Wednesday, June 8, 2011

Bingkisan Buat Kak Suhaili...

   Assalamualaikum w.b.t

   Hari ini,penyakit biasa  menyerang lagi...jadi,sepanjang hari hanya merihatkan diri bertemankan sebiji novel baru dibeli.Cuma sekali-sekala keluar untuk menjamah makanan,cadangnnya nak bersihkan kawasan dalam rumah, semalam ana dah kerjakan ruang tamu menyusun souvenier.yang kecik2 tu,hari ni berkira-kira nak kerjakan beberapa bahagian yang lain pulak,tapi apakan daya sekiranya ana buat juga alamatnya berlarutanlah ia dan bisanya akan terasa ke segenap urat-saraf n otot-otot...ececeh..macam kronik je penyakit ana nih...hehe...gimik je nih...perubahan cuaca biasanya akan menyebabkan ana bersin sehingga pada angka yang tak larat nak dikira..tu je..

   Alhamdulillah menjengah magrib ana dah ok..bukak facebook terbaca wall post seorang senior yang baru memeluk Islam namanya Kak Suhaili...tetiba je ana ingin mecoretkan sesuatu buat akak nih..Ana nak sangat berinteraksi dengan akak nih tapi kekangan masa n lokasi yang agak jauh menyebabkan niat yang satu ini terbatas.

To kak suhaili :kita pernah bersua n berbicara tetapi beberapa patah cuma....bingkisan ini khusus buat akak..

   Bagi saya,akak seorang yang cukup bertuah sebab akak mengetahui nilai iman sebab akak pernah berada dalam situasi tidak mengenal Allah,tidak kenal apa itu Iman berbanding saya yang telah mengenal semua ini sejak kecil lagi.Bagi saya iman akak cukup kuat berbanding saya,akak lebih merasai lazatnya iman berbanding saya...dan patut akak diuji seteruk ini kerana iman akak kuat...kalau saya adakah saya mampu menerima ujian seperti akak?? ujian mempertahankan iman dan kepercayaan baru akak dihadapan orang yang paling akak sayang.Akak yakinlah semua ini adalah latihan terus dari Allah tuk akak tuk kuatkan ikatan antara DIA dengan akak.Teruskan bertahan sehingga satu hari dunia ini tiada nilainya disisi akak kecuali Allah.Hingga hati akak hanya ada Allah.Akak yang diberkati doakan saya sehingga saya juga dapat merasai rasa ini...

   Akak dunia ini tempat ujian,tidak hairanlah kita sentiasa menangis didunia..akak... biarlah jasad kita terluka,hati kita terhiris,jiwa kita hancur,mata sentiasa menangis demi mempertahankan sebuah iman sebab takkan kita sentiasa bergelak ketawa didunia tempat menerima ujian.Ketenangan,kegembiraan yang sepatut kita rasai diakhirat kelak bukan disini jadi tenanglah dalam menghadapi ujian ini kak kerana itulah sepatutnya.Orang beriman itu hatinya sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.Tenanglah wahai zahratul iman (bunga-bunga iman)...

   Dalam episod mempertahankan iman bukan akak sahaja yang diuji..telah banyak merintis jalan ini..dan telah banyak yang berjaya dan akak insyaallah tergolong dalam kalangan orang yang berjaya..dengan syarat banyakkan bersabar...sabar bukan sekadar duduk bergoyang kaki tapi perlu tindakan..pandangan saya,akak hanya perlu tampilkan akhlak yang baik,akhlak seorang yang beriman...terkadang hujjah yang hebat2 tidak mampu melembutkan hati...tetapi akhlak dan penampilan yang baik mampu melenturkan hati sesiapa sahaja.

  Akak islam itu agama fitrah..maknanya apa sahaja yang disyariatkan islam itu sesuai denga jiwa sesiapa sahaja tidak kira islam atau belum islam.Sebab semuanya ciptaan Allah..semuanya telah berjanji dan mengakui yang Allah adalah tuhan yang Esa cuma bila dilahirkan didunia ada yang hidup dengan fitrah itu dan ada yang terlupa...Akak hanya perlu zahirkan akhlak yang baik insyaallah...fitrah keluarga akak akan terusik juga..tuk akak dan juga saya sama-sama kita zahirkan Islam pada tindakan kita......kita petah berbicara dalam diam...

  Maaf jika coretan ini, ada silap dan salahnya saya juga seperti akak sedang mengenal dan mendalami islam..lama atau baru kita dalam islam itu bukan persoalannya tetapi penghayatan dan amalan serta kekuatan hubungan dengan Allah itu lebih utama untuk dipersoalkan...dan yang paling kuat ujian dari Allah dialah yang paling kuat imannya...




Salam sahabat seakidah:
Hawa Jamilah Hasani

1 comment:

  1. akak sgt terharu bila membaca entri ini. ttg keimanan... baru semalam keimanan akak dicabar dan akak hampir menjadi murtad. alhamdulillah akak dpt jugak balik ke jalan asal. akak x byk ilmu, akak xtau keimanan akak sejauh mane...tp lpas baca entri ni,akak bertambah confident tuk hadapi cabaran2 setrusnya...akak da hidup senang lenang selama 23 tahun, da sampai mase tuk berkorban dan merasai kesemua ni... betul kata hawa, akhlak...akak cuma mampu membentuk akhlak y baik depan family, sbb akak xpandai berhujah, x pandai lawan, x sampai hati nk lawan sbb mrk org tersayang...tp kadangkala akhlak y dibentuk ni pun x diterima oleh keluarga,pedih rasenya. papepun, dun worry, akak akn tabah no matter wat happened..thanks ye hawa, entri hawa sgt inspiring :')
    "biarlah jasad kita terluka,hati kita terhiris,jiwa kita hancur,mata sentiasa menangis demi mempertahankan sebuah iman sebab takkan kita sentiasa bergelak ketawa didunia tempat menerima ujian" setuju!! berbaloi semua air mata y mengalir...huhu...cheer up... senyum selalu bertambah semangat =)

    ReplyDelete