Friday, December 17, 2010

Kuliah Tok Guru

Assalamualaikum...
Selamat menyambut penghulu segala hari,hari jumaat..


   Hari Jumaat amat berbeza di Kelantan, sebab hari ini negeri ini bercuti.Maka berbondong-bondonglah rakyat Kelantan dari pelusuk negeri berkumpul di Dataran Ilmu termasuklah ana sekeluarga.Telah menjadi satu kewajipan sejak ana masuk ke sekolah tadika dari ana tidak mengenal erti menutup aurat hingga ana memahami kewajipan menjaganya,dari ana tidak mengenal erti perjuangan hingga ana berada di dalamnya,untuk bersama rakyat Kelantan yang lain mengikuti kuliah Tok Guru.
   Di mana ingin mencari seorang pemimpin yang benar-benar istiqamah dalam melakukan dakwahnya,sejak ana berusia 6 tahun hingga sekarang ana sudah berusia 23 tahun kuliah itu masih berjalan, walaupun ketiadaan tok guru atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Hampir 17tahun(sebenarnya kuliah Tok Guru disini sebelum tu lg...)  ana menerima pendidikan dari Tok Guru,sebab itu betapa sedihnya ana untuk meninggalkan bumi Kelantan untuk menyambung pelajaran di Penang.
   Ana masih lagi teringat sewaktu ana kecil,kalau tak silap masa tu ana darjah dua kot.Sambil berjalan mencari tempat duduk ana didengarkan bukan mendengar oleh tok guru ciri-ciri sifat fizikal nabi dan waktu itu,ana membayangkan betapa hensemnya nabi ana dan disitulah bibit cinta mula berbunga. Masa ana tingkatan dua  pula, sewaktu kaki ini melangkah untuk ke tingkat atas dewan zulkifli Tok Guru menceritakan betapa mudahnya kita menjadi syirik pada Allah dan ahti ana terlalu tersentuh dicampur pula kuliah bersama guru ana di sekolah menceritakan kita akan dibangkitkan dengan orang yang kita cintai dan isi kedua2 guru ana ini,membuatkan ana banyak berubah.
  Ana juga seperti remaja lain ketika itu,meminati artis dan dunia hiburan tetapi mereka telah mengetuk hati ana,ana tidak ingin dibangkitkan dengan orang2 yang durhaka pada Allah.Ana jadi takut,sebelum tidur ana akan bayangkan bagaimana ana mati dan saat itu hati ini masih menaruh minat pada mereka yang mungkar lalu ana dibangkitkan bersama mereka.Malunya ya allah.Tetapi,allah itu maha penyayang,rasa berharap ditumbuhkan dalam diri.Ana ada Rasulullah untuk disayangi menggantikan cinta2 pada manusia yang hanya bertopengkan nafsu.Cinta yang berputik semakin mekar.Bersyukur pada mereka yang membawa ana mengenal cinta Rasulullah.Semoga kita semua dibangkitkan bersama baginda.
  Hari ini ana berpeluang lagi menjejak kaki di dataran ilmu.sedikit kecewa bukan Tok Guru yang memberikan kuliah.Tak apalah.alhamdulillah ana berjumpa ramai kenalan ana sewaktu di bangku pengajian dulu.Ada seorang adik menegur ana,masih lagi dia ingat pada ana sedangkan ana dah lupa akan wajahnya.Beginilah ana sering lupa pada adik2,selalunya mereka yang menegur.Juga ana bertemu seorang sahabat sewaktu di mmppp,alhamdulillah masih utuh dengan peribadai yang ana kenali dulu.Banyak lagi wajah yang dikenali tetapi disebabkan sibuk mengejar bonda,ana hanya sempat menyalami seorang junior semasa di  maahad kota bharu.Sebenarnya, disinilah tempat kami pelajar Maahad berkumpul.Disamping sedikit taujihat dari tok guru dapat juga kami menyambung silaturrahim dan bertanya khabar.Ana bersyukur mereka masih seperti yang ana kenali dahulu.Dalam tudung labuh dan jubah yang sederhana,bersama senyuman yang sentiasa meniti dibibir saat bicara, kalian benar2 muslimah solehah,penyejuk hati.
