Saturday, May 21, 2011

,:UJIAN IMAN:.

Salamullah alaikum....
.

Hari ni hari ahad smalam hari sabtu sebelum tu hari jumaat ...
Hari-hari dilewati dengan pelbagai kenangan yang indah walaupun pada sesetengah fikiran akal kita ada sesetengah yang berlaku adalah pahit.Semua yang berlaku didunia ini telah ditetapkan.Samada pahit atau manis sebagai hamba wajib menerimanya.Dunia pentas ujian.Setiap saat,setiap detik kita akan diuji sejauh mana kita beriman dengan :
Allah

Malaikat

Kitabullah

Rasulullah

Hari Kiamat

Qadha dan Qadar Allah

   Hari-hari kita diuji sejau mana kita beriman dan merasa wujudnya Allah tempat kita bergantung.Sejauh mana kita mengembalikan segala urusan kita kepada Allah.Sejauh mana kita menjadikan Allah sebagai pendamping utama kita.Sejauh mana kita menjadikan Allah tempat kita meluahkan segala kekusutan dihati.Sejauh mana kita mengingatinya.Sejauh manakah keberadaan Allah dalam diri kita..

  Setiap detik kita diuji sejauh mana kita berhati-hati denga setiap geraklangkah juga setiap bicara kita yang tidak terlepas dari catatan sang malaikat yang setia disisi mencatat segala sesuatu perlakuan kita.Sejauh mana kita menjaga adab dan kelakuan kita.Sejau mana kita menjaga sikap malu kita tatkala kita berdendirian kerana pada hakikatnya kita sendirian tapi zahirnya ada malaikat yang suci bersama kita.Sejauh mana kita bersedia menjawab soalan mungkar dan nakir kelak.

   Kita juga duji dengan kitabullah.Berapa lembaran sehari kita membacanya??belum lagi persoalkan ada atau tidak usaha kita mengamalkannya.Sejauh mana hati kita terikat dengan kitab suci ini.Hati yang sentiasa dibasahi ayat-ayat Allah akan sentiasa merindui untuk dibacakan ayat-ayat ini.Rasa gelisah bila tidak diperdengarkan dengan kalimah-kalimah Allah ini atau kita tidak merasakan apa-apa walau telah berhari-hari al-qur'an itu tidak disentuh.Ada atau tidak amal kita/usaha kita menegakkan hukum didalamnya.Mungkin kita tidak mempu menjadi pelaksana tapi ada atau tidak usaha kita menjadi penolong-penolong untuk menegakkannya...

   Adakah hari-hari kita berada dalam sunnah Rasulullah.Berapa banyakkah kita mengingati baginda adakah setimpal dengan pengorbanan yang telah baginda curahkan??Ada atau tidak rasa rindu kita pada baginda atau kita merindui yang lain...Ada atau tidak usaha kita untuk menegakkan dan meneruskan perjuangan baginda atau kita sekarang sedang berusaha merobohkan dan memusnahkan segala usaha baginda dengan membiarkan kejahilan ummat.Hanya memandang,melihat dengan pandangan sinis lantas menunding jari tanpa bertindak.Menjadi manusia yang cirit dalam berkata-kata tapi sembelit dalam perlaksanaan..
   Kita diuji dengan hari kiamat/hari kebangkitan.Kita merasa gerun dengan dahsyatnya hari ini,gerun dengan peristiwa yang bakal berlaku.Tapi pasti gerun itu hanya seketika sahaja saat menonton video muhasabah atau berada dalam sesi muhasabah.Ramai yang takut tapi hanya takut-takut.Takut hingga cuba untuk melupakan kegerunan sampai terlupa hari akhirat.Hingga memberi ruang dunia bertapak di hati melakukan sesuka hati dan nafsu.Hingga segala yang indah di akhirat jauh dari kita yang dekat adalah kesengsaraan yang satu ketika dahulu didunia kita lupakan.

