Sunday, January 9, 2011

sekadar bicara





Tatkala awal pagi menjengah alam..
mata terasa kaku untuk direhatkan..
minda masih ingin berfikir dan berfikir
tentang ummat
tentang agama ini
tentang nasib diri 
ingin benar ku menjadi 
setegas umar
seberani khalid
seakrab abu bakar
sebijak alfateh
agar ku dapat memperjuangkan agama ini
tetapi kutahu
ku hanyalah ibarat seekor burung kecil
yang ingin berbakti buat tuhan dan nabinya
dengan paruh yang kecil 
yang hanya mampu membawa setitis air
tetapi dengan niat yang ikhlas
dia berusaha menyelamatkan nabi yang disayangi..
dari hangus di mamah api yang marak
begitulah aku
kuredah jalan ini dengan segala kelemahan
tetapi kerja ini harus dilakukan
kerana tugas ini adalah AMANAH...

~bantulah ana dalam menempuh jalan juang ini...~

1 comment:

  1. T_T moga kita terus thabat ya. insyaAllah ameen~ teruskan berjuang.janji Allah itu pasti.YAKIN. insyaAllah.

    ReplyDelete