Bismillahirrahmanirrahim...
(eh knapa satu hijau satu biru ni...hehe)
Tajuk posting kali ni berkisarkan baitul muslim, berat tuk ana berkongsi pandangan ana tentang bab yang satu ini secara terbuka seperti ini kecuali secara sembang-sembang santai ngan sahabiah untuk membicarakan secara begini rasanya agak keberatan.Tapi untuk melunasi janji seorang sahabat dan situasi sekeliling yang sudah membicara bab ini secara terbuka, ana cuba untuk memecah aisberg yang melitupi ana :)
Kutujukan tulisan ini khusus buat sahabat nun jauh di perantauan.Moga dirimu tetap tegar dengan ujian dan teruskan usahamu.Allah mentakdirkan kisah Khadijah menyuarakan rasa hati pada Rasulullah pasti ada hikmahnya dan hikmah itu amat terasa bila kaki mula bertapak di medan sukar ini dan ingin terus kekal melangkah.Teruskan usaha murni mu adikku sungguh aku melihat kesungguhanmu untuk terus tsabat di medan perjuangan dan doaku sentiasa mengiringi langkahmu.Jangan sekali merasa ragu kerana jalan yang engkau pilih adalah benar kerana Khadijah telah membuktikan sehingga Allah memberinya sebaik-baik manusia.
Juga buat sahabat yang ana kenali dan juga tidak ana kenali.Kerana sesungguhnya Islam itu bersaudara.Pembinaan baitul muslim boleh dianalogikan seperti membina sebuah bangunan.Sebelum membina bangunan apa yang pertama sekali dilakukan?Sudah tentu membina plan rumah.Ok,maka ketika ini arkitek/ tukang plan diperlukan.Seperti itu juga,dengan membina baitul muslim nih samalah cuma bezanya pelannya sudah ada tersedia yang asas nya iman dan taqwa yang dapat menyelamatkan diri dari api neraka.Seperti firmanNya yang bermaksud:
Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan-
(at-tahrim :6).
Jadi, rumahtangga yang dibina perlu dirancang dan dirangka supaya menjadi rumahtangga dapat memelihara kita dan seluruh keluarga dan keturunan kita dari api neraka.Bukan untuk kepentingan peribadi semata atau kepentingan nafsu dan secara umumnya kepentingan duniawi, tetapi kepentingannya hingga ke akhirat.Sebab itu binalah rumahtangga yang benar-benar dapat menyubur taqwa malah lebih dari itu dapat menyebar takwa.Rumah tangga soleh lagi musleh...
Seringkali kita dengar ungkapan-ungkapan tentang cinta atau yang berkaitan dengan baitulmuslim contonya begini
salam ziarah kak hawa sayang (^_^)
ReplyDeletesyukran jazilan atas perkongsia =)
yang sentiasa merinduimu , doakan erma ye
jazakillah
amin...ada sambungan doakan semoga diberi kekuatan tuk sambung...hehe..
ReplyDelete