Ku bakal mempunyai baitul muslim sendiri...
Alhamdulillah tamat sudah pengajian di bumi bainun yang pastinya meninggal banyak memori indah,,segalanya indah biar ada rasa pahit yang menanggung tapi bagi orang yang beriman musibah juga nikmat baginya.Seusai pembelajaran atau medam membina fardi muslim bagi ana..maka Allah mengaturkan ana bakal melangkah ke tangga kedua iaitu baitul muslin. Pembina fardi muslim tetap terus dibina tetapi dibina bukan dalam bentuk fardi tapi dalam bentuk yang berbeza iaitu rumah tangga atau baitul muslim.
Diluar perancangan ana secara konkrit hanya cita-cita mahu menamatkan zaman berseorangan sesegera mungkin namun tidak pernah menetapkan bila.Tapi Allah yang telah menetapkan dan ana hanya melalui ketetapan Allah buat ana.Allah datangkan Muhammad Hanis ke rumah ana bersama keluarga dan ana sekeluarga hanya menyambut keluarga kiriman Allah itu. Duah buah keluarga yang tidak pernah saling berkenalan baik anak, mahupun orang tua bertemu..tanpa juga kehadiran wakil yang menjadi perantara...Allahlah perantara kami...
Ana ditaarufkan oleh ibu dan dia ditaarufkan oleh ayahnya..tahulah aku seperti keluargaku yang juga punya darah campuran cina..dia juga begitu bezanya keluarganya dicampur dengan darah berketurunan Yaman..bumi seribu wali.Jika tidak kerana pendedahan tentang negara seribu wali itu tika di bainun mungkin ia hanya makluman biasa.Namun dengan makluman itu sedikit aku merasakan ia berketurunan baik2. Aku melihatnya sekilas penampilannya, gayanya dan caranya biasa dan simple.Aku hanya berbual dengan ummi, sungguh ku telah jatuh hati pada Ummi..wanita kecil, berkulit hitam manis, bermata kuyu dan berkaca mata..suara ummi lunak..ummi penuh kasih-sayang.Sebelum berpisah setelah sesi taaruf selesai aku menyalami dan mencium tangan ummi. Tapi ummi menarik dan memelukku dan mencium pipiku. aku terkaku..ummi..
Petangnya orang tengahku bertanya responku...bagiku tiada aral lantas ku bertanya pada keluargaku semuanya tiada aral. Kutanya diri..dia lelaki yang kurasakan cukup syaratnya yang ditetapkan Rasulullah.Lelaki sederhana punya cita2 tersendiri untuk agama..penampilan, sahabat, ibubapa dan latar belakang pendidikannya meyakini aku dia lelaki yang punya agama..harta, cukuplah dia telah punya kerja tetap, rupa paras... dia tiada cacat cela yang memalukan dirinya-sendiri..bagiku sudah cukup, keturunan Alhamdulillah lelaki yang punya keturunan dan tidak terputus keturunannya..
Aku tidak beristikharah kali ini sebelum membuat keputusan..dari awal lagi aku telah bertawakkal..jika dia jodoh yang Allah telah tetapkan walau apa halangan dia akan tetap menikahi aku..Yang aku lakukan hanya menjaga hati agar sentiasa berhubung dengan Allah..Setiap keputusan kupastikan diketahui guruku dan setiap langkahku dalam membuat apa jua keputusan kupastikan ia bertepatan dengan syara' .Lantas ku menjawab
" Keputusan ana adalah keputusan sahabat us.Jika dia ok maka begitulah ana. Jika sebaliknya maka sebaliknyalah ana...Keluarga ana tiada aral.."
dan aku bertawakkal biar apa keputusannya akan kuterima sebegai takdir tiada lagi air mata seperti dulu..tiada lagi pujukan untuk menerima ia takdir..kerana hati ini telah dilatih Allah menerima apa jua ketetapan..sebelum ketetapan itu terlaksana lagi..Sungguh... pasrah dan redha adalah kunci utama mendapat hati yang tenang..akhirnya setelah dua hari sahabat ana mengkhabarkan keluarganya tiada masalah dan mahu malangsungkan perkahwinan bulan 11 tahun yang sama. Keluarga ana juga tiada masalah..hanya 2 bulan urusan perkawinan harus dilaksanakan..beginilah apabila khatir Allah .. segalanya sepantas kilat..
Lagi empat hari aku kan bersua mata buat kali kedua dalam situasi berbeza...semoga majlisnya berjalan lancar semoga dialah jodohku..
Masih menanti orang yang tepat, masa yang tepat dan tempat yang telah ditetapkan DIA...
~ Rabbi mudahkanlah jangan persusahkan~
KeTIka QALbu MeLafAz KaLam
hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah.. hati itu adalah raja .. jasad itu adalah rakyat... hati adalah anggota yang mudah berubah... jagalah hatimu...
