Friday, November 19, 2010

Debu Cinta di Kaherah-Alaa al Aswany

   Sebenarnya sudah terlalu lama ana menyimpan keinginan untuk berisensi di alam maya ini.sekadar perkongsian bersama-sama shabat dan sahabiah seperjuangan.Menyebut perkataan resensi yang kali pertama ana dengar di TV 1 mengingatkan ana pada Saudara Syed Munawwar (betul ke tak ejaan nama dia),sungguh ana meminati beliau,bagi ana beliau membaca dengan hati, menjiwai apa yang dibaca.Betapa ana teruja saat dipertemukan dengan rakan sejawatannya satu ketika dahulu,lalu terkeluarlah cerita mengenai beliau...sungguh ana teringin untuk mengikuti program yang dikendalikan beliau...insyaallah moga dipermudahkan.
  Novel yang ingin ana kongsikan bertajuk debu cinta di kaherah karya alaa al aswani seorang dr gigi di kaherah dan sekarang umurnya dalam lingkungan 50-an.sesuai dengan usia dan pengalamannya beliau mampu menggarap novel ini dengan begitu matang dan skop yang luas.Tajuk asal novel ini  The Yacoubian Building atau dalam bahasa arabnya Imrat Yaqubyan,jujurnya ana tertarik untuk membeli novel ini setelah hampir berbulan ana tidak menerima elaun huhu...adalah kerana tajuk dalam bahasa melayu agak menarik "DEBU CINTA DI KAHERAH " , berkira2 sendirian sekiranya penterjemah mengekalkan tajuk iaitu "BANGUNAN YAAKUB " atau mungkin  "KISAH BANGUAN YAAKUB " adakah ana akan membelinya??sudah tentu tidak...faktor kedua, novel ini adalah mencatat jualan terbaik peringkat kebangsaan...mungkin ada istimewanya dan harganya juga agak istimewa RM37 (habis elaun ana) tuk ketabalan sama dengan buku yang berharga RM18+ +...
   satu2nya novel yang tidak mempunyai watak utama.Tidak ada hero atau heroin yang khusus.Menceritakan kisah hidup mereka2 yang tinggal di Bangunan Yacoubian atau yang berkaitan dengan mereka yang menduduki bangunan tersebut.Mewakili pelbagai jenis manusia dan antara yang watak dan kisah yang menarik perhatian ana  kisah Hagg Muhammad Azam yang mempunyai isteri kedua  yang mendiami bangunan tersebut setelah berkahwin dengan Hagg Muhammad Azam  iaitu seorang janda yang bernama Suoad.Mereka berkahwin disebabkan rangsangan nafsu Hagg Muhammad Azam yang tiba2 bergejolak, yang tidak mampu dilayan oleh isterinya yang telah berumur dan pengakhiran hubungan mereka bukanlah satu yang membahagiakan.Begitu juga dengan dunia politik dan perniagaan Hagg Azam yang berjaya dan membanggakan tetapi disebabkan proses permulaan politik dan dunia perniagaannya yang silap menyebabkan menemui masalah.Bagi ana Hagg Azam seperti seorang manusia yang mempunyai sikap yang bercampur dari aspek keagamaan,ada sesetengah perkara beliau kelihatan seorang yang teguh menjaga prinsip agama buktinya beliau  sentiasa merujuk Syeikh El Samman dalam membuat satu2 kptsn tapi dari sesetengah aspek beliau membuat keputusan yang tidak memenuhi kehendak syara'...hati ana terdetik bagaimana ini berlaku...tetapi itulah realiti kehidupan manusia sekarang...
   selain itu kisah Taha El Shazli, anak muda berjiwa besar yang bercita-cita menjadi anggota polis,menarik minat ana.Beliau gagal menempatkan diri dalam akademi polis hanya kerana bapanya seorang penjaga pintu malah pegawai penemuduga merendah-rendahkan beliau dan cita2nya.akhirnya dengan keputusan yang cemerlang beliau berjaya menempatkan diri di universiti dan melalui sahabatnya beliau mengenali Syeikh Syakir yang membawanya mengenali dunia jihad dan perjuangan.Setelah ditahan dalam satu operasi melumpuhkan gerakan yang disertainya, Taha seolah hilang semangat perjuangan dan hampir futur.Dalam tahanan dia diliwat hampir sepuluh kali satu situasi yang tidak mampu diterima olah akal fikirannya.Syeikh Syakir berusaha memulihkan semangat anak buahnya dan Taha di hantar kesebuah kem latihan.Hampir saban waktu dia bertanya bilakah dia akan dilibatkan ke medan sebenar.Tetapi syaikh saykir hanya menyuruhnya bersabar dan mengikuti latihan di kem itu.Hinggakan satu hari beliau diminta berkahwin dengan seorang janda seorang syuhada' (kiranya cam ubm lah ni) bernama Radwa.Hati Taha agak memberontak dia ingin berjihad bukan berkahwin dan hati ana pulak tersenyum sendiri.agak2 kenapa syaikh syakir berbuat begitu???mungkin satu bentuk latihan,Teringat ana pada satu kisah dimana seorang anak muda berjumpa dengan murabbinya untuk menawarkan dirinya tuk berjihad lalu murabbinya meminta dia berkahwin dan datang semula selepas itu.Selepas pemuda itu berkahwin, beliau datang lagi dan murabbinya menyuruhnya kembali semula setelah mempunyai zuriat sendiri dan bila semua telah dilaksanakan barulah murabbi itu membenarkan pemuda itu keluar berjihad,Pengajarnnya, anak dan isteri boleh menjadi punca untuk seorang lelaki tidak keluar untuk berjihad hanya mereka yang benar2 ingin berjuang mampu mengatasi dugaan ini...banyak sebenarnya yang ini ana kongsikan.Kesimpulannya novel ini amat menarik dan bukanlah novel picisan dan tidak menumpukan satu aspek yang simple sahaja.Banyak teguran sinis tetapi lembut ditujukan buat ahli perniagaan,politik,remaja yang bebas,penggemar hubungan diluar tabiin,individu yang materialistik dan juga pengikitirafan buat para pejuang agama...bagi ana penulis seorang memahami gerakan islam dan yang menarik beliau penulis yang dibimbing Imam Taymura...sapa Imam Taymura nih...ana pun tak tau mungkin guru beliau kot..

                           ~bacalah dengan nama tuhanmu dan pandanglah dengan mata hatimu~

3 comments:

  1. yeahhhhhhh.welcome to the world of blogging!ahlan wa sahlan

    ReplyDelete
  2. selamat k.hawa. :)
    tapi, saya cadangkan satu perenggan kena pendekkan sikit barisnya. :D

    ReplyDelete