   Orang yang beriman dan menerima sepenuh hati qadha' dan qadarnNya pasti merasa tenang.Mengubah musibah menjadi anugarah yang amat mahal berbeza dengan orang hanya mengambil bicara nafsu dan akal yang tak berpandu menjadikan anugerah yang amat berharga menjadi musibah yang tidak bernilai dan menyakitkan.Bagaimana hati kita sentiasa tenang atau berkeluh kesah setiap saat setiap detik walau dengan perkara duniawi yang remah.Sejauh mana kita menerima segala-sesuatu dengan tenang dan redha.Bagaimana kita menghadapi setiap ketentuan dengan wajah yang tenang atau penuh dengan kerutam..Hati orang yang beriman setiasa tenang dan bahagia biar apa jua keadaannya...
SEMOGA KITA MENJADI ORANG YANG BERIMAN...



Ingatan buat insan yang kerdil ini sekadar perkongsian buat sahabat2,jika lupa diminda sekurangnya bekasnya masih ada di kanvas maya ini...

Friday, May 20, 2011

Baitul Muslim...(1)

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...


 (eh knapa satu hijau satu biru ni...hehe)

    Tajuk posting kali ni berkisarkan baitul muslim, berat tuk ana berkongsi pandangan ana tentang bab yang satu ini secara terbuka seperti ini kecuali secara sembang-sembang santai ngan sahabiah untuk membicarakan secara begini rasanya agak keberatan.Tapi untuk melunasi janji seorang sahabat dan situasi sekeliling yang sudah membicara bab ini secara terbuka, ana cuba untuk memecah aisberg yang melitupi ana :)

   Kutujukan tulisan ini khusus buat sahabat nun jauh di perantauan.Moga dirimu tetap tegar dengan ujian dan teruskan usahamu.Allah mentakdirkan kisah Khadijah menyuarakan rasa hati pada Rasulullah pasti ada hikmahnya dan hikmah itu amat terasa bila kaki mula bertapak di medan sukar ini dan ingin terus kekal melangkah.Teruskan usaha murni mu adikku sungguh aku melihat kesungguhanmu untuk terus tsabat di medan perjuangan dan doaku sentiasa mengiringi langkahmu.Jangan sekali merasa ragu kerana jalan yang engkau pilih adalah benar kerana Khadijah telah membuktikan sehingga Allah memberinya sebaik-baik manusia.

   Juga buat sahabat yang ana kenali dan juga tidak ana kenali.Kerana sesungguhnya Islam itu bersaudara.Pembinaan baitul muslim boleh dianalogikan seperti membina sebuah bangunan.Sebelum membina bangunan apa yang pertama sekali dilakukan?Sudah tentu membina plan rumah.Ok,maka ketika ini arkitek/ tukang plan diperlukan.Seperti itu juga,dengan membina baitul muslim nih samalah cuma bezanya pelannya sudah ada tersedia yang asas nya iman dan taqwa yang dapat menyelamatkan diri dari api neraka.Seperti firmanNya yang bermaksud:
 
Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan-
(at-tahrim :6).

    Jadi, rumahtangga yang dibina perlu dirancang dan dirangka supaya menjadi rumahtangga dapat memelihara kita dan seluruh keluarga dan keturunan kita dari api neraka.Bukan untuk kepentingan peribadi semata atau kepentingan nafsu dan secara umumnya kepentingan duniawi, tetapi kepentingannya hingga ke akhirat.Sebab itu binalah rumahtangga yang benar-benar dapat menyubur taqwa malah lebih dari itu dapat menyebar takwa.Rumah tangga soleh lagi musleh...

    Seringkali kita dengar ungkapan-ungkapan tentang cinta atau yang berkaitan dengan baitulmuslim contonya  begini

Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI..
ada juga begini
“Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya ATAU SEKALIPUN AKU ADALAH PEMILIKNYA, jangan biarkan aku merindukan kehadirannya. Jangan biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya. Kikislah pesonanya dari kelopak mataku. Dan jauhkanlah dia dari relung hatiku sementara kami masih belum halal bersama. Dan tetapkanlah hatiku hanya untukMu dan setia untuknya apabila tiba waktunya kelak.
  dan bermacam lagi kata-kata hikam yang indah hingga kadang-kadang hati juga boleh terbuai dengan kata-kata inda ini.Nak,nak plak mesej ni di forward plak pada kekasih hati.Allah...
   Rasanya semua telah maklum proses pembinaan baitul muslim bermula sebelum terbinanya baitul muslim itu sendiri.Sebagai awalnya ana tidak ingin membicarakan berkaitan soal pemilihan jodoh atau yang sepertinya tapi perkara yang harus kita ambil berat ialah persediaan untuk membinannya.Muslimah apa persediaan anda untuk menjadi seorang isteri ??? dan muslimin apa persediaan anda untuk menjadi suami???
Mencari calon???
ya tapi bukan yang terutama
Kumpul Wang ???
ya tapi bukan juga yang terutama
timbulkan mood tuk berpasangan ??
ya tapi bukan yang utama...perlu ada nanti tak berkembang Ummat Muhammad..nanti Ummat Islam makin sikit plak...
dengar lagu Lafaz Sakinah??
ya tapi bukan yang terutama..perlu tuk amik khibrah tapi tak tau sejauh mana diaplikasikan apa yang terkandung..
Jadi apa??
Ilmu berumahtangga...
Ilmu bermuamalat...
Ilmu fardhu ain...
Ilmu psikologi..
dan ilmu dan ilmu...
Yang aula adalah ilmu dan kefahaman.Baru timbulnya Ikhlas,baru tahu tujuan terbinanya baitul muslim,barulah dapat tahu..rupanya dah ada plan rumahtangga muslim yang dah Allah sediakan.Jika tidak mulanya sebuah perkenalan atas dasar nafsu,atas dasar kesepian atas dasar comelnya dia,cantiknya dia dan semuanya atas dasar duniawi..
bersambung......


 

Wednesday, May 18, 2011

Taman Hati Muslimah Solehah

Dalam hati seorang muslimat itu seharusnya seperti taman..
Taman indah menghijau..
Saban waktu ada gerimis membasahi tanahnya..
Gerimis turun lantaran rindu pada Dia Yang Menciptakan
Gerimis turun pada dia sesempurna ciptaan..

Dalam hati seorang muslimah itu seharusnya seperti taman
Taman pesona syurgawi..
Ada bunga mekar yang harumnya membawa bahagia
Bukan menular racun yang merosakkan
Ada bunga mekar yang punya duri yang tajam
Tidak mudah dirobekkan dan tidak merobekkan..

Dalam hati seorang muslimah itu seharusnya seperti taman
Taman berpagar putih nan indah dan kukuh
Hanya bisa dipandang tetapi tidak boleh dimiliki dan dimasuki sesuka hati
Hanya bisa dilalui oleh yang akhyar sahaja

Dalam hati seorang muslimah itu seharusnya ada taman
Taman indah dihiasi pelangi
Sesiapa sahaja yang memandangnya beroleh bahagia hakiki
Menenangkan yang gundah dengan syifa' yang tersendiri

Indahnya muslimah dunia melebihi bidadari syurga...

Bicara Seorang Ummat...

Rasulku...Seluruh nafasku adalah nafasmu..
Seluruh aliran darahku adalah alir darahmu..
Seluruh denyut nadiku adalah denyut nadimu..
Seluruh hatiku milikmu dan tuhanmu...
Seluruh keringatku untukmu dan tuhanmu...

Rasulku...
Tidak ku lupa hangatnya cintamu..
Tidak ku lupa pesanmu..
Tidak ku lupa kasihmu..
Tidak ku lupa pengorbananmu..

Rasulku...
Aku rindu mendengar merdu suaramu..
Aku rindu renungan matamu...
Aku rindu menatap senyum pada bibirmu..
Aku rindu mendengar suara mu yang melafaz hadismu..
Aku rindu memelukmu persis seorang anak memeluk bapanya..

Rasulku...
Nantikan aku dipintu syurga membawa kemenangan agamu..
Nantikan aku dipintu syurga bersama kekasihmu yang engkau rindui..
Nantikan aku dipintu syurga untukku sahut panggilan UMMATI...UMMATI..UMMATI.

