Thursday, June 16, 2011

Perkongsian Pengisian Bersama Habib Zain bin Sumieth (2)-tentang ilmu

Assalamualaikum…
Sambungan  perkongsian dari habib zain…

 Catatan dan Olahan : Khudaimah Ummah As-Shoghir (Hawa Jamilah Hasani)
   Menurut Habib Zain  ada dua nikmat yang kita sering lupa iaitu nikmat al-qur’an dan ni’mat hadirnya Rasulullah.Perihal ni’mat alqur’an telah ana tulis pada posting sebelum ini..dan untuk posting siri ke2 ini ana cuba untuk mengolah berkaitan dengan nikmat yang kedua pula iaitu nikmat diutuskan Rasulullah..
  Menurut Habib keberadaan baginda satu rahmat,lahirnya baginda juga rahmat,hidup baginda adalah rahmat malah kematian baginda Muhammad juga satu rahmat.sungguh Nabi Muhammad itu adalah rahmatan lilalamin dan inilah tujuan hidup nabi kita Muhammad SAW sebagai penyebar rahmat kepada seluruh alam.Ertinya setiap detik dan saat hidup Baginda untuk menyebarkan rahmat untuk kita dan seluruh apa yang ada di alam ini.
  Di awal pengutusan nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul baginda hanyalah seorang diri kemudian semakin bertambah bermula dengan isteri baginda kemudian bertambah dan bertambah sehingga tersebarnya sahabat2 dan para du’at keseluruh pelosok dunia membawa rahmat yang telah mereka perolehi dari baginda Muhammad SAW berupa Islam .
   Seterusnya Habib,membicarakan pula tentang menuntut ilmu dan kesungguhan para sahabat dalam menuntut Ilmu.Habib mengkisahkan tentang kisah-kisah para sahabat dalam menuntut ilmu dan menghafal hadis.Abu Hurairah RA atau nama sebenar beliau Abdurrahman bin Sakhrah Addausi dan beliau berjumpa dengan rasulullah pada kurun ke5 hijrah..lebih kurang lima tahun sebelum kewafatan baginda  tetapi menurut habib lagi beliau merupakan sahabat yang yang paling banyak menghafal hadis baginda Rasulullah SAW.
   Dalam menuntut ilmu ulama’ sangat bersemangat.Mereka sanggup bermusafir jauh semta-mata mendapat satu hadis.Dalam tausiyahnya habib membawa satu kisah seorang sahabat yang bernama Jabir yang sanggup bermusafir  jauh ke rumah Abdullah bin Unais yang jika ana tidak silap rumah Abdullah bin Unais terletak di Mesir.Cuba bayangkan perjalanan orang2 terdahulu bukan macam kita ada bus yang beraircond,ada kenderaan,ada kapalterbang kemudahan pun banyak..dan sebaik sahaja tiba di muka pintu rumah Abdullah bin Unais,Jabir terus meminta hadis tentang kezaliman.Kata jabir lebih kurang begini dia tergesa-gesa mengambil hadis tentang kezaliman yang ada pada Abdullah Bin Unais kerana dia tidak tahu bila ajalnya dan dia amat bimbang takut tidak punya banyak waktu untuk mengambil hadis yang ada pada Abdullah bin Unais.ٍSubhanallah bernilainya hadis Rasulullah disisi sahabat.Lantas,ana,awak dan kita bagaimana apa yang lebih utama dalam hati kita??hadis2 nabi atau apa??
  Setakat ini dahulu perkongsian dari ana yang tidak seberapa..seperti biasa yang tulisan ditebalkan adalah apa yang sempat dicatat dan diolah semula menurut apa yang difahami.
  Hakikat sesebuah  tulisan atau kata-kata tidak akan terbukti kebenarannya selagi mana tidak diuji…Semoga Allah memberi kekuatan dalam menduduki ujianNya..Setiap ujian adalah jalan untuk membuktikan kebenaran kata-kata atau apa sahaja yang disampaikan di hadapanNya…

Wednesday, June 15, 2011

Perkongsian Pengisian Bersama Habib Zain bin Sumieth

Assalamualaikum sedikit perkongsian bersama Habib Zain-
Tentang Al-Qur’an….
By : Khadimah Ummah Assughair (Hawa Jamilah Hasani)

