Wednesday, December 22, 2010

majlis kawin vs tabarruj..

Assalamualaikum warahmatullah hi warakatuh...

   Kumulai coretan dikanvas sesawang ini dengan mengucapkan syukur pada Allah,atas nikmat kemudahan yang diberikannya.Jika dulu, Nabi Muhammad SAW terpaksa meminta pertolongan sahabat-sahabatnya menyampaikan surat peringatan buat raja2 ketika itu.Terpaksa mengharungi debu panas padang pasir,terpaksa mengharungi dinginnya angin pantai.Tetapi hari ini,tidak perlu lagi bersusah payah untuk menyampaikan risalah Islam.Sekadar menggunakan laptop yang boleh dibawa kesana kemari,juga si kecil broadband yang boleh disimpan di dalam poket,peringatan dapat diberikan hampir keseluruh dunia.Hanya yang diperlukan sedikit keinginan juga kesanggupan untuk melakukannya juga ilmu didada.Untuk mendapat peringatan pun begitu mudah,Cik Google bleh tolong carikan..tapi,bagi ana tuk dapatkan ilmu perlu berkitab n berguru.Sehebat manapun Ebook tak sama dengan kertas kuning yang berada di tangan.
  Muqaddimah je tu..today ana sekadar ingin berkongsi tentang tabarruj dalam kalangan muslimat terutamanya  dan lebih memfokus pada time kenduri kawin.Err..posting ana sejak akhir2 nih banyak bab kearah rumahtangga..kenapa ya??Tak da kaitan dengan diri ana ya..hehe..mungkin musim sekarang,adalah musim orang kawin kot..betullah tuh,bulan 11 n bulan 12.Kembali pada topik,ana tertarik tuk membincangkan isu nih lepas blokjogging pagi2 kat satu blog iaitu blog unit baitul muslim mansurah (ubmm) ada artikel yang menarik disitu berkaitan hal ini.
  Tabarruj apa hukumnya ya??Rasanya semua telah maklum apa hukum nya.Hukumnya HARAM jika dihadapaan ajnabi.Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan samada dibahagian muka atau anggota lainnya.Menurut al-Bukhari pula tabarruj juga didefinasikan sebagai 'seseorang wanita yang mendedahkan kecantikannya'..Dengan kata modernnya ada bermake-up, kan senang mungkin isitilah make-up lebih membumi pada jiwa masyarakat sekarang.Jadi,bermake-up tu tak bolehlah.
  Allah juga berfirman di dalam kitabNya di dalam surah an-Nur ayat 31.Tentang bagaimana seharusnya seorang muslimat.Ok,di sini ana tidak ingin membincangkan keseluruhan ayat tersebut tetapi sekadar maksud potongan ayat ini,yang bermaksud :
"dan janganlah kamu menampakkan perhiasan,kecuali pada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau ayah mereka......(hingga akhir ayat).."an-nur ayat 31.
Apa yang difahami di sini,kita tidak boleh menampakkan perhiasan kecuali pada ajnabi.Tetapi bila ana melihat di majlis-majlis perkahwinan sekarang banyak je yang menzahirkan perhiasan.Bukan sekadar menzahirkan perhiasan malah menambah-nambah .Tambah eye-shadow lah,tambah blusherlah,tambah lipstiklah,tu baru bahagian muka belum lagi tudung,dekat tudung plak siap menampakkan sanggul lagi yang di haram malah dilaknat nabi.Dah labuh dah,tapi kenapa wat sanggul plak...aduss..tension3x..pastu letak crown pulak..bertambah tension ana..hehe..(nape ana plak yang kalut2 tensyen nih).Ingatlah firman ini wahai saudari muslimah ku :
....dan janganlah kamu bersolek,seperti solekan orang-orang jahiliah yang dahulu...
(al-ahzab ayat 33)
   Ana tak berapa kisah sangat andainya yang melakukan itu orang yang tak punya ilmu,tapi malang sekali bila yang melakukan itu yang punya ilmu dan bergelar ilmuan.Yang punya ilmu,yang punya pemahaman malah punya dalam silibus study lagi.Alahhh...sehari ni je,lepas ni kita taubatlah..tambah lagi satu kesalahan mempermain-mainkan taubat.Ada juga yang jadi mangsa keadaan nak jaga hati mak,nak jagi hati mak andam.nak jaga hati kawan2 maka hukum Allah pandangan Allah diketepikan.

Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu'min dan bagi perempuan mu'minat,apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka.Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasulnya,maka dialah sesat yang nyata,(Al-Ahzab:ayat 36)

  Situasi ini banyak menguji sejauh mana kekuatan kita dan sejauh mana kita ikhlas memperjuangkan...dan sebenarnya hubungan siapa yang kita pentingkan.Hubungan kita dengan Allah atau hubungan kita dengan manusia...Lagi malang andainya itu adalah kehendak sendiri.Lantas,bagaimana perkahwinan itu mahu mendapat redha Allah,kesalahan berlapis-lapis.Sehari je pakai..tak pa..tak pa la sangat..mana tahu sebab sehari tu je..terus Allah potong rahmat tuk kita..bagaimana hidup rumahtangga tanpa rahmat??
  Sekarang ni plak menjadi satu trend letak gambar kat fb,wow...dengan posing yang macam-macam gaya,dengan senyuman yang meleret plus lirikan menggoda.Tak pa lah dah jadi isteri orang..sebab dah jadi isteri orang la kena jaga lebih,mungkin dalam ribuan yang melihat wajah kita ada yang punya penyakit hati terberkenan ke..nak masuk minang tak boleh dah lantas membayangkan yang bukan2..Kita renungi terjemahan syair arab ini :

Setiap kejadian dari pandangan
bagai kebakaran dari serpihan
banyak kerlingan menikam kalbu
kalbu ditikam tanpa panahan
selagi manusia mengikut perasaan
bahaya dihadapan tidak kesedaran
relakan bencana datng melanda kemuliaan
usah disambut andai datang membawa kehancuran.

  'Alah bukannya pakai depan orang ramai.Tak turun rumah pon duk dalam bilik je' ...Salah - satu quotation menghalalkan cara.Habis,macam mana tetamu yang dijemput, adakah kerana raja sehari maka tetamu yang datang perlu terjenguk-jenguk semata-mata untuk mencari kita yang bersenbunyi lantaran malu keluar melayan tetamu kerana bersolek dan berpakaian berlebihan.Bukankah kita dituntut melayan dan memuliakan tetamu?Lagi menyedihkan andai tetamu itu adalah guru kita,dari jauh dia datang ke majlis tetapi kita sibuk berposing dan bergembira dengan sahabat handai.Di mana adabnya kita sebagai tuan rumah??Allah...kesalahan berlapis2..
  Teringat kata-kata adik ana waktu dia baru umur 5 tahun.Semasa membelek-belek majlis gambar perkahwinan seorang saudara yang tak bertudung dan siap bersanding dikhalayak ramai lagi..nak tau dia kata apa? diakata macam ni..."jahilnya mak cik.." dan sedara ana pun mengakuinya "masa tu memang mak cik jahil zaman 80-an,bodoh lagi masa tu,ilmu pun tak de..."tengoklah budak seusia 5 tahun boleh menilai apatah lagi kita yang dah dewasa..zaman moden yang ilmu hanya dihujung jari tak sepatutnya perkara ini berulang lagi.
   Kesimpulannya.Saudari muslimahku sama-sama kita mantapkan ilmu dan iman agar kita dapat menghadapi situasi ini dengan benar-benar berlandaskan syari'at.Bagi yang terlanjur,pintu taubat sentiasa dibuka.Allah itu Maha Penyayang dan Maha Tahu kita adalah hamba yang lemah.Bagi yang tidak senang dengan apa yang diperkatakan anda boleh tidak suka pada saya, tapi bolehkah anda tidak suka pada apa Pencipta anda tegah?sedangkan hari-hari anda dan saya mengaharap belas dan rahmat dariNya?

~kuatkan kami untuk hidup bersyri'at~

No comments:

Post a Comment