Saturday, December 11, 2010

Tinta Ingatan buat Sang Murabbi...


Tinta ingatan buat Sang Murabbi…

Di tanganmu telah lahir ribuan pejuang…
Yang sanggup berkorban apa sahaja,
Asalkan panji hijau berkibaran di pelusuk dunia,
Minda mu setajam mata pedang,
Malah kadangkala kesan tikaman mindamu lebih hebat
Dan
Lebih lama parutnya pada musuh-musuh laknatullah.
Hingga engkau ditakuti dan digeruni.
Memang jasadmu telah bersemadi puluhan tahun dahulu
Diiringi gelak-tawa sang musuh atas pemergianmu
Sehingga terlupa mereka gagasan fikrah dan semangatmu tak pernah terkubur
Malah terus diwarisi hingga menjadi rantaian yang cukup panjang
Mengelilingi seluruh dunia…
Berkat keturunanmu dari kekasih yang mulia
Namamu menjadi igauan sang pemuda dan pemudi
Berkat ukiran tanganmu juga taqarrubmu
Azkarmu yang malar hijau tetap meniti dibibir para mujahid
Dan bakal syuhada’ yang hanya menanti hari dan ketika
Dijemput illahi
Al-Banna namamu akan terus disebut hingga daulah ini tertegak kembali…
Syukran buat murabbi pada semua para Mujahid
Atas segala ilmu dan tarbiyyah
Yang segar hingga hari ini..
Al-Fatihah……


 Nantikan kami dipintu syurga bersama datuk mu yang mulia sambil tangan kami membawa harumnya sebuah kemenangan islam.....

No comments:

Post a Comment