Rasulku...
Dari jauh ku pinta...
Doakan aku semoga tabah menghadapi hidup ini
Doakan aku semoga aku tidak leka dengan mainan duniawi
Doakan aku semoga aku kuat mengamal sunnahmu
Doakan aku semoga dunia tidak masuk kedalam hatiku

Semoga dalam hati ini hanya ada dirimu dan tuhanmu..

Seputar Kasih Illahi

Malam itu dia tidak melelapkan mata walau sepicing pun,dipandangnya kipas yang ligat berputar.Harapnya matanya letih dan tertidur namun ternyata gagal.Dipeluk bantal peluknya yang seusia dengannya.Matanya terkebil-kebil masih tidak dapat dipejamkan.Ah,kenapa dengan aku ni...Jarang benar dia begini, biasanya pantang kepala menyentuh bantal nescaya tidak sampai lima minit dia akan bertukar alam,ruhnya akan meninggalkannya dan kembali setelah dikejutkan dengan suara ibunya keesokan hari.Lain benar malam ini.
  "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang disayanginya dan disukainya.."Suara ustaz disekolahnya membacakan mafhum hadis pagi tadi benar-benar terkesan dan membawanya kelembah kegusaran.Dia mengakui yang menjadi minatnya kini para artis,para penyanyi.Nyanyian cinta yang lagha sentiasa dibibirnya.Dilihatnya gambar dua orang artis lelaki kesukaannya tertampal elok disebelah katilnya.Dilihatnya pula majalah-majalah hiburan yang masih tersisa selepas habis dibakar ibunya tatkala sesi sport-chek dilakukan.
  Imaginasinya mula bekerja,satu saat dihari kebangkitan dia akan dibangkitkan dengan para pendosa dan pelaku maksiat.Ahh malunya andai dia dibangkitkan bersama Shah Rukh Khan yang Islamnya entah kemana, dimana harus diletakkan wajahnya tatkala dia dibangkitkan bersama para manusia yang sering menimbulkan amarah Tuhan Yang Esa.Bagaimana pandangan Allah pada dirinya?Bagaimana mungkin mendapat surat amalan dari tangan kanan sedangkan yang berada disisinya adalah mereka yang ketika didunia tidak sempat bertaubat dan mati dalam murka tuhan.Bagaimana dan bagaimana??.Hatinya menjadi bertambah gelisah.
  Aku tidak ingin bangkit bersama mereka,aku ingin bangkit bersama Rasulullah.Aku ingin saat aku dibangkitkan Rasulullah yang berada disebelahku.Aku ingin menetap wajah baginda,aku ingin dia orang yang pertama aku lihat saat aku dibangkitkan.Aku Ingin bangkit bersama orang-orang soleh, aku ingin bangkit bersama Tok Guru Nik Aziz yang sedari kecil aku ikuti kuliahnya.Aku ingin bangkit bersama ibubapaku,aku ingin bangkit bersama guru-guruku yang sentiasa menanam dan menyemai imanku.Aku ingin bangkit bersama sahabat-sahabatku yang soleh.Aku ingin bangkit bersama mereka tapi bagaimana mungkin dalam masa yang sama dia juga minat pada manusia pendosa!!!..Batinnya menjerit,badannya menggigil matanya menangis,hatinya pilu..
  Dilihatnya jam dinding yang sudah menunjukkan jam 2 pagi, dia masih tidak dapat melelapkan matanya.Dia beristighfar berulang-ulangkali.Penawar taubat mengalir keseluruh tubuhnya.."Jangan kamu berputus asa dengan rahmat  Allah.."dalil tentang rahmat Allah yang dipelajarinya beberapa hari lalu seolah-oleh terngiang-ngian ditelinganya tanpa  dipinta.Allah izinkan aku tidur untuk aku meneruskan satu kehidupan yang baru esok.Matanya mengalah dan perlahan-lahan rela ditidurkan.Astagfirullah hal azim..tiada cinta  pada mereka yang murka padaMu Allah..Bersambung....

Monday, May 16, 2011

tentang niqab @ purdah...


Assalamualaikum...

allahummasolii ala muhammad...



