Thursday, November 18, 2010

kalamul iftitah


Assalamualaikum…selawat serta salam ana persembahkan buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW…Alhamdulillah akhirnya ana punya blog sendiri mungkin terlalu lewat jika hendak dibandingkan dengan sahabat dan sahabiah yang lain….mungkin cara n gaya penulisan ana yang lebih kepada luahan rasa menyebabkan ana kurang n tidak bersedia untuk mempunyai blog peribadi sendiri…entahlah kenapa.Tetapi menyedari ada minat yang telah lama terbuku tetapi disebabkan ana punya minat yang lain menyebabkan minat yang satu ini ana pendam n simpan kemas2 dan sekarang tiba masanya ana melayan minat yang ini pula.MENULIS...Terlalu banyak “rasa” yang ingin ana kongsikan selepas melayan minat-minat ana  yang bermacam-macam hinggakan sekira ditanya, apa hobi awak? Ana akan terdiam seketika n dalam kepala berkira2 apa ya…sungguh ana seseorang yang tidak punya hobi..ana suka melakukan mengikut mood…tapi ana kan jawab  membaca.Mungkin betul kot sebabnya membaca bukan sekadar baca buku,novel atau akhbar, nak masak pon ken baca jugak, baca bismillah..hehe..nak tido pon baca jugak,baca doa tido tengok tv pon baca jugak…baca iklan n baca terjemahan dialog..hehe..so hobi ana membaca.lagipun, penulisan adalah medium dakwah,ana bukanlah seorang yang petah berbicara seperti sesetengah sahabat ana,sekali cakap yang pejam boleh celik,yang berbual boleh diam, yang baru sampai ke tangga surau terburu-buru masuk;ana juga bukanlah orang yang berani menegur secara terang-terangan atau direct to the point,kiranya ana nh tergolong dalam golongan iman yang lemahlah.Tapi ana punya keinginan untuk menyebarkan islam, mungkin ini caranya sekurang2 nya dalam episod kehidupan ana, ada juga sedikit usaha untuk meninggikan kalimah Allah.
    Ana membutuhkan tunjuk ajar dari sahabat2 yang sudah tentunya punya ilmu n pengalaman dalam penulisan ini, bukan penulisan sahaja malah apa sahaja.Di usia mengganjak ke angka 23 ini, hati menjadi gerun,risau rasanya belum cukup ilmu n pengalaman untuk menempuh cabaran hidup.Cabaran yang perlu dihadapi agar kelak bertemu dengan illahi dalam keadaan DIA redha dengan kepulangan ana.Malu rasanya ketika diutus ke dunia dengan keadaan yang telah mengakui DIA adalah tuhan sekelian alam tapi bila kembali, kembali dalam keadaan kufur dan tidak beriman.Kembali dengan lumpuran dosa tidak seperti sebelum dihantar kedunia dengan bersih.Nampak sangat ana ni hamba yang lupa diri,diuji dengan kesenang dan nikmat yang tak seberapa terus leka,terus alpa walhal DIA telah membekalkan ana dengan peringatan2 yang cukup banyak,malah diutusnya Nabi sebagai panduan n rujukan ana.Mengenangkan ini,hati sentiasa terhenyak,rasa diasak setiap kali DIA mempersoalkan nikmat apa lagi yang ana dustai.Rasa sesak setiap kali DIA mengungkit nikmat2 yang telah DIA beri dan ana dustai dengan bermacam cara.Samada sedar atau tidak.Ampuni ana ya ALLAH…
Doakan ana agar istiqamah dengan blog ini dan terus tsabat dalam perjuangan ini…                          
~salam mujahadah~

No comments:

Post a Comment