Friday, December 24, 2010

coretan sayyidul ayyam...



Assalamualaikum..
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan MUHAMMAD S.A.W serta para sahabat  baginda.
   Alhamdulillah tanpa sedar sekali lagi ana mencoretkan sesuatu dikanvas maya ini pada hari Jumaat.Sayyidul ayyam.Rasanya baru semalam ana membuat sedikit coretan tentang kuliah TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat.Hari ini,ana berpeluang berada di Medan Ilmu sekali lagi.Alhamdulillah TG sendiri yang menyampaikan kuliah.
  Hari ini seperti biasa,pemandangan yang sama di Medan Ilmu.Kedai-kedai jualan,orang ramai bersesak-sesak melihat barangan yang dijual sambil mendengar kuliah.ada juga yang terus bergerak menuju ke khemah utama tanpa menghiraukan jualan2 dikiri dan kanan jalan.Mak cik-makcik,pak cik-pakcik,akak-akak tanpa mengira lapis usia beralaskan surat khabar lama khusyu’mendengar butiran ilmu.
  Kuliah hari ini berkisarkan beberapa perkara antaranya beza antara orang yang beriman dan orang islam sahaja.Menurut TG islam sahaja tidak mencukupi yang utama adalah iman.TG juga berpesan agar kita lebih berhati-hati dan teliti dalam ibadat supaya ibadat kita tidak rosak.Menurutnya lagi,sudah cukup bagus sekiranya ada sedikit amalan kita diterima Allah.Kalau satu waktu Allah terima solat kita itupun sudah besar nikmat untuk kita hamba yang dhoif.
  TG juga menceritakan kenapa dia memakai pakaian serban dan jubah walaupun dia sudah bergelar menteri besar salah-satu sebab dia tak nak Tok Guru hanya nampak peranannya disurau,di masjid,memandikan orang mati,khawin sahaja tetapi peranan Tok Guru itu lebih besar sebenarnya.Subhanallah hebatnya pemikiran Tok Guru.Kepimpinan berteraskan tauladan.
  Usai kuliah TG ana ke Jaafar Rawas,menemani ibu membeli ma’thurat tuk pelajarnya.Ana berkira-kira tuk membeli buku BA tapi buku yang ana nak tak da pula.Tak pa lah…Dalam perjalanan pulang ana terserempak dengan Kak Aznida dan Kak Erni.Dua insan  yang ana rindu terutamanya Kak Nida.Kak Erni selalu juga jumpa.Kak Nida dah lama sangat kali terakhir ana jumpa enam tahun lalu.
  Walaupun Kak Nida dah berniqab,tapi mana mungkin ana lupa pada sepasang mata yang amat memberi kesan pada ana suatu ketika dahulu.Memang tak sangka ana dapat berjumpa dengan mereka.Allah betapa Engkau mengetahui setiap bisikan hati ini.Terima Kasih ya Allah..dialah mawar yang berduri bagi ana.Cintanya pada Ilmu menggunung tinggi.Setiap kalimah keluar dari mulutnya pasti ada dalil.Tegas dalam kelembutan.Marahnya kerana kasih-sayang…Allah,betapa ana mengasihi mereka.
~terima kasih atas segala ilmu kalian,sahabat~

No comments:

Post a Comment