Saturday, December 11, 2010

...rintihan buat sang raja.. (1)


Assalamualaikum…
Salam ceria,salam ingatan,salam kerinduan…
Buat sahabat2 seperjuangan yang mengenali…
Buat adik-adik usrah kesayanganku Usrah Amilin (muslimat terutamnya…)
   Saban hari kita membaca zikir,kita beristighfar ,kita bertahmid,kita bertasbih,memohon ampun,mengucap syukur,dan mensucikan zat Allah dari sebarang kekurangan atau kelemahan.Saban waktu juga,kita berselawat tanda ingatan dari seorang ummat kepada seorang rasul yang diutuskan,tanda kasih dari seorang ummat buat rasul yang telah membawa manusia mengenali zat pencipta,memperlihatkan cahaya yang telah lama ditutupi kegelapan jahiliah,menuntun ummat dengan sabar ke jalan yang lurus dan mudah setelah terlalu lama terbiar tanpa panduan.
  Tetapi malangnya mengapa istighfar,tahmid dan tasbih yang dilafazkan seolah tiada kesan langsung dalam jiwa.Seakan bait-bait zikir yang dilafazkan berlalu pergi dibawa angin lalu.Tidak ada satu pun yang benar-benar melekat di hati.Istighfar dibaca tetapi sedikit penyesalan pun tidak wujud dalam jiwa seolah diri ini telah bersih dari segala dosa.Tahmid dibaca tapi sedikit benar rasa terima kasih yang wujud dalam diri.Tidak sebesar kegembiraan setiap kali kita diberi sesuatu oleh manusia.Seolahnya nikmat Allah berikan terlalu biasa dan tidak bernilai.Lafaz-lafaz tasbih pun tidak mampu menenangkan jiwa yang kusut,hati yang lara dan mengharap pada manusia seolahnya Allah tidak mampu memenuhi hajat dan tuntutan jiwa.
   Mengapa ini terjadi??.Hamba bagaimanakah kita??Terus menerus melakukan pembohongan.Di bibir begini tetapi di hati lain pula bicaranya.Sedangkan Engkau tidak memandang pun apa yang dibicarakan yang engkau pandang  adalah hati ini,bukannya lidah ini.Kerna, andai baik seketul daging ini maka baiklah anggota lain.Tetapi mengapa kebajikannya dilupukan sehingga sekeras,setegar dan sesombong ini tingkahnya padaMu.Allah ampunilah kami lantaran gagal menjaga amanahMu yang satu ini sedangkan engkau berikan sepenuhnya kepada kami untuk kami menjaganya tanpa perlu bergantung atau berkongsi dengan yang lain,sepenuhnya engkau serahkan.
   Saban hari kita juga berselawat,tapi sekelumit cinta pun tak berbunga di hati.Sebagaimana kita rindu pada sahabat,pada kekasih,pada ibu bapa dan adik beradik seperti itu jugakah kita memendam rindu pada Rasulullah?Sebagaimana Rasulullah saat kematiannya tidak menyebut khadijah yang dirindui saban waktu,tidak memanggil Aisyah yang dicintai ,tidak menyeru Fatimah yang ditatang sepanjang hidupnya tapi yang diserunya “ummati…ummati..ummati….”risaunya baginda meninggalkan kita tanpa bimbingannya tanpa tuntunannya dan kerisauan baginda berasas kerana sebegini jadinya kita.Sebesar itu kah kerinduan kita pada baginda sebesar itu kah kerisauan kita pada agama yang dibawa baginda,pada sunnah dan ajarannya yang dicela,pada sunnah dan ajarannya yang dihina pada sunnah dan ajarannya yang dijadikan bahan berlelucon.
~Ampuni kekhilafan kami,ketuklah hati kami dengan makrifatmu..~

No comments:

Post a Comment