Thursday, December 16, 2010

~kuingin menjadi solehah~


Assalamualaikum…
   Perkongsian ana bersama-sama sahabat seperjuangan,sepengajian, juga sefacebook menyebabkan ada sesuatu yang ingin ana lontarkan disini sekadar perkongsian dan pandangan.Menjadi wanita solehah merupakan impian semua wanita.Namun,jalan menuju solehah itu,tidaklah sesenang bicara dan tidaklah seindah lafaz-lafaz yang wujud menggambarkan indahnya menjadi solehah.
  Menjadi solehah bukan perkara yang senang juga bukan perkara yang mustahil.Bagi ana, biarlah kita tidak dapat mencapai martabat solehah tapi paling kurang kita ada usaha untuk menjadi solehah.Dengan kudrat yang ada,kita cuba melakukan perkara yang disukai Allah dan kudrat itu perlu ditambah dari sehari-kesehari.Dengan ilmu yang ada kita berikhtiar mengamalkannya tapi ilmu itu perlu ditambah dari-sehari kesehari.
  Solehah bermula dengan memasakkan cinta kita pada Allah dan Rasulullah.Bukankan awal agama adalah mengenal Allah dan pintu mengenal Allah adalah mengenal dan mencintai baginda Rasulullah.Cuba kita renungi,sejauh mana kita mencintai Allah.Sekiranya kita mencintai Allah sudah tentu kita dahului kehendak Allah melebihi kehendak kita.Malu bagi yang ingin menjadi solehah tapi dalam masa yang sama hangat bercinta dengan ajnabi.Bermesej,bersembang perkara yang tak perlu yang hanya melalaikan .
   Saban hari berdoa,saban hari memasang angan untuk menjadi solehah tapi perbuatan dan hati tidak menunjukkan apa yang kita inginkan dan kita pinta.Tidak dinafikan seusia ini mesti terdetik dalam  hati untuk didampingi dan disayangi oleh ajnabi yang soleh yang mampu mendidik dan memimpin kita,tambahan pula sudah tiba masanya untuk kita memikirkan perkara ini.Bezanya,bagi yang ingin menjadi solehah tumpahkanlah sepenuhnya rasa hati itu pada Allah.Hanyalah dia yang mengetahui rasa hati kita,pada siapa kita cintai minta sahaja pada Allah ,andai ditakdirkan dia untuk kita maka dialah untuk kita,jika tidak Allahlah yang maha tahu.Paling utama kita sukailah sesiapa pun kerana Allah,sebab dialah yang mencipta cinta itu.Ingat,jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.
  Hari ini,ramai ana perhatikan berlakunya episod cinta antara yang ingin menjadi soleh dan yang ingin menjadi solehah.Saling bermesej mendoakan semoga muslimat yang ingin menjadi solehah menjadi solehah dan si muslimat yang kononnya ingin menjadi solehah membalas pula mesej,mengaminkan doa si muslimin dan sebelum ini disulami mesej2 yang tak perlu..mendoakan mendapat keturunan yang musleh lagi.Ibaratnya bertopeng menyedapkan hati,menipu diri agar nafsu terlayan hakikatnya disisi Allah tetap salah.
  Yang paling menyedihkan apabila mereka yang ingin menjadi soleh n solehah ini pula menggosipkan dan menggandingkan rakan-rakan yang cuba untuk tidak terjebak dalam situasi ini hingga yang digosipkan itu juga terbuai hatinya.Hingga timbul fitnah yang tidak sepatutnya.Bukankah ini juga boleh membawa kepada dosa dan murka Allah.Orang yang ingin menjadi soleh dan solehah bukan sekadar menjaga hatinya malah menjaga juga hati orang lain agar tidak melakukan dosa.Ana bertaubat andai ada sebelum ini,ana cuba memadankan atau mengusik sahabat2.Maafkan ana…
   Insyaallah akan bersambung lagi…nasihat ini ana tujukan buat diri ana yang lemah dan banyak khilaf…..kerana ana juga ingin menjadi solehah…….

No comments:

Post a Comment