Thursday, December 2, 2010

Seharusnya Sang Pejuang Itu...

Teman...
Pejuang itu saharusnya seperti Nabi Yusuf yang menyediakan bekalan makanan untuk tujuh tahun

Pejuang itu semestinya seperti Nabi Musa yang berusaha keras mengumpul pengikut untuk menentang Firaun yang mengatakan dirinya Tuhan.

Pejuang itu seharusnya seperti Salman Al-Farisi,tangannya tangkas menghunus pedang,matanya liar memerhatikan musuh tetapi mulutnya berzikir,hatinya waspada dalam uzlah pada Illahi rabbi.

Pejuang itu seharusnya seperti Al-Ghazali dalam dirinya ada lubuk ilmu yang mendalam.Bicaranya penuh hikmat yang tersurat dan tersirat bersuluhkan mata hati yang telah disinari cahaya di atas cahaya.

Pejuang itu strateginya harus kemas bak Sayidina Umar Al-Khattab,geraklangkahnya tegap dan berani persis Salahuddin Al-Ayubi.

Pejuang itu gertaknya pada kuffar dan munafiq, sehebat gertakan Muhammad al-Fateh sehingga gereja tempat mensyirikkan Allah yang Esa bertukar tempat beribadat kepadaNya.
Pejuang itu jalannya jauh sejauh perjalanan Ibn Batutah beribu-batu,bermusafir di bumi tuhan melihat kebesaran ciptaan Tuhan yang Maha Bijaksana.Sambil tangannya,membawa haruman Islam dan mengutip ilmu yang tersembunyi pada dada ulama’ dan auliya’.

Pejuang semangatnya seperti As-Syahid Syed Qutb,dipenjara dia uzlah sambil penanya mengukir Tafsir Fi Zilalil Qur’an yang malar hijau.

Pejuang itu seperti Hassan Al-Banna,tidak meninggalkan zikir dan amalan menghidupkan hati sehingga terbitnya ma’thurat buat bekalan para mujahidin.

Pejuang itu wajib mencontohi Muhammad S.A.W.Ibarat permata yang setiap sudut dalam dirinya di hiasa cahaya yang begermerlapan memancar dari timur ke barat,dari utara ke selatan.

-selamat berjuang.Tahniah kerana memilih jalan ini.Jalan perjuangan yang penuh onak dan duri yang bisa merobek jiwa dan raga,demi Islam kami rela berjuang-
-Salam satu naungan hijau-
Hawa Jamilah Hasani




No comments:

Post a Comment