Saturday, May 21, 2011

,:UJIAN IMAN:.

Salamullah alaikum....
.

Hari ni hari ahad smalam hari sabtu sebelum tu hari jumaat ...
Hari-hari dilewati dengan pelbagai kenangan yang indah walaupun pada sesetengah fikiran akal kita ada sesetengah yang berlaku adalah pahit.Semua yang berlaku didunia ini telah ditetapkan.Samada pahit atau manis sebagai hamba wajib menerimanya.Dunia pentas ujian.Setiap saat,setiap detik kita akan diuji sejauh mana kita beriman dengan :
Allah

Malaikat

Kitabullah

Rasulullah

Hari Kiamat

Qadha dan Qadar Allah

   Hari-hari kita diuji sejau mana kita beriman dan merasa wujudnya Allah tempat kita bergantung.Sejauh mana kita mengembalikan segala urusan kita kepada Allah.Sejauh mana kita menjadikan Allah sebagai pendamping utama kita.Sejauh mana kita menjadikan Allah tempat kita meluahkan segala kekusutan dihati.Sejauh mana kita mengingatinya.Sejauh manakah keberadaan Allah dalam diri kita..

  Setiap detik kita diuji sejauh mana kita berhati-hati denga setiap geraklangkah juga setiap bicara kita yang tidak terlepas dari catatan sang malaikat yang setia disisi mencatat segala sesuatu perlakuan kita.Sejauh mana kita menjaga adab dan kelakuan kita.Sejau mana kita menjaga sikap malu kita tatkala kita berdendirian kerana pada hakikatnya kita sendirian tapi zahirnya ada malaikat yang suci bersama kita.Sejauh mana kita bersedia menjawab soalan mungkar dan nakir kelak.

   Kita juga duji dengan kitabullah.Berapa lembaran sehari kita membacanya??belum lagi persoalkan ada atau tidak usaha kita mengamalkannya.Sejauh mana hati kita terikat dengan kitab suci ini.Hati yang sentiasa dibasahi ayat-ayat Allah akan sentiasa merindui untuk dibacakan ayat-ayat ini.Rasa gelisah bila tidak diperdengarkan dengan kalimah-kalimah Allah ini atau kita tidak merasakan apa-apa walau telah berhari-hari al-qur'an itu tidak disentuh.Ada atau tidak amal kita/usaha kita menegakkan hukum didalamnya.Mungkin kita tidak mempu menjadi pelaksana tapi ada atau tidak usaha kita menjadi penolong-penolong untuk menegakkannya...

   Adakah hari-hari kita berada dalam sunnah Rasulullah.Berapa banyakkah kita mengingati baginda adakah setimpal dengan pengorbanan yang telah baginda curahkan??Ada atau tidak rasa rindu kita pada baginda atau kita merindui yang lain...Ada atau tidak usaha kita untuk menegakkan dan meneruskan perjuangan baginda atau kita sekarang sedang berusaha merobohkan dan memusnahkan segala usaha baginda dengan membiarkan kejahilan ummat.Hanya memandang,melihat dengan pandangan sinis lantas menunding jari tanpa bertindak.Menjadi manusia yang cirit dalam berkata-kata tapi sembelit dalam perlaksanaan..
   Kita diuji dengan hari kiamat/hari kebangkitan.Kita merasa gerun dengan dahsyatnya hari ini,gerun dengan peristiwa yang bakal berlaku.Tapi pasti gerun itu hanya seketika sahaja saat menonton video muhasabah atau berada dalam sesi muhasabah.Ramai yang takut tapi hanya takut-takut.Takut hingga cuba untuk melupakan kegerunan sampai terlupa hari akhirat.Hingga memberi ruang dunia bertapak di hati melakukan sesuka hati dan nafsu.Hingga segala yang indah di akhirat jauh dari kita yang dekat adalah kesengsaraan yang satu ketika dahulu didunia kita lupakan.

   Orang yang beriman dan menerima sepenuh hati qadha' dan qadarnNya pasti merasa tenang.Mengubah musibah menjadi anugarah yang amat mahal berbeza dengan orang hanya mengambil bicara nafsu dan akal yang tak berpandu menjadikan anugerah yang amat berharga menjadi musibah yang tidak bernilai dan menyakitkan.Bagaimana hati kita sentiasa tenang atau berkeluh kesah setiap saat setiap detik walau dengan perkara duniawi yang remah.Sejauh mana kita menerima segala-sesuatu dengan tenang dan redha.Bagaimana kita menghadapi setiap ketentuan dengan wajah yang tenang atau penuh dengan kerutam..Hati orang yang beriman setiasa tenang dan bahagia biar apa jua keadaannya...
SEMOGA KITA MENJADI ORANG YANG BERIMAN...



Ingatan buat insan yang kerdil ini sekadar perkongsian buat sahabat2,jika lupa diminda sekurangnya bekasnya masih ada di kanvas maya ini...

No comments:

Post a Comment