   Sebagai pembuka bicara Habib Zain membentangkan tausiyah-tausiyah berkaitan dengan keutamaan membaca Al-Qur’an dan berkaitan dengan menuntut Ilmu.Menurut Habib Zain 2 nikmat yang sering kita lupa iaitu nikmat al-qur’an al-karim dan juga ni’mat diutuskan baginda Muhammad SAW.
  Ramai dalam kalangan kita yang saban hari membaca al-qur’an,membaca alfatihah didalam solat malah ada yang mampu membaca berhelai-helai al-qur’an dalam satu –satu masa.Tetapi malangnya membaca tetapi tidak memahami.Membaca tetapi tidak mengambil(mengamalkan) akhlak didalam al-qur’an.Membaca tetapi tidak mengambil adab2 yang disarankan didalam al-qur’an.
  Menurut Habib Zain lagi,ketika membaca kitab yang mulia ini renunglah dan ingatlah siapa yang berbicara didalamnya.Yang berbicara adalah Raja segala Raja,Yang Maha Tahu,Yang Maha Bijaksana,Yang Maha mengetahui segala sesuatu.Ingatlah,tidak ada sesuatu yang lebih lazat berbanding al-qur’an.Persoalannya kenapa kita tidak merasa lazat?? Mungkin kerana hati kita terhijab dengan hijab yang tebal dan sebenarnya sahabat-sahabat menurut habib lagi cukuplah hijab ini menjadi azab kepada kita.
  Terdapat 3 golongan yang manusia yang dianggap memandang remeh pada al-qur’an ;1)tak baca langsung, 2)membaca tapi tak merenungi maksudnya 3)membaca.merenungi tapi tak amal..jadi sahabat2 sekalian renunglah dimana kita..mungkin yang ke dua atau yang ke tiga..rupanya selama ni kita meremehkan al-qur’an tanpa sedar…Allah..ampunilah kebiadaban kami kerana meremehkan kalamMu..Menurut habib lagi al-qur’an bisa mengangkat darjat seseorang manusia dan al-qur’an juga bisa menjatuhkan dan merendahkan darjat seseorang manusia..
  Kesimpulan untuk diriku dan dirimu sahabatku sama-samalah kita berusaha memahami dan mengamalkan apa yang terkandung didalam kitab yang mulia ini dan membersihkan apa jua faktor yang menambah ketebalan hijab kita dengan Allah sehinggakan hati kita buta dan kaku dalam memainkan peranannya sehinggakan hati kita tidak mampu menjadi raja kepada jasad dan nafsu..yang berlaku adalah terbalik hati yang sepatutnya menjadi raja menjadi hamba nafsu dan jasad kita yang liar seperti binatang ini…

~ yang di tebalkan tulisannya adalah nota yang seempat dicatat berkaitan al-qur'an yang lain2 adalah olahan penulis sendiri berdasarkan apa yang difahami dan pengajaran yang diperoleh penulis~semoga bermanfaat..

Friday, June 10, 2011

DONUT KENTANG FATMAH...

  
ni namanya donut...

Bahan-bahan
  • 500 gm tepung terigu protein tinggi *(saya guna 250gm tpng gandum+250gm tpng roti)
  • 50 gm susu tepung
  • 11 gm ragi instant (yeast mauripan)
  • 200 gm kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
  • 100 gm gula pasir
  • 75 gm mentega *
  • ½ sdt garam
  • 4 btr kuning telur
  • 100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
  2. Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirehatkan 15 menit.
  3. Bagi adonan masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  4. Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  5. Angkat, toskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

Selamat mencuba tuk DIRI SENDIRI (eskrim tak wat lagi...ada hati nak wat donut ...hehe....)..sapa2 yang cuba resepi nih hantar post2 la kesini ye...
ehsan : blog SINAR KEHIDUPANKU...

Thursday, June 9, 2011

kena marah>>>huhu..

Assalamualaikum...

