Sunday, December 5, 2010

coretan sang Musafir...


Assalamualaikum
...semoga keberkatan dan rahmat Allah memagari hidup kalian….
   Segala puji bagi Tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam.Alhamdulillah, atas curahan rezeki yang baru sahaja berhenti sekejap tadi, bukti kasih-sayangNya yang masih lagi ada untuk kita walaupun betapa banyak kesalahan dan dosa yang kita lakukan.Walaupun banyak kali janji dan taubat kita mungkiri.Terkadang,ana berteleku sendirian,berfikir murahnya rezeki Allah kepada kita,sayangnya Allah pada kita,berkali kita durhaka pada Dia berjuta kali Dia sudi memaafkan kita.Allah…sungguh engkau Maha Pemurah,sungguh engkau Maha Penyayang,sungguh Engkau Maha Pemaaf.Sehingga kami mengambil kesempatan atas kemurahan,kasihsayang dan kemaafan engkau.Jahatnya kami Allah.Astaghfirullah.
   Dengan kemurahan Mu,rezekiMu hari ini,ana dapat bermusafir menziarahi sahabat dan saudara di bumi Jelapang Padi,Kedah dan mungkin selepas ini,ana  akan bergerak ke Perlis pula.Mengembara dan berjalam menjadi salah-satu minat ana sejak ana berada di IPT.Mungkin sedikit kebebasan yang diberikan oleh ibu dan ayah setelah anaknya kini melangkah kea lam dewasa,  menyebabkan ana berani untuk kesana dan kemari.
  Ana pernah merangka untuk menjelajah ipt atau universiti di sekitar utara.Bertemu sahabat2 seperjuangan di Maahad dahulu.Tapi,kekangan masa yang teramat sangat menyebabkan ana terpaksa menunda hajat yang satu ini.Tahun hadapan ana berkira2 untuk melawat sahabat di UIA dan USIM…Moga diberi kelapangan rezekai dan kecepatan elaun=),agar niat yang satu ini telaksana.
   Saat posting ini dicoretkan,ana berada di rfc…dah kenyang menjamah 2 ketul ayam,1 kotak zizag wadges…tiba2 je terasa nak bukak laptop n menjenguk fb n tiba2 terasa ingin mencoretkan sesuatu sementara menunggu saudara ana datang jemput.Boring duk saja2 nih…daripada membiarkan masa tidak terisi lebih baik ana wat sumthing yang berfaedah…
   Bermusafir dan mengembaralah ketika usia muda,lebih-lebih lagi bagi muslimin,kekuatan n kebebasan kalian yang tak sama dengan muslimat.Muslimat syarat bermusafir perlu berteman (tp rasanya dah banyak kali ana musafir tak berteman sbb tak da org yang boleh teman=( jadi terpaksalah bergerak sorang2..).Lebih2 lagi sekarang  ni,kejadian pelik2 terkadang ana sendiri pun gerun bila memikirkan.Tapi nak wat macam mana.terpaksa.
  Sebenarnya bukan ana ja yang terpaksa bermusafir sorang2,ramai lagi yang senasib dengan ana.Jadi,macam mana nak buat ye,supaya keselamatan kita lebih terjamin atau lebih cobfident??kalu ana,ana wat macam ni (sekadar perkongsian);
1-sembang ngan mak cik kat stesen bus.
Sblm naik bus biasanya ana akan bertaaruf ngan mak cik2..mana tau kot2 satu perjalanan.Tanyala mak cikk p mana ke?atau apa2 je lah…kalau nasib baik dia duk sebelah kita atau dekat2 dengan seat kita atas bas.Tak pon ana sembang lah dengan ana rasa orang yang boleh dipercayai.
2.Sembang ngan orang sebelah/wat mcm kita dah lama kenal dia(muslimatlah)
Sembang la dengan orang sebelah kita.Kot2  dalam perjalanan kita memerlukan dia.Tapi jangan niat tuk kepentingan peribadi,kira sama-sama lah.Kita pun amik berat juga lah kat dia.
4.Bagi number plate bus/teksi
Stakat bi ana tak pernah lagi bagi num plate bus.Tapi,biasanya ana akan bagi num plate taksi kat beberapa individu.Biasanya ana bagi num kat kawan ana kat maktab nama dia alwani.Dia yg ajar ana wat camni,jd ana bagi kat dia.Dia fahamlah.Kalu bagi kat orang lain macam pula soalannya.


4.niat nDoa n tawakkal
Berdoalah pada allah semoga kita diselamatkan n yang penting sentiasa betulkan n perbaharui niat,Niat kerana Allah mestilah Allah akan jaga kita.sebab,Allah itu tidak zalim.Ana selalu doa supaya ana tak duk sebelah lelaki.Allah makbul doa ana.Kalau tak ana jadi robotla kat dalam bus tu=).sampai ke destinasi sakit satu badan sebab tak bergerak…=)
  Oklah,sampai di sini sahaja coretan ana kali nih.Sehingga berjumpa lagi…wassalam…
-bertebaranlah kamu dibumi Allah melihat kebesaranNya-

No comments:

Post a Comment