Saturday, November 17, 2012
Wednesday, October 5, 2011
bicara sahabat menguatkan diri 2 :)
Assalamualaikum...
Hari ni ana dapat satu kertas putih bergaris-garis halus dan pada kertas itu ada tertulis ungkapan penguat diri...tatkala taklifan demi taklifan singgah dibahu hamba yang lemah..andaikata bukit pun pecah menerima sebuah amanah apatah lagi ana hamba yang lemah-selemahnya...Allah, mungkin jika diberi amanah itu pada orang lain menjadi tidak seberat mana, tetapi bila takdirnya berada di bahu seorang hamba yang lemah ini...Allah..Ini kata-katanya buat perkongsian teman-temanku :

" Jalan ini kau lalui dengan penuh tabah,
Sabar dan kasih ditatang penuh,
Bagaikan ibu menyusukan anaknya,
Ujian itu mainanmu,
Tiada lagi gentar menerjah hati,
Dek bisa tegal biasa,
Engkau diangkat kepersada,
Hanya kerana ketabahan serta sabarmu,
Tanda DIA peduli padamu sahabat....~ALWANI ABU BAKAR~
~Terima kasih sahabat,untuk kata-kata ini....amat berharga dan bermakna tuk terus bergerak di jalan yang dipilih.Jalan yang sepanjangnya penuh dengan onak dan duri dan penghujungnya syurga yang abadi...syahid atau kemenangan untuk agama ini~
Monday, October 3, 2011
bicara sahabat menguatkan diri :)
BUAT SAHABAT2 YANG BERTUNGKUS-LUMUS MEMERAH OTAK, MENGERAHKAN TENAGA UNTUK ISLAM....
ღ¸.•´¯)¸.•✿..TULISKANLAH rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah SWT..izinkan Allah MEMADAM bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan RANCANGAN yang lebih BAIK..kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka..selalu ada hikmah di sebalik RANCANGAN yang Allah siapkan khas untuk kita, hambaNya yang
beriman..
Setiap perkara yang berlaku pasti sudah tersurat satu HIKMAH di sebaliknya..duhai diri, tidak perlu MENANGIS hanya disebabkan perkara duniawi..cuba cari KELEMAHAN dirimu, sama ada KURANG USAHA atau hubungan kita dengan si Dia masih BELUM cukup baik..tidak berpuas hati dengan apa yang diperoleh seolah-olah TIDAK BERSYUKUR dengan nikmat yang telah Allah kurniakan..Astaghfirullah..
ღ¸.•´¯)¸.•✿
p/s : HATI, jangan menangis. bersabarlah..tenanglah..redhal
Wednesday, September 28, 2011
Resipi Kuey Ketayap
Kueh Ketayap...nantikan kehadirannya my housemate.. |
Bahan-bahan ( 3-5 orang )
- utk kulit
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 2 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar minyak masak
- Beberapa titik pewarna hijau
- utk inti
- 1/2 biji kelapa parut
- 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
- 1 helai daun pandan
Cara-cara
- untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
- Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
- Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap. ehsan : My Resipihttp://www.myresipi.com/top/detail/1715
~selamat mencuba~
aNa RINDU SkBi...
Hari ini pensyarah semuanya out-station cadangnya nak ponteng dah..hehe tetapi memandangkan kerja yang banyak perlu disiapkan ok tak palah..kaki dikuatkan untuk melangkah ke IPG terchinta..sebelum bertolak stering kereta ana berbunyi " kreeeek" ..aduii ni mesti minyak power stering dah habis..stress betul asyik habis je minyak ni...lalu minyak berwarna cerah ku isi pada tangki yang ditetapkan...OK..stering dah licin dan tayar berputar bergerak ke IPG :)..
Sesampai di IPG laptop dibuka dan kerja pun bermula menyiapkan tugasan yang diberi.Tuk melicinkan tugasan blog jQaf SKBI dibuka..lalu kenangan lalu menggamit kalbu..rindunya ana pada SKBI!!!!!!!!!!! Allahuakbar, sebuah sekolah yang benar-benar mengajar ana bermula dari guru besar hinggalah pada pak cik guard ..benar2 membuatkan ana jatuh cinta pada sekolah ini...
Ana masih teringat kata-kata guru pembimbing ana..katanya lebih kurang begini " dokumentasi nilah yang membuatkan kita cemerlang...." .Fuhh...ana ni benda yang paling tak suka adalah dokumentasi masih terkenang jawapan ana pada guru pembimbing tersebut " ustaz, ana lebih relaaaaa kerja buruh dari dokumentasi...".Guru pembimbing ana ni rajin,lebih rajin dari ana yang pompuan ni..hu~ cukuplah membandingkan buku RPHnya dengan RPH ana..langit ngan bumi kot..hehe~
Di SKBI juga ana mengenali Kak Sunarti yang sangat bersungguh menyiapkan tugasan OUMnya...ana kagum dengan Kak Su juga guru-guru yang menyambung study .Kalau ana tak sanggup dah lebih2 lagi bila dah bersuami dan ada anak-anak.Ish,mana nak jaga anak lagi,masak lagi nak wat esaimen lagi..tugasan skulah pun dah ckup banyakTuk Kak Su selamat menamatkan pengajian..
