Wednesday, December 22, 2010

wikileaks?apa tu?


Assalamuailaikum…
   Ana memulakan tulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…Wikileaks??Pada mulanya ana tidak tertarik bila mata ini menatap perkataan ini.Kalu kuey atau biskut mesti rumit bahan2 nak buat dia,cam dari barat je,kalau nama orang lagilah ana tak minat,tak best pon.Tapi bila dalam satu posting dari seorang ikhwan meminta seorang ikhwah menulis pasal ni secara serius (siap guna bahas omputih lagi…) maka,hati ana tergerak nak mencari,apa itu wkileaks yang pastinya bukan sejenis kuey,biskut atau seorang manusia.
  Maka dengan bantuan Cik Google yang sentiasa berkhidmat akhirnya…oooooooo ni rupanya wikileaks yang bising di tv rumah ana n rumah orang lain.Rupa-rupanya wikileaks merupakan sebuah laman macam facebook la juga,Cuma fungsinya terlalu amat berbeza,iaitu sebuah laman yang memboleh kan saya dan anda atau sesiapa sahaja memberi maklumat sulit yang di ‘siir’ kan dari pengetahuan orang ramai.
  Melalui laman ini,orang ramai boleh menghantar maklumat rahsia tersebut.Tak kisahlah maklumat apa-apa pun.Tapi,menurut pembacaan ana, maklumat yang dihantar biasanya maklumat yang berprofil tinggi.Kalau sekadar result exam yang ingin disembunyikan dari ibubapa takkan dilayan oleh team yang bertugas untuk menentukan samaada maklumat itu sesuai atau tidak untuk dimasukkan di laman mereka.
  Maklumat yang dihantar biasanya berkaitan  rahsia sesebuah negara atau organisasi .Sememangnya laman ini amat ditakuti oleh banyak negara termasuklah Amerika Syarikat (tau jugak takut ye….).Maklumat yang dihantar mungkin dari kajian yang terperinci,atau sekadar pandangan peribadi seseorang pemimpin tanpa merujuk mana2 fakta ,mungkin juga dari rakaman perbualan antara ahli-ahli diplomat.
  Admin atau pengasas laman ini ialah Julia Assagne,seorang wartawan yang berasal dari Australia. Merupakan seorang wartawan yang juga merupakan seorang aktivis yang aktif di Internet dan beliau juga merupakan seorang hacker.Hacker tu apa dia plak.Macam nama gula-gula hacks je...Hacker merujuk kepada seseorang yang computer mania yang boleh menceroboh system computer tanpa autoriti yang sah.Nama lagi menceroboh kan??kalu ada autoriti tak kan la dinamakan penceroboh plak.Mereka menceroboh untuk mendapatkan maklumat2 sulit seseorang individu,organisasi  atau apa saja.Kenapa la manusia ni suka benda2 yang sulit ye?
  Kesimpulannya wikileaks turut mewarnai landskap politik negara kita.Ada isu yang berkaitan dengan wikileaks.Cuma, ana tak berminat untuk berdiskusi tentang itu.Sehebat manapun organisasi  wikileaks dalam menyimpan data-data sulit samada data itu melibat sebuah penyelewengan atau criminal,tak boleh melawan organisasi yang Maha Tahu.Segala yang ada disekeliling kita adalah agensi risikan Yang Maha tahu.So, bekerja cara Islam nescaya tiada apa yang perlu ditakuti.
~takutlah Allah lebih dari segalanya,habis cerita~

No comments:

Post a Comment