Sunday, December 5, 2010

maal hijrah dan penghijrahan diri...


Assalamualaikum….
   Esok akan menyambut tahun baru hijrah bererti kalendar lama dah habis dikoyak dan kalendar baru pula yang bakal dibuka.Dulu,ana terlalu excited beli kalendar n buka kalendar baru,lebih2 lagi yang keluaran sekolah ana dan sekolah yayasan islam Kelantan.Macam-macam jenis design yang dikeluarkan.Tahun ni,tak tau lah pulak design apa.Terkadang terfikir jugak,setiap kali melihat helaian kalendar yang dikoyak dan dibuang saban bulan,apakah terisi masa yang telah berlalu atau turut terbuang sebagaimana helaian kelander itu dibuang??
   Dulu,nikmat masa lapang rasanya tak digunakan dengan betul2,banyak  juga masa dibuang dengan sia-sia tanpa sebarang pengisian.Tuptup..ana dah berumur 22 tahun sekarang n tahun depan dah 23,masyaallah dah tua dah rasanya.Belum lagi masuk ke era 30-an atau 40-an.Mak selalu kata nafsu tak pernah tua yang tua hanyalah usia dan fizikal kita.Jadi bijak-bijaklah menunggang nafsu n menyedarkan nafsu yang dia dah tua.
  Bila difikir-fikir balik ada betulnya kata-kata mak tu.Buktinya ana,walaupun dah berusia 22 tahun tapi rasanya tetap sama.Cuma pengalaman yang dilalui banyak mengajar untuk lebih bijak mengawal nafsu.Ada yang boleh dituruti ada juga yang perlu kita bangkang n ada juga yang perlu kita baiki sket2,supaya keinginan nafsu kita berlandaskan dengan syara’.Keupayaan mengawal nafsu bergantung pada kekuatan hati.Sebab,yang melaksanakan segala tuntutan nafsu adalah jasad yang diketuai oleh sang raja yang bernama hati.
   Hati yang bagaimana pula yang dapat memberi arahan kepada anggota yang supaya bergerak sejajar dengan hukum Allah bukan kehendak nafsu?Sudah tentu hati yang sihat,hati yang punya ilmu dan sentiasa dijaga oleh tuan empunya badan yang berakal dan menggunakan akal semaksimum yang mungkin.Oleh itu,tuntutlah ilmu,tajamkanlah akal dengan keilmuan  yang pelbagai.Agar kita boleh membezakan antara yang hak dan yang batil.Agar nafsu kita nafsu yang beriman bukan nafsu yang ingkar.Susah juga kalu tak da nafsu langsung.
  Latihan nafsu memerlukan proses.Menjinakkan nafsu bukan masa yang singkat perlukan pengorbanan.Perlukan mujahada.Kesimpulannya,dengan berubahnya kalendar islam beberapa jam sahaja lagi ,sama-samalah kita bermujahada melawan nafsu yang jahat dan suu’ sama-sama kita tingkatkan usaha melatih nafsu dengan seluruh anggota agar nafsu kita ada perubahan positif…
~salam mujahadah nafsu,salam maal hijrah~

No comments:

Post a Comment