Monday, January 24, 2011

tegas,multi tasking,bahan2 tarannum n macam2 lagi...skdar perkongsian...


   Hari-hari yang dilalui di maktab atau ipgm ini banyak mendidik ana menjadi lebih matang dan lebih tegas dalam bertindak walaupun ana sendiri masih belum berpuas hati.Kekurangan ana,ana bukan seorang yang tegas dengan tindakan dan keputusan ana.Tapi, ana kearah itu lebih2 lagi pada perkara atau tindakan yang memberi kesan pada jalan yang dipilih ini.Terlalu lama ana tidak mengupdate blog kesayangan ini.Agak sibuk,entah kenapa perkataan tak ada masa,sibuk,busy, seringkali bermain di lidah.Sungguh ana semakin tidak menggemari perkataan-perkataan ini.Tetapi,seringkali sahaja terlafaz tanpa disedari.
   Bekerja secara multi-tasking sedang ana pelajari,agar yang dikendong tak keciciran dan yang dikejar tidak berlalu pergi begitu sahaja.Banyak perkara yang ingin dilakukan terutamanya Usrah Mawaddah yang walaupun telah memasuki minggu ketiga pengajian, masih belum ana jalankan.Sahabat-sahabat seusrah telah banyak kali bertanyakan tentang hal ini.Lama tidak berjumpa kata mereka dan ada seorang lagi sahabat yang ingin menyertai usrah ini.
  Terkadang ana rasa bersalah,disebabkan kelemahan ini,ana merasakan mereka terbantut mendapat hidayah dan ilmu Allah.Cadangnya malam ini ana nak berjumpa mereka,tetapi memandangkan ada tugasan lain yang perlu disiapkan jadi ana menunda esok malam,tetapi sekurang-kurangnya petang tadi ana sempat bersama salah seorang dari mereka.Alhamdulillah.
   Alhamdulillah hari ni ana telah menghantar denda disebabkan tak pakai tudung ikut aturan, hehe…sepatutnya ana memakai tudung putih tapi ana pandai2 je p pakai tudung bidang 60 ada kaler2 walaupun kaler dia hitam dan putih je pun…tapi tulah,nasib badan nak wat cam mana…huhu…syaratnya mesti 200 baris.Maka,mengaranglah ana pasal tudung,3 helai setengah jugak lah.Mulanya tak dak idea lepas tu mencurah-curah plak ideanya,walaupun agak merapu-rapu atleast siap pada masa yang ditetapkan.Ana rasa cam nak aplikasikan dekat anak murid ana je….Sapa tak wat kerja sekolah kena wat karangan 100 baris (sebab anak murid ana sekolah rendah jadi kena kurangkan sket=)…. ).
   Setiap kali hari Isnin ana sangat-sangat gembira sungguh gembira,pukul 7 pagi dah siap-siap turun ke padang,biasanya ana akan kesurau tuk warming up,lebih tertutup lepastu jalan lebih kurang 10 minit tuk ke astaka n ana berjogging bersama kawan2 seperjuangan..2 round padang jugalah.Biasanya ana jalan je, tak larat nak lari-lari nih..jalan cukup dua round n ana warming down plak..
   Sebenarnya sebahagian catatn ni ditulis pada malam isnin dan disambung di bilik kuliah..hehe..lecturer tarannum kelas ana outstation jadi kami buatla kerja sendiri…Jadi,bagi sapa2 yang nak down-load bahan tarannum boleh la ke blog ni…-banyak bahan yang menarik yang boleh didownload disini.(coretan ini ditulis pada hari semalam)...

No comments:

Post a Comment