Monday, December 13, 2010

mengatur kehidupan harian~sekadar lontaran idea~



Assalamualaikum dan selamat tengah hari (semasa entry ini di tulis)
Kaifahal imanmu hari ini sahabat-sahabat?ada peningkatan atau tidak?
Kaifahal ilmumu hari ini sahabat-sahabat?ada pertamabahan atau tidak?
Kaifahal ikhlasmu hari ini?makin ikhlas atau sudah berkurangan kuantitinya?
~semoga semuanya makin bertambah,jangan jadi orang yang celaka?siapa orang yang celaka?Menurut nabi Muhammad orang yang celaka ialah orang yang hari semalam lebih baik dari hari ini..jangan jadi orang yang rugi,orang yang rugi ialah orang yang hari ini dan hari semalam sama ja...peringatan ini juga ditujukan buat seorang insan yang bernama HAWA JAMILAH HASANI..(tuan punya blok ni la...hehe)..
   Alhamdulillah hari ini setelah menyetelkan semua urusan rumahtangga akhirnya ana berpeluang juga mengupdate blog kesayanganku ini.Sebenarnya,kehidupan seorang muslim cukup bermakna bermula sebelum subuh lagi telah ada aktiviti yang perlu dilakukan.Selepas solat subuh,kita tak boleh tidur dan sesuatu yang memalukan sekiranya anak-anak dara n pemuda-pemuda yang tidak ada komitmen tidur lepas subuh.Tetapi terkadang ana terkantoi juga terutamanya bila terlalu letih tetapi dalam hati berbisik…(ya allah maafkan aku,hambamu ni ngantuk sangat,ya rasulullah mintak maaf pesanmu tak kuturuti..hehe…).Bagi yang punya komitmen terutamanya bagi ibu-ibu yang punya baby kecil yang suka qiamullail mungkin diberi kelonggaran.Tidur sekejap tuk kumpul semula tenaga tapi jangan la overtime sampai pukul 12 baru nak mulakan aktiviti.Tak elok untuk pentarbiahan sesebuah rumahtangga islam.Bukankah rumahtangga islam perlu berpagi-pagian walaupun hujung minggu.
   Jadi,tuk elak tidur wat la aktiviti yang kita suka,contohnya bagi muslimat wat la sarapan pagi tuk family n bagi mengelakkan boring tukar la menu,jangan menu yang sama bukan setakat orang yang makan je boring,orang yang masak pon boring.Tukar-tukar la menu n cuba menu baru ataupun update la menu yang kita masak.Be creative at kitchen.Bukan software je kena update masakan pon kena juga.Baru kita tak boring memasak.Yang penting elakkan membeli.Memasak sendiri tu lagi berkat.Tetapi sekali-sekala tak da salahnya,pilih la kedai yang kita yakin kebersihan tempat memasak n tuan yang memasak tu sendiri.
  Bagi muslimin lak,wat la apa yang patut nak masak pon bleh jugak.Amat dialu-alukan.Jiran ana merangkap bapa sedara ana,pagi-pagi dia suka bakar sampah n bersih sekitar rumah,lepas tu dia akan naik ke rumah ana memandangkan sarapan pagi rumah ana pukul 7 dah siap n semua mesti berkumpul makan kalau tak, ada la yang akan kena sat g…hehe…lepas sarapan baru lah masing2 bleh wat aktiviti sendiri  study ke,kemas rumah ke,tulis blog ke atau apa2 ja lah sehinggalah pukul 12 kita digalakkan tuk tidur sebelum zohor.
  Selepas zohor kalau tentative kat rumah ana kena makan tengah hari plak.Kena makan jemaah terutamanya waktu cuti,jadi semua orang kena bergegas solat maksudnya solat di awal waktu sebab lepas tu semua orang kena berkumpul kat meja makan tengah hari terutamanya cuti sekolah..Tapi terpulanglah,masing2 punya cara tersendiri ada juga yang tak makan tengah hari.Jadi, pengisian antara waktu zohor n asar pula.Mungkin bagi suri rumah masa nilah nak letakkan badan n rehat-rehat sambil membuat aktiviti ringan setelah berpenat-lelah membanting tulang sepanjang pagi,baca majalah ke,menonton bersama keluarga ke (sinetron best2 pon banyak jugak waktu nih..hehe),bagi student plak bleh la tengok study.
   Bila waktu asar, bergegaslah solat Asar n jangan lupa bacalah ma’thurat,indahnya islam setiap waktu n pertukarannya ada doa,ada zikir yang khusus, nak baca apa2 pun tak kisah.Cuma bila tersusun n khusus n sesuai dengan keadaan ‘rasanya’ dan ‘nikmatnya’ lain la sket.Lepas asar plak lebih pada aktiviti riadhah,minum petang,masa nilah sesuai nak menghubung silaturrahim sesama jiran ke,sesame adik-beradik ke.Waktu yang sesuai tuk menenangkan fikiran sesuai dengan cuaca dan ketika ini sudah banyak kerja yang telah disattlekan.
   Bila waktu maghrib pulak,bergegaslah bersiap sedia tuk solat maghrib memandangkan waktu maghrib n isya’ adalah pendek jadi selang antara dua waktu ini tak yah la,nak pergi merata-rata just berada sekitar tempat solat sahaja atau bagi yang lelaki solatlah berjemaah.Tak gentlemen langsung kalu lelaki tak solat jemaah(jangan marah ye…).Masa ana kecik2 dulu waktu antara maghrib n isya’ ana kena mengaji ngan ayah ana (tetiba teringat peristiwa ditampar oleh ayah….sebab malas ngaji,ayah sebut lain ana sebut ikut suka hati ana…hehe).
   Lepas isya’ bagi yang rutin keluarga makan malam sebelum magrib bleh la wat aktiviti bersama keluarga,sembang2,usrah tak rasmi ke,ceramah tak berbayar ke,atau dulu ayah suka bawak kami ronda-ronda bandar  Kota Bharu lepas makan malam.Amatlah disarankan tidur awal pukul 10 tu dah elok dah la tidur, paling lewat pukul sebelas bukan apa senang bangun subuh esok.Tamatlah perjalanan seharian seorang muslimin.
  Kesimpulannya,setiap hari perlu ada perancangan aktiviti melibatkan hubungan kita dengan allah,dengan manusia (sesama keluarga,jiran n sahabat handai) juga dengan persekitaran.Jangan hidup hanya untuk diri-sendiri sahaja.Bukankah kita ummat kepada seorang yang Rahmatan Lil’Alamin.Jadi,seharusnya kita juga begitu.Sebelum ana menutup posting kali ini pesan tuk semua sebelum solat subuh mandilah ye…ramai yang tak mandi sebelum solat subuh…wassalam…

~sama-sama mententatifkan kehidupan agar tidak berlalu tanpa sedar~

No comments:

Post a Comment