Thursday, June 16, 2011

Perkongsian Pengisian Bersama Habib Zain bin Sumieth (2)-tentang ilmu

Assalamualaikum…
Sambungan  perkongsian dari habib zain…

 Catatan dan Olahan : Khudaimah Ummah As-Shoghir (Hawa Jamilah Hasani)
   Menurut Habib Zain  ada dua nikmat yang kita sering lupa iaitu nikmat al-qur’an dan ni’mat hadirnya Rasulullah.Perihal ni’mat alqur’an telah ana tulis pada posting sebelum ini..dan untuk posting siri ke2 ini ana cuba untuk mengolah berkaitan dengan nikmat yang kedua pula iaitu nikmat diutuskan Rasulullah..
  Menurut Habib keberadaan baginda satu rahmat,lahirnya baginda juga rahmat,hidup baginda adalah rahmat malah kematian baginda Muhammad juga satu rahmat.sungguh Nabi Muhammad itu adalah rahmatan lilalamin dan inilah tujuan hidup nabi kita Muhammad SAW sebagai penyebar rahmat kepada seluruh alam.Ertinya setiap detik dan saat hidup Baginda untuk menyebarkan rahmat untuk kita dan seluruh apa yang ada di alam ini.
  Di awal pengutusan nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul baginda hanyalah seorang diri kemudian semakin bertambah bermula dengan isteri baginda kemudian bertambah dan bertambah sehingga tersebarnya sahabat2 dan para du’at keseluruh pelosok dunia membawa rahmat yang telah mereka perolehi dari baginda Muhammad SAW berupa Islam .
   Seterusnya Habib,membicarakan pula tentang menuntut ilmu dan kesungguhan para sahabat dalam menuntut Ilmu.Habib mengkisahkan tentang kisah-kisah para sahabat dalam menuntut ilmu dan menghafal hadis.Abu Hurairah RA atau nama sebenar beliau Abdurrahman bin Sakhrah Addausi dan beliau berjumpa dengan rasulullah pada kurun ke5 hijrah..lebih kurang lima tahun sebelum kewafatan baginda  tetapi menurut habib lagi beliau merupakan sahabat yang yang paling banyak menghafal hadis baginda Rasulullah SAW.
   Dalam menuntut ilmu ulama’ sangat bersemangat.Mereka sanggup bermusafir jauh semta-mata mendapat satu hadis.Dalam tausiyahnya habib membawa satu kisah seorang sahabat yang bernama Jabir yang sanggup bermusafir  jauh ke rumah Abdullah bin Unais yang jika ana tidak silap rumah Abdullah bin Unais terletak di Mesir.Cuba bayangkan perjalanan orang2 terdahulu bukan macam kita ada bus yang beraircond,ada kenderaan,ada kapalterbang kemudahan pun banyak..dan sebaik sahaja tiba di muka pintu rumah Abdullah bin Unais,Jabir terus meminta hadis tentang kezaliman.Kata jabir lebih kurang begini dia tergesa-gesa mengambil hadis tentang kezaliman yang ada pada Abdullah Bin Unais kerana dia tidak tahu bila ajalnya dan dia amat bimbang takut tidak punya banyak waktu untuk mengambil hadis yang ada pada Abdullah bin Unais.ٍSubhanallah bernilainya hadis Rasulullah disisi sahabat.Lantas,ana,awak dan kita bagaimana apa yang lebih utama dalam hati kita??hadis2 nabi atau apa??
  Setakat ini dahulu perkongsian dari ana yang tidak seberapa..seperti biasa yang tulisan ditebalkan adalah apa yang sempat dicatat dan diolah semula menurut apa yang difahami.
  Hakikat sesebuah  tulisan atau kata-kata tidak akan terbukti kebenarannya selagi mana tidak diuji…Semoga Allah memberi kekuatan dalam menduduki ujianNya..Setiap ujian adalah jalan untuk membuktikan kebenaran kata-kata atau apa sahaja yang disampaikan di hadapanNya…

No comments:

Post a Comment