Sunday, March 20, 2011

.:jangan lemah dengan kelemahan:.

Allah sudah menakdirkan sesuatu yang dikehendaki dan dilakukan"


Assalamualaikum...

Semoga sahabat2 ana dan sesiapa sahaja membaca blog ini sentiasa dirahmatiNya sentiasa...

   Ana diminta oleh seorang sahabat untuk menasihatinya, kerana satu kesalahan yang pada ana tidaklah sebesar manapun tetapi bagi seorang yang kuat imannya seperti dia, memandang keslahan ini sesuatu yang berat.Salahnya, dia merasakan dia telah terleka dalam berchatting dangan seorang muslimin.Tersasar sedikit dari tujuan sebenar.Maka ana katakan padanya,kita hanya manusia biasa yang memiliki hati yang mudah terlalai dan terleka jangan terlalu meyalahkan diri atau menjadikan ia satu tekanan.Bukankah dalam ketakutan pada azab Allah ada pengharapan terhadap rahmatNya.
   Apa kata ibnu Atho'illah dalam kitabnya al-hikam :

من علامات الأعتماد علي العمل نقصان الرجاء عند وجود الزلل

ertinya : "antara tanda-tanda bahawa seseorang itu bersandar diri dan mengutamakan kekuatan amal usahanya ialah kurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah Taala ketika terjadinya kesalahan dosa..."

   Kita hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.Jangan jadikan kesalahan yang kita lakukan sebagai asbab untuk kita rasa jauh dari Allah.Malah,jadikan kesalahan yang kita lakukan sebagai asbab untuk kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.Jangan jadikan kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri dalam beragama sebagai alasan untuk kita tidak menjadi lebih baik.Jangan kerana kurangnya ilmu agama sebagai alasan untuk kita berubah.Sekali terdetik untuk melakukan kebaikan LAKUKAN.
   Seringkali ana dihadirkan oleh Allah individu yang berada didalam satu kelompok yang tidak menunjang untuk melakukan kebaikan walau sekadar untuk berpakaian secara syar'ii tetapi dengan kekuatan hati dan rasa ingin berubah mereka berjaya...malah mereka meletakkan diri mereka dalam medan dakwah.Bukan sedikit rasa hati yang terpaksa dilawan,bukan setitis air mata yang mengalir tapi demi sebuah cinta yang yang sebelum ini terhijab,demi sebuah nur hidayah yang telah menerangi mereka.Mereka SANGGUP merentasi jalan taufiq agar hidayah yang diberi oleh Allah tidak sia-sia.Natijahnya,perkara yang sebelum ini dirasakan sukar dan mustahil menjadi mudah dan tidak lagi menjadi sesuatu yang berat.Berat hanya pada permulaannya.
   Semoga kita tidak menjadi lemah dengan kelemahan,tetapi kita kemjadi kuat dengan kelemahan kita.Sesiapa sahaja tidak menyukai kelemahan yang berada dalam diri.Buat sahabat-sahabat yang ingin berubah kuatkanlah semangat,tanamlah tekad dalam diri dan dan bertawakkallah kepada Allah.Firman Allah :

وعسي أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسي أت تحبوا شيئا وهو شرلكم 
و الله يعلم وأنتم لا تعلمون
(البقرة :216)
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu dan Allah Taala mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...

   Tulisan ini bukan sekadar untuk tatapan pembaca di blog ini,tetapi sebenarnya khusus untuk ana dalam merintis kehidupan di bumi yang fana ini yang terkadang hanyut dengan kelemahan dan kekurangan diri.Semoga kita diberi kekuatan membaiki dan membetulkan keslahan dan kesilapan diri.

~islam agama yang memotivasikan penganutnya.I love Islam~

Monday, March 14, 2011

-think-



Bismillah

Sekadar perkongsian bersama pembaca blog ini ..

Apabila ditanya oleh seorang junior

"Akak adakah orang yang sering menagih perhatian adalah orang yang kekurangan kasih sayang...?"

Ana berteleku seketika sambil menyudu kuah sup yang berada dihadapan kami..ana dapat rasakan 'orang' yang dirujuk itu adalah dirinya.Apa jawapan yang harus ana jawab.Ana berempati seketika..maka ini jawapan yang ana bagi.

"Tak semestinya orang yang menagih perhatian dan kasihsayang orang lain adalah orang yang kurang kasih-sayang.Mungkin seseorang yang sering menagih kasih-sayang adalah orang yang sentiasa dilimpahi dengan kasih-sayang.Lantaran terbiasa mendapat perhatian,tiba-tiba satu ketika dia kehilangan perhatian, maka dia akan menagih perhatian dan kasih-sayang orang yang berada sekelilingnya, kerana dia merasai kekurangan bila tidak mendapat apa yang sering diperolehi.Ada juga orang yang tidak pernah mendapat kasih-sayang atau perhatian,tapi dia mampu dan boleh hidup sendiri dan berdikari tanpa  mengharap kasih-sayang dan perhatian orang lain sebab dia sudah terbiasa begitu."...