    Waa...sedikit pergeseran kecil berlaku antara ana ngan mak ana tadi.Salahnya ana lupa simpan semula botol sunquick n jemur kain lap habuk yang ana guna tuk lap kerusi petang tadi.Sekali nampak kecil je kan tapi bagi seorang mak nampaknya benda tu BESAR sangat..waaa...mak ana kata nanti p umah orang mcm ni la jugak..huhu dan ana pon selaku yang petah berbicara hehe ada aje nak menjawab...mintak maaf na mak...teruk betulla..patutnya ana dengar je la apa yang mak ana katakan tu..teruk betullah ana ni..
  Mak mana-mana pun mesti nakkan anaknya especially pompuannya sempurnakan?? walaupun mak ana sering anggap ana menganggap apa yang dikatanya sebagai leteren walaupun ada la sket2 tanggapan tu..tapi jauh dari sudut hati 'im take it as a lesson cuma nak amal tu yang susah sket..ada la terlepas pandang sana-sini..
   Teringat kata-kata mak ana suatu ketika dulu "mak bukan apa,mak nak bagi anak mak kat orang lain..,biarlah mak bagi yang sempurna..."..wow...yang SEMPURNA kot,lemah jugak ana dengar..rasanya tak mampu nak jadi sempurna..tapi man jadda wajada..just kita ada niat pasti terbuka jalan dan jalan menuju kesempurnaan bukan senang kan??susah tapi man shobara zhafira sapa yang sabar di yang rasa nikmatnya masyaALLAH...WANITA SEMPURNA @ WANITA SOLEHAH nikmatnya tiada bandingannya..
   Tapi betul jugakkan kata my mum tuh,kesian jugak kat lelaki kalau kawin-kawin dapat yang kurang rajin,tak pandai urus rumah,tak pandai masak,tak pandai didik anak,itu tak pandai ini tak pandai..tensyen...tensyen..apa yang pandai..pandai mengayat masa bercintan-cintun dulu..hehe..tapi selagi mana langit tak runtuh tak da yang terlambat sumenya boleh diplejari...hatta dah masuk alam rumahtangga pun teruskanlah belajar...eh! ni dah masuk bab baitul muslim plak nih...
   Kembali pada topik kena marah ngan mak...huhu..agak-agaknya kalau ana jadi mak adakah macam mak ana ya?? mungkin ya, mungkin tidak, mungkin ya n tidak..ntahlah kadang2 pendekatan mak ana nih bagus jugak tuk individu keras kepala n kurang rajin seperti ana nih..hehe....tapi kadang2 rasa cam menusuk kalbu je..waaa...knapa la ana suka olah leteren mak ana..suka la menjawab,ade2 je idea..kenapa ya????kenapaaa??bestnya kalau ana ni jenis yang diam je...tak da idea nak menjawab..Allah beri ana kekuatan tuk tidak menjawab lagi..walau sepatah pun...sebab yang kuar dari mulut mak ana tuh sebuah kebenaran walau pahit nak ditelan...bersalahnya...pasni nak buat2 rajin lah..hehe nak pujuk balik..biasanya mak ana mudah dipujuk...(kepada sedare - mare yang baca entri ni jangan report kat Pn Habshah ye!!!)...

 OK...sampai sini aja..nak gi buat operasi pujuk mak nih>>>>>>>>>>>>>>
  

Wednesday, June 8, 2011

aiskrim buatan tangan...

Salamullah alaikum...

AISKRIM!!!!
tomeeinyer aiskrim ni.....
cuti2 nih bleh la wat aiskrim buatan sendiri confirm sedap n HALAL...tapi kat atas tu display je la...tapi kalau bleh wat cam tu ok gak...SELAMAT MENCUBA TUK DIRI-SENDIRI...

Bahan-bahan ( boleh menjamu seisi keluarga.. )

  • 2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
  • 2 cawan coffemate
  • 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he...
ehsan: myresepi 

p/s : resepi nih bleh tukar-tukar perisanya..yang pentingnya susu n blend..blend betul2

Bingkisan Buat Kak Suhaili...

   Assalamualaikum w.b.t

   Hari ini,penyakit biasa  menyerang lagi...jadi,sepanjang hari hanya merihatkan diri bertemankan sebiji novel baru dibeli.Cuma sekali-sekala keluar untuk menjamah makanan,cadangnnya nak bersihkan kawasan dalam rumah, semalam ana dah kerjakan ruang tamu menyusun souvenier.yang kecik2 tu,hari ni berkira-kira nak kerjakan beberapa bahagian yang lain pulak,tapi apakan daya sekiranya ana buat juga alamatnya berlarutanlah ia dan bisanya akan terasa ke segenap urat-saraf n otot-otot...ececeh..macam kronik je penyakit ana nih...hehe...gimik je nih...perubahan cuaca biasanya akan menyebabkan ana bersin sehingga pada angka yang tak larat nak dikira..tu je..

