Wednesday, February 2, 2011

Palestine...


Assalamualaikum…
Selamat  pagi,tgh, petang dan malam…
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina…

   Di saat rakyat Malaysia bergembira menyambut Tahun Baru Cina bagi yang berbangsa Cina dan bagi yang berbangsa lain juga gembira bercuti bersama sanak saudara,saudara kita dibumi Mesir sedang bergolak,begitu juga saudara kita di Palestin sedang bergelumang dengan bom,darah dan air mata.Saat rakyat di sini bergembira menyambut dentuman mercun yang pelbagai warna,mereka juga bergembira dengan dentuman mortar dan gas pemedih mata serta peluru-peluru rambang dari tentera munafiq.
  Jauh benar kegembiraan yang kita alami berbanding apa yang mereka rasai.Seringkali bila ana mendengar dentuman meriam di pagi raya atau saat tahun baru cina,terbayang bagaimanakah jika meriam atau mercun yang didengari tiba-tiba bertukar dengan mortar atau peluru-peluru yang membunuh.Ana pejamkan mata serapat-rapatnya,cuba merasai apa yang merasai ibu-ibu,kakak-kakak,abang-abang juga adik-adik ana yang comel di Palestin.Tidak dapat ana bayangkan.Allah…
   Tetapi sebenarnya mereka tidak pernah sedih atau meratap apa yang mereka rasai..Mereka tidak rasa susah kerana mereka kelaparan dan kebuluran sebab, bukan setahun dua mereka berlapar.Cuma kita yang merasa pelik sebab kita tak pernah merasai kelaparan lebih 24 jam.Mereka tak pernah hairan sedikit pun dengan rumah-rumah dan harta mereka yang dimusnahkan kerana sejak berpuluh tahun mereka tidak pernah merasai nikmat berharta.Mereka tidak kisah pun memiliki pakaian hanya sehelai dua,kerana telah berpuluh tahun mereka memakai apa sahaja yang ada. Cuma kita yang bersimpati lantaran kita memiliki pakaian yang terlalu banyak.NIKMAT DUNIA MEREKA TIDAK SIBUKKAN SEPERTI KITA…
  Pada fikiran mereka hanya sebuah keamanan untuk beragama,membebaskan Al-Aqsa yang dimiliki oleh kita semua.Kita semua ummat Islam.Tetapi,mereka kaum bertuah yang dipilih oleh Allah untuk berhadapan dengan kuffar dan munafiq dan kita hanya bergoyang kaki tanpa sebarang usaha.Melihat mereka  mati dengan penuh kemuliaan,kita merasa sedih sebaliknya kita lupa untuk mencorakkan bagaimana kematian kita.Melihat ibu-ibu mereka meratapi kematian anak-anak mereka,maka kita juga turut bersimpati  tetapi kita lupa mereka ratapi bukan kerana sedih kehilangan anak mereka.Ibu-ibu di sana telah tepu dengan rasa sedih kematian anak mereka.Tetapi,mereka ratapi kerana sudah tiada lagi anak yang mereka boleh infakkan pada jalan ini.Kita yang sepatutnya meratap sedih lantaran ramai anak-anak muda kita telah mati rasa sayang dan rasa ingin berkorban pada agama.Hidup tanpa guna pada agama ibarat mati sebelum tiba masanya.
  Kita lah yang sewajibnya merasa sedih dan sengsara namun apakan daya,kemewahan dan kesenangan kita membuatkan kita lupa yang disekeliling kita semakin banyak generasi fir’aun,semakin ramai manusia berjiwa namrud,semakin bercambah sifat qarun dalam jiwa si kaya.Namun,kita masih lagi begini,bergembira sedangkan azab Allah telah selayaknya menimpa kita…
   Palestin tidak mengharapkan simpati atau harta dari kita.Tetapi Palestin mengharapkan kebangkitan dan kesedaran untuk membela dan meletakkan Islam pada tempatnya.Palestin mengharapka jiwa-jiwa besar untuk membela agama ini.Jiwa yang tidak pernah gentar atau takut dengan taghut.Jiwa yang tidak pernah takut dengan siksaan ciptaan manusia.Palestin tidak dambakan simpati dari syabab tetapi palestin dambakan syabab yang merindui sebuah kematian yang mulia.

Tentera Muhammad tidak lagi akan bangkit,tetapi tentera Muhammad telah bangkit…
Khaibar!Khaibar! ya Yahud Jaisyu Muhammad bada’a yaud…

~Allah campakkan rasa takut dalam hati kami hanya padaMu dan bimbinglah kami dalam perjuangan ini…~