Kenangan bersama Serikandi2 JQAF SKBI Kak Normah yang tegas,Kak Syarifah yang cantik,Kak Ju yang manis,Kak Kinah yang comel,juga akak2 yang lain...semoga kalian tetap teguh menjadi tiang seri ummat ini..Juga buat Pahlawan JQAF SKBI Ustaz Sobri ,Ustaz Syidin,Ustaz Aswad dan Ustaz Zamzuri selamat berjuang menegakkan kalimah Allah walau dimana penjuru kalian berada...

~Semoga kita dipertemukan lagi...Tidak di dunia InsyaAllah diakhirat~
Sunday, August 28, 2011
kata hati...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Yang telah mengaturkan seluruh aktiviti hambaNya untuk dilalui..
Yang telah menentukan rezeki buat hambaNya untuk dinikmati..
Yang telah menetaptkan jodoh buat hambaNya untuk dikasihi..
Yang telah menuliskan tarikh ajal setiap hambaNya untuk diingati..
Alhamdulillah saat coretan ini terlakar pada kanvas maya ini, Allah memberi kesempatan qudrat dan masa untuk menulis sesuatu setelah lama tidak menjengah blog kesayangan ini..bukan tidak ada bicara yang ingin dikongsi bukan tidak ada rasa yang ingin diluah tetapi tiada bahasa untuk menterjemah rasa dan bicara,hanya sekadar tersimpan kukuh di hati sekadar ditatap oleh diri sendiri dan sang pencipta.
Ramadhan kali ini rasanya mengajar banyak erti tentang kehidupan..realiti sebuah kehidupan,rasanya tidak mampu ana untuk melunaskan amanah yang diberikan oleh Allah..terlalu banyak tidak terhitung..banyak hak yang perlu dilunaskan.Usah dipersoalkan hak orang lain ke atas kita tapi hak kita yang perlu dilunaskan.
Lemahnya ana Ramadhan kali ini beberapa kali juga bertarawikh dirumah dan beberapa kali juga tertinggal tarawikhnya..urusan dunia banyak melemahkan ana..juga alasan kendiri yang tidak mampu melawan keletihan dan kemalasan yang bertandang...
Bila diuji baru diketahui sejauh mana kekuatan Iman...Resultnya iman ana masih berada pada tahap KRITIKAL...mungkin lidah hebat membicarakan tentang iman ,tentang mahabbah,mungkin jemari ligat bicara tentang pengabdian tentang khidmat tapi perlaksanaannya..maaf,maaf,maaf Allah...bicaraku tanpa bukti...tapi bicara ini adalah lukisan sebuah keinginan,pengharapan dan cita-cita...Kabulkan,kabulkan ya Allah...
Salam akhir ramadhan...
Addhuafaat ilaallah...
Bicara tentang CINTA...
Cinta...
Hubb..
Gemar sungguh manusia mengungkap kata Cinta..
Uhibbuki Fillah...
Uhibbuki Hubban Syadidan..
Saya mencintaimu kerana Allah...
Saya mencintaimu kamu sebenar-benarnya...
Dari cinta hadirnya rindu..
Ingin sentiasa bersama..
Ingin sentiasa besua..
Dari cinta hadirnya ingin menyerupai
Ittiba'
Dari cinta hadirnya khidmat
menyenangkan
Agar yang dicintai merasa senang..
Kenapa manusia gemar bicara tentang cinta?
Kerana cinta itu memang dicipta oleh pencipta..
Tidak bisa menanggalnya dari jiwa..
Bertafakur sendiri mengenal erti cinta
Lalu terjawablah dari seorang abi..
"kerna kamus cinta mereka materialis"
"kerna kamus cinta mereka syahwani"
"kerna kamus cinta mereka hayawani"
abi menyambung lagi
"mereka tidak kenal cinta mutlaq"
"mereka tidak kenal cinta iman"
"mereka tidak kenal cinta ketulusan tauhid..."
bukan mereka sahaja tidak tahu ...
bukan mereka sahaja tidak sedar ...
bukan mereka sahaja tidak merasainya....
tapi aku juga begitu....
Kamus cintaku harus berubah..
Mungkin bentuknya sama tapi ramuannya berbeza..
Kuatkan aku wahai PENCIPTA CINTA...
Subscribe to:
Posts (Atom)