   Alhamdulillah menjengah magrib ana dah ok..bukak facebook terbaca wall post seorang senior yang baru memeluk Islam namanya Kak Suhaili...tetiba je ana ingin mecoretkan sesuatu buat akak nih..Ana nak sangat berinteraksi dengan akak nih tapi kekangan masa n lokasi yang agak jauh menyebabkan niat yang satu ini terbatas.

To kak suhaili :kita pernah bersua n berbicara tetapi beberapa patah cuma....bingkisan ini khusus buat akak..

   Bagi saya,akak seorang yang cukup bertuah sebab akak mengetahui nilai iman sebab akak pernah berada dalam situasi tidak mengenal Allah,tidak kenal apa itu Iman berbanding saya yang telah mengenal semua ini sejak kecil lagi.Bagi saya iman akak cukup kuat berbanding saya,akak lebih merasai lazatnya iman berbanding saya...dan patut akak diuji seteruk ini kerana iman akak kuat...kalau saya adakah saya mampu menerima ujian seperti akak?? ujian mempertahankan iman dan kepercayaan baru akak dihadapan orang yang paling akak sayang.Akak yakinlah semua ini adalah latihan terus dari Allah tuk akak tuk kuatkan ikatan antara DIA dengan akak.Teruskan bertahan sehingga satu hari dunia ini tiada nilainya disisi akak kecuali Allah.Hingga hati akak hanya ada Allah.Akak yang diberkati doakan saya sehingga saya juga dapat merasai rasa ini...

   Akak dunia ini tempat ujian,tidak hairanlah kita sentiasa menangis didunia..akak... biarlah jasad kita terluka,hati kita terhiris,jiwa kita hancur,mata sentiasa menangis demi mempertahankan sebuah iman sebab takkan kita sentiasa bergelak ketawa didunia tempat menerima ujian.Ketenangan,kegembiraan yang sepatut kita rasai diakhirat kelak bukan disini jadi tenanglah dalam menghadapi ujian ini kak kerana itulah sepatutnya.Orang beriman itu hatinya sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.Tenanglah wahai zahratul iman (bunga-bunga iman)...

   Dalam episod mempertahankan iman bukan akak sahaja yang diuji..telah banyak merintis jalan ini..dan telah banyak yang berjaya dan akak insyaallah tergolong dalam kalangan orang yang berjaya..dengan syarat banyakkan bersabar...sabar bukan sekadar duduk bergoyang kaki tapi perlu tindakan..pandangan saya,akak hanya perlu tampilkan akhlak yang baik,akhlak seorang yang beriman...terkadang hujjah yang hebat2 tidak mampu melembutkan hati...tetapi akhlak dan penampilan yang baik mampu melenturkan hati sesiapa sahaja.

  Akak islam itu agama fitrah..maknanya apa sahaja yang disyariatkan islam itu sesuai denga jiwa sesiapa sahaja tidak kira islam atau belum islam.Sebab semuanya ciptaan Allah..semuanya telah berjanji dan mengakui yang Allah adalah tuhan yang Esa cuma bila dilahirkan didunia ada yang hidup dengan fitrah itu dan ada yang terlupa...Akak hanya perlu zahirkan akhlak yang baik insyaallah...fitrah keluarga akak akan terusik juga..tuk akak dan juga saya sama-sama kita zahirkan Islam pada tindakan kita......kita petah berbicara dalam diam...

  Maaf jika coretan ini, ada silap dan salahnya saya juga seperti akak sedang mengenal dan mendalami islam..lama atau baru kita dalam islam itu bukan persoalannya tetapi penghayatan dan amalan serta kekuatan hubungan dengan Allah itu lebih utama untuk dipersoalkan...dan yang paling kuat ujian dari Allah dialah yang paling kuat imannya...




Salam sahabat seakidah:
Hawa Jamilah Hasani