Wednesday, May 18, 2011

Taman Hati Muslimah Solehah

Dalam hati seorang muslimat itu seharusnya seperti taman..
Taman indah menghijau..
Saban waktu ada gerimis membasahi tanahnya..
Gerimis turun lantaran rindu pada Dia Yang Menciptakan
Gerimis turun pada dia sesempurna ciptaan..

Dalam hati seorang muslimah itu seharusnya seperti taman
Taman pesona syurgawi..
Ada bunga mekar yang harumnya membawa bahagia
Bukan menular racun yang merosakkan
Ada bunga mekar yang punya duri yang tajam
Tidak mudah dirobekkan dan tidak merobekkan..

Dalam hati seorang muslimah itu seharusnya seperti taman
Taman berpagar putih nan indah dan kukuh
Hanya bisa dipandang tetapi tidak boleh dimiliki dan dimasuki sesuka hati
Hanya bisa dilalui oleh yang akhyar sahaja

Dalam hati seorang muslimah itu seharusnya ada taman
Taman indah dihiasi pelangi
Sesiapa sahaja yang memandangnya beroleh bahagia hakiki
Menenangkan yang gundah dengan syifa' yang tersendiri

Indahnya muslimah dunia melebihi bidadari syurga...

No comments:

Post a Comment