    Disini juga,tempat mencari rezeki bagi mereka yang berniaga.Banyak barangan yang dijual disini dari bahan makanan hinggalah ubat-ubatan.Jadi,sapa-sapa yang pergi kekuliah tok guru,tak perlu susah-susah kepasar untuk membeli bahan masakan bagi juadah untuk hidangan selepas solat Jumaat.Disini semuanya ada.Jika hari raya lagi sesaklah dengan peniaga dan orang yang membeli.Lorong yang paling sesak ialah dibelakang kedai kitab Jaafar Rawas.Memang sesak disitu.Bonda selalu berkata "kalau nak tahu kesesakan kat Makkah,tengoklah kat sini."Memang sesak berhimpit-himpat,boleh sesak nafas jugak lah.
  Sebanarnya yang mengikuti kuliah tok guru bukan orang Melayu je,cina,siam pon ada jugak dan mereka ni belum lagi Islam.Ada yang datang dengan rombongan,ada yang datang untuk berniaga,ada juga yang datang untuk membeli-belah.Terkadang pelancong asing pun ada juga datang menjengah.Kuliah Tok Guru juga,dihadiri oleh mereka yang kurang upaya menagih simpati,macam-macam jenis kecacatan dan kesukaran yang dihadapi lantas memaksa mereka untuk meminta sedekah dan disinilah tempatnya.Namun,bagi ana yang berada disitu benar2 memerlukan bukan seperti di jalanan yang belum pasti.
   Disini juga,medan tok guru mengeratkan silaturrahim sesama rakyat,menanam rasa rendah diri pada ilmu,menanam betapa ilmu perlu dituntut oleh siapa sahaja dari semuda usia hingga ke usia yang tua selagi kudrat dikandung badan.Pemandang anak-anak kecil berkopiah,bertudung sambil berjubah berlari-lari membawa makanan dan orang tua yang bekerut seribu suatu yang lumrah dan menarik.Memang anak-anak kecil tidak mengerti apa yang disampaikan tapi sekurang-kurangnya mereka terbiasa dengan ilmu dan ulama'.
   Disini hanya disediakan khemah dan tikar sebagai alas duduk dan berteduh tetapi tidak mencukupi dengan limpahan pendengar,ada yang terpaksa duduk di kaki lima kedai,diatas longkang,dijalan raya yang telah ditutup setiap jumaat berlapikkan akhbar lama.Semua ini mendidik kita rasa rendah diri,rasa sama sahaja walaupun kita punya pangkat yang lebih.Semuanya sama berada di 'bawah dagu' seorang pemimpin untuk menimba ilmu.
   Terima kasih Tok Guru,atas didikanmu yang cukup berhikmah.Istiqamahmu benar-benar memukau hati juga semangatmu akan terus hidup di hati rakyatmu.


ni kereta rasmi menteri besar kelantan...Biasanya keretanih diletakkan sebelah khemah muslimat.
TG akan keluar bersalaman dan terus menuju ke pentas tuk berceramah.


 masa ni TG dah selesai ceramah.Kalu tengok cara TG berjalan memang dah lemah.
Tapi bila dah start ceramah.Berapi2...
 Yang ni pulak masa bg kuliah.Ana sangat suka style TG pakai cermin mata.

 Yang ni khemah bhg muslimin.

 Yang ni pon.Khemah ni dipasang selepas subuh oleh pkerja
Majlis Bandaraya Islam.



~gambar-gambar nih ana amik kat internet jugak.Hehe...hp ana low batery jd tak leh amik,so search la kat google picture.hehe...~

~memartabatkan kepimpinan ulama'.Sayang Tok Guru~





No comments:

Post a Comment