Friday, May 20, 2011

Baitul Muslim...(1)

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...


 (eh knapa satu hijau satu biru ni...hehe)

    Tajuk posting kali ni berkisarkan baitul muslim, berat tuk ana berkongsi pandangan ana tentang bab yang satu ini secara terbuka seperti ini kecuali secara sembang-sembang santai ngan sahabiah untuk membicarakan secara begini rasanya agak keberatan.Tapi untuk melunasi janji seorang sahabat dan situasi sekeliling yang sudah membicara bab ini secara terbuka, ana cuba untuk memecah aisberg yang melitupi ana :)

   Kutujukan tulisan ini khusus buat sahabat nun jauh di perantauan.Moga dirimu tetap tegar dengan ujian dan teruskan usahamu.Allah mentakdirkan kisah Khadijah menyuarakan rasa hati pada Rasulullah pasti ada hikmahnya dan hikmah itu amat terasa bila kaki mula bertapak di medan sukar ini dan ingin terus kekal melangkah.Teruskan usaha murni mu adikku sungguh aku melihat kesungguhanmu untuk terus tsabat di medan perjuangan dan doaku sentiasa mengiringi langkahmu.Jangan sekali merasa ragu kerana jalan yang engkau pilih adalah benar kerana Khadijah telah membuktikan sehingga Allah memberinya sebaik-baik manusia.

   Juga buat sahabat yang ana kenali dan juga tidak ana kenali.Kerana sesungguhnya Islam itu bersaudara.Pembinaan baitul muslim boleh dianalogikan seperti membina sebuah bangunan.Sebelum membina bangunan apa yang pertama sekali dilakukan?Sudah tentu membina plan rumah.Ok,maka ketika ini arkitek/ tukang plan diperlukan.Seperti itu juga,dengan membina baitul muslim nih samalah cuma bezanya pelannya sudah ada tersedia yang asas nya iman dan taqwa yang dapat menyelamatkan diri dari api neraka.Seperti firmanNya yang bermaksud:
 
Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan-
(at-tahrim :6).

    Jadi, rumahtangga yang dibina perlu dirancang dan dirangka supaya menjadi rumahtangga dapat memelihara kita dan seluruh keluarga dan keturunan kita dari api neraka.Bukan untuk kepentingan peribadi semata atau kepentingan nafsu dan secara umumnya kepentingan duniawi, tetapi kepentingannya hingga ke akhirat.Sebab itu binalah rumahtangga yang benar-benar dapat menyubur taqwa malah lebih dari itu dapat menyebar takwa.Rumah tangga soleh lagi musleh...

    Seringkali kita dengar ungkapan-ungkapan tentang cinta atau yang berkaitan dengan baitulmuslim contonya  begini

Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI..
ada juga begini
“Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya ATAU SEKALIPUN AKU ADALAH PEMILIKNYA, jangan biarkan aku merindukan kehadirannya. Jangan biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya. Kikislah pesonanya dari kelopak mataku. Dan jauhkanlah dia dari relung hatiku sementara kami masih belum halal bersama. Dan tetapkanlah hatiku hanya untukMu dan setia untuknya apabila tiba waktunya kelak.
  dan bermacam lagi kata-kata hikam yang indah hingga kadang-kadang hati juga boleh terbuai dengan kata-kata inda ini.Nak,nak plak mesej ni di forward plak pada kekasih hati.Allah...
   Rasanya semua telah maklum proses pembinaan baitul muslim bermula sebelum terbinanya baitul muslim itu sendiri.Sebagai awalnya ana tidak ingin membicarakan berkaitan soal pemilihan jodoh atau yang sepertinya tapi perkara yang harus kita ambil berat ialah persediaan untuk membinannya.Muslimah apa persediaan anda untuk menjadi seorang isteri ??? dan muslimin apa persediaan anda untuk menjadi suami???
Mencari calon???
ya tapi bukan yang terutama
Kumpul Wang ???
ya tapi bukan juga yang terutama
timbulkan mood tuk berpasangan ??
ya tapi bukan yang utama...perlu ada nanti tak berkembang Ummat Muhammad..nanti Ummat Islam makin sikit plak...
dengar lagu Lafaz Sakinah??
ya tapi bukan yang terutama..perlu tuk amik khibrah tapi tak tau sejauh mana diaplikasikan apa yang terkandung..
Jadi apa??
Ilmu berumahtangga...
Ilmu bermuamalat...
Ilmu fardhu ain...
Ilmu psikologi..
dan ilmu dan ilmu...
Yang aula adalah ilmu dan kefahaman.Baru timbulnya Ikhlas,baru tahu tujuan terbinanya baitul muslim,barulah dapat tahu..rupanya dah ada plan rumahtangga muslim yang dah Allah sediakan.Jika tidak mulanya sebuah perkenalan atas dasar nafsu,atas dasar kesepian atas dasar comelnya dia,cantiknya dia dan semuanya atas dasar duniawi..
bersambung......


 

2 comments:

  1. salam ziarah kak hawa sayang (^_^)

    syukran jazilan atas perkongsia =)

    yang sentiasa merinduimu , doakan erma ye

    jazakillah

    ReplyDelete
  2. amin...ada sambungan doakan semoga diberi kekuatan tuk sambung...hehe..

    ReplyDelete