   Sebenarnya ana pon tak jangka ini jawapan yang terzahir dari ana.Sekadar ingin menukar cara junior ini berfikir dan terus-menerus mengatakan dirinya kekurangan kasih-sayang dan perhatian lantaran tinggal berjauhan dari keluarga.Ana rasakan dia rimas dengan sikap dirinya yang sering menagih perhatian dan kasih-sayang dari orang lain,Maka,dia membuat kajian kendiri dan kesimpulannya dia menggolongkannya dalam kategori individu yang kurang mendapat kasih-sayang.Sebab itulah dia menjadi begitu~mengharap kasihsayang dan perhatian mereka disekitarnya ~.Ditambah pula dengan kenyataan yang sering ana sendiri dengar iaitu mereka yang cuba untuk menarik perhatian dan kasih-sayang orang lain biasanya mereka yang tidak mendapat perhatian dan kasih-sayang dari keluarga terdekat terutamnya ibubapa dan keluarga.

Kami meyambung menjamu selera.Dia berfikir seketika dan persoalan kedua menyusul dan persoalannya lebih-kurang begini :

"Akak adakah seseorang maduu yang dalam proses berubah kembali pada keadaan asal kerana seseorang da'ie itu sudah tidak meng'follow-up' dia lagi..."

Sekali lagi ana terpaksa berfikir dengan mendalam..dan inilah jawapannya lebih kurang :

"Tak semestinya begitu...ada je mad'uu yang walaupun dia dah tak di follow-up, terus lagi kekal dan semakin baik.Segala-galanya bergantung pada kita.Mungkin allah sengaja memutuskan perhubungan kita dengan orang yang mencetuskan perubahan kita, Allah nak uji dan nak tahu kita berubah kerana siapa??Allah nak uji keikhlasan perubahan kita."

Begitulah sedikit-sebanyak jawapan yang dapat ana berikan semampu ilmu dan pengalaman ana..dan kelihatan dia berfikir,mungkin mindanya sedang memproses sesuatu.Ana hanya mampu menyampaikan pandangan ana selebihnya terpulanglah kepada pertimbangannya...

Buat sahabat2 yang baca entry ni...pandangan kalian amatlah dialu-alukan..sebagai percambahan idea..

Wassalam...

.:buat ibu pada seorang PEJUANG:.







ibu...
usah kau risau akan gerak langkah anakmu
bermusafir kesana-sini
kerana akan kupastikan
musafir ini hanya pada jalanNya

ibu...
usah engkau risau dengan kerjaku
kerana akan ku sentiasa pastikan
setiapa amalku saban waktu
punya nilai disisinya

ibu...
jangan engkau risau akan keselamatanku
kerana telah engkau curahkan segala ilmu yang ada padamu
hingga aku mampu menjaga diriku

ibu...
usah engkau risau akan hati ini
kerana engkau telah mengenalkan aku
dengan cintaNya
mungkin engkau lihat ramai yang lalai dengan cinta manusia
tapi yakinlah pesananmu tidak akan kulupa
akan ku ingat kata-kata ini
takkan ada dua cinta dalam satu hati..

Ibu...
Usah engkau gusar akan kesibukanku
kerana kesibukanku ini hanya untuk
meperjuangkan agama ini
dan pahalanya kupersembahkan buatmu

ibu...
jangan engkau risau
jangan engkau gusar
jangan engkau gelisah
jangan engkau khuatir

anakmu ini...
sentiasa di bawah jagaan tuhanNya..

Friday, March 11, 2011

Telah kita pilih jalan ini...

Buat mereka yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi junduNya...

apabila kita telah dipilih dan memilih jalan ini...
Derap kaki kita harusnya lebih kemas...persis sang pejuang yang berani...
Sahsiah kita mestilah lebih berbanding sahsiah umum...
Bicara kita seharusnya matang dan punya matlamat...bukan lagii omongan kosong yang melalaikan...
Fikir kita harus lebih luas bukan hanya untuk kepentingan peribadi dan kesenangan diri..tapi fikir kita untuk Islam..
Pembawakan diri kita bukan lagi pembawakan peribadi...pembawakan kita lambang Islam yang ada dalam diri kita juga sahabat2 kita yang bersama pada medan perjuangan ini..
Rehat kita bukan lagi rehat untuk bersenang-lenang tapi rehat kita untuk mengembalikan tenaga yang hilang...
Makan kita bukan lagi makan memenuhi nafsu tetapi makan kita untuk apa yang kita perjuangkan..

Ingatlah ...
sekali kita berada di medan ini...
cercaan dan hinaan adalah melodi yang wajib kita dengari...
jangan mudah lemah kerana melodi ini menguatkan dan membakar semangat kita...
Rasa lemah akan sentiasa bertandang
Kerana kita memikul amanah yang berat hanya orang yang memikul sebuah bebanan yang merasai beratnya sebuah bebanan...
dan jalan ini bukanlah bebanan tapi adalah menefistasi cinta kita pada Yang Maha Esa dan juga pada kekasihNya..jadi pikullah sekuat tenaga jangan sekali engkau lempar jauh dari pundakmu...

Ingatlah ..,
Andai rasul dapat melihat apa yang kita lakukan..
Dia pasti berbangga,
Inilah ummat yang dirindui saban waktu,
Inilah ummat hasil pengorbanannya tanpa mengira batasan waktu,
Inilah:
        "UMMATI....UMMATI...UMMATI...."
Jangan disia-siakan pengorbanan  dan rindu baginda pada kita.....