  

   Satu petang...tatkala ana sedang solat terasa ada seseorang memasuki bilik ana (nampak sangat tak khusyuk' ...hehe)

Usai solat n sedikit doa...sahabat ana mengambil tepat betul2 dihadapan ana...dalam hati ana (kurusnya dia...maklumla ana ni comel sket...)

 
    "Kenapa ya??" ana dapat menduga sahabat ana datang bukan sekadar lawatan sambil belajar atau jalan2 mengisi kekosongan waktu tatkala musim study week menjelma...macam ada sesuatu je...(suspen betul...).Ana tersenyum memandangnya.Sungguh ana seorang sukar mengorek masalah orang.Walaupun ana tahu sahabat ana ada masalah yang perlu diselesaikan tapi beginilah ana...tetapi bila ada yang datang menceritakan dan minta bantuan insyaallah ana sedia membantu...Tetapi untuk sahabat yang sorang ini ana senang untuk bertanya mungkin kerana dia senang bicara sama ana.

   Dia mula bicara lebih kurang begini .."akak saya nak pakai purdah.."

dan ana terdiam seketika  dalam hati berkira..apa harus aku bicara.



Cuba mengimbas kembali dialog bersama seorang kakak yang telah ana iktiraf secara diam sebagai murabbiah hati ana.

"Akak saya nak pakai purdah.Apa pendapat akak?"

"Kenapa hawa nak pakai purdah??"Tanya akak itu kembali.

Ana memandang jauh ke arah hutan2 disekeliling yang gelap..tapi nyaman dengan deruan air  terjun dan orkestra cengkerik dan unggas di hutan itu.Hati kecil ini berbisik mengulang pertanyaan akak ini.Kenapa ya??
 
"Saya nak tutup wajah saya dari pandangan muslimin..." pendek jawapan ana.
 
akak itu tersenyum...
 
"Sebenarnya purdah bukan sekadar menutup wajah dari pandangan muslimin.Malah lebih dari itu..."

Bicaranya terhenti disitu dan anatidak berani bersoal banyak.Adab bersama guru tidak boleh terlalu banyak soal.Seterusnya kami mula bicara soal hati.
 
Kembali semula pada bicara ana n sahabat di bilik...

Kata ana begini..

"Kak awa (nama glamour kat maktab nih...) , tak tau apa yang nak dikata..nak galakkan pon tdak n halang pon tidak..apa yang dinasihatkan oleh seseorang akak pada Kak Awa sebelum pakai purdah dulu...hijablah hatimu itu yang paling utama..Jadi nasihatnya andai ini pilihannya teruskan cuma jangan lupa untuk sentiasa koreksi diri.Pakai purdah banyak cabaran."

 
sambung ana lagi...


"Bagi Kak Awa purdah menjadi satu motivasi tuk menyempurnakan diri sebagai seorang muslimat.Tak nak hanya hijab di luar tapi hakikatnya tidak begitu..., harus sabar dengan pujian yang bakal mendatang cuba bayang tiba2 akan ada yang datang pada kita dan berkata comelnya akak ni,kalau tak kuat hati kita tersasar jadi apa guna purdah yang kita pakai... "

Ana cuba membuka ujian2 n cabaran berniqab dan jawabannya positif dan ana yakin dia buat atas dasar faham bukan ikut-ikutan .Dia membalas begini:

"Tak pa akak,sebenarnya semua ujian dan apa yang akak bgtau sebagai latihan untuk saya melatih dan mengoreksi diri dan hati,saya harus pakai ..."

Ana nampak tekad dalam hatinya.Lalu ana hadiahkan sesuatu sebagai permulaan dan ana berbisik,ini memang rezekinya.

Buat sahabat dan sesiapa sahaja tahniah kerana kalian punya kekuatan untuk berbusana muslimah cuma pesanan untuk diri ini yang hina ini terutamanya...jangan sekadar berpakaian tapi biarlah akhlak kita dan ibadat kita juga indah dan pakaian yang sebanar ialah pakaian takwa.Doakan ana tuk menjadi muslimat yang bertakwa...

dan ana masih mencari rahsia itu???