah kan? Kalu memang degil? Gunakan cara lain seperti menceritakan kepada orang yang dipercayai untuk sama-sama berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan. Apa yang penting sentiasa berdoa dan berusaha kerana setiap usaha kita kea rah kebaikan mempunyai nilai yang tinggi di sisi-Nya. Allah juga akan membuahkan hasil yang baik kepada kita jika kita sabar. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)     Satu lagi..pada hakikatnya Islam itu merangkumi politik dan kehidupan seluruhnya. Namun, pasca perang dunia pertama menyaksikan penularan fahaman sekularisme hasil kerja intlek para orientalis yang menerobos ke dalam minda umat Islam lantaran kejatuhan sistem politik Islam global. Secara perlahan-lahan, umat Islam mula mempercayai doktrin pengasingan diantara agama dan politik. Politik dalam bahasa Arab disebut sebagai siasah. Menurut bahasa ditakrifkan sebagai sasa- yasusu-siasatan wa riasah yang membawa maksud tadbir,perintah ataupun mengetuai. Boleh rujuk surah Al-Baqarah: 30. Ibnu Taimiyyah di dalam bukunya "Assiyasah al-Syariyyah"menyatakan: “Mengendalikan urusan orang ramai (rakyat) adalah kewajipan agama yang besar, dan agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah”     Ghiyas al-umam ditegaskan: “Apabila menyempurnakan jenazah orang mati dikira sebagai fardu kifayah, maka mengendalikan urusan hidup mereka adalah lebih penting dan utama. Sesungguhnya Islam begitu sekali memerlukan kerajaan yang dapat berfungsi menegak dan memelihara agama, maka mewujudkan kerajaan Islam adalah sesuatu yang wajib untuk tujuan mengawal aqidah, mendirikan solat dan menghukum mereka yang meninggalkan rukun Islam, juga untuk tujuan mengawal negara, manusia dan kehormatan mereka (hudud) juga melakukan jihad, mendidik umat Islam, dan menegakkan sistem politik, ekonomi dan kebudayaan islam“(Lihat Dr Mustafa Farghali: "Fi wajh al-Muamarah `Ala Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah")     Maka amat penting dalam kita mengambil secara syumulnya Islam.Dakwaan liar dan tidak bertanggungjawab mengatakan politik tidak ada dalam islam adalah satu usaha pemisahan Islam daripada elemen kehidupan manusia dan ini merupakan usaha pensekularan yang dipelopori oleh golongan sekular sejak dahulu lagi seperti Syeikh Abdul Raziq di Mesir dll. Jadi dalam kes ceritaku ini, apa masalahnya kuliah politik dalam masjid kan?     Mohon maaf kerna diri ini tidak bijak menyusun ayat. Terdapat banyak kesilapan bahasa. huruf besar dan kecil entah ke mana. Niat diri hanya untuk menyampaikan dan berkongsi. Semoga kalian dapat memahami isi tersirat. Bagi yang memahami, Alhamdulillah bolehlah berTINDAK ya. Bagi yang masih kabur boleh bertanya.  Andai ada kesilapan amat dialukan untuk menegur. Sebarang penambah baikan amat dialukan. Ada cerita baru lagi saya menulis lagi ya, itupun jika diberi kekuatan oleh Allah, insyaAllah..  Rujukan : http://knms23.blogspot.com/2008/02/politik-dan-islamjangan-keliru.html.
By : Nurul Amirah Kamaruddin

No comments:

Post a Comment