Wednesday, January 26, 2011

sanah helwa UMMU MUJADDID...


Sanah helwa buat ukhtiku yang disayangi Allah dan dirindui Rasulullah..
Lahirmu kedunia bukan sia-sia,
Ada misi yang  perlu diselesaikan
Ada risalah yang perlu diutus
Ada tuhan yang perlu diakui keesaannya
Semoga lahirmu ditanah ini melahirkan lebih ramai syuhada’
Yang rela dikorbankan untuk membawa risalah ini
Andai wanita lain sibuk memikirkan indahnya duniawi
Kuharap engkau sibuk memikirkan indah syurga ciptaan Illahi
Andai wanita lain leka menghiasi jasadnya dengan pakaian yang indah
Kuharap engkau terus memperbaharui dan menghiasi pakaian taqwa yang sedia tersarung pada  nuranimu
Pada matamu kusering melihat sinar Islam memancar gemilang
Jangan dikau pudari dengan pesona dunia yang menipu
Pada kudratmu kurasai ada quwwah yang bisa memenangkan islam
Jangan dikau bazirkan ia pada perkara yang tidak sepatutnya
Pada lisan dan fikiranmu ada buah yang bisa meracuni dada musuh
Jangan dikau bazirkan dengan memenyimpannya tanpa diluah
Buat adik,sahabat,guru ku.
Terima kasih dan sanah helwa moga sentiasa berada di bawah naungan illahi…

ana bagi patrick n spangebob kat anti!!!!!

Kalam khudaimah assoff;
Nara Syuhada’

Monday, January 24, 2011

tegas,multi tasking,bahan2 tarannum n macam2 lagi...skdar perkongsian...


   Hari-hari yang dilalui di maktab atau ipgm ini banyak mendidik ana menjadi lebih matang dan lebih tegas dalam bertindak walaupun ana sendiri masih belum berpuas hati.Kekurangan ana,ana bukan seorang yang tegas dengan tindakan dan keputusan ana.Tapi, ana kearah itu lebih2 lagi pada perkara atau tindakan yang memberi kesan pada jalan yang dipilih ini.Terlalu lama ana tidak mengupdate blog kesayangan ini.Agak sibuk,entah kenapa perkataan tak ada masa,sibuk,busy, seringkali bermain di lidah.Sungguh ana semakin tidak menggemari perkataan-perkataan ini.Tetapi,seringkali sahaja terlafaz tanpa disedari.
   Bekerja secara multi-tasking sedang ana pelajari,agar yang dikendong tak keciciran dan yang dikejar tidak berlalu pergi begitu sahaja.Banyak perkara yang ingin dilakukan terutamanya Usrah Mawaddah yang walaupun telah memasuki minggu ketiga pengajian, masih belum ana jalankan.Sahabat-sahabat seusrah telah banyak kali bertanyakan tentang hal ini.Lama tidak berjumpa kata mereka dan ada seorang lagi sahabat yang ingin menyertai usrah ini.
  Terkadang ana rasa bersalah,disebabkan kelemahan ini,ana merasakan mereka terbantut mendapat hidayah dan ilmu Allah.Cadangnya malam ini ana nak berjumpa mereka,tetapi memandangkan ada tugasan lain yang perlu disiapkan jadi ana menunda esok malam,tetapi sekurang-kurangnya petang tadi ana sempat bersama salah seorang dari mereka.Alhamdulillah.
   Alhamdulillah hari ni ana telah menghantar denda disebabkan tak pakai tudung ikut aturan, hehe…sepatutnya ana memakai tudung putih tapi ana pandai2 je p pakai tudung bidang 60 ada kaler2 walaupun kaler dia hitam dan putih je pun…tapi tulah,nasib badan nak wat cam mana…huhu…syaratnya mesti 200 baris.Maka,mengaranglah ana pasal tudung,3 helai setengah jugak lah.Mulanya tak dak idea lepas tu mencurah-curah plak ideanya,walaupun agak merapu-rapu atleast siap pada masa yang ditetapkan.Ana rasa cam nak aplikasikan dekat anak murid ana je….Sapa tak wat kerja sekolah kena wat karangan 100 baris (sebab anak murid ana sekolah rendah jadi kena kurangkan sket=)…. ).
   Setiap kali hari Isnin ana sangat-sangat gembira sungguh gembira,pukul 7 pagi dah siap-siap turun ke padang,biasanya ana akan kesurau tuk warming up,lebih tertutup lepastu jalan lebih kurang 10 minit tuk ke astaka n ana berjogging bersama kawan2 seperjuangan..2 round padang jugalah.Biasanya ana jalan je, tak larat nak lari-lari nih..jalan cukup dua round n ana warming down plak..
   Sebenarnya sebahagian catatn ni ditulis pada malam isnin dan disambung di bilik kuliah..hehe..lecturer tarannum kelas ana outstation jadi kami buatla kerja sendiri…Jadi,bagi sapa2 yang nak down-load bahan tarannum boleh la ke blog ni…-banyak bahan yang menarik yang boleh didownload disini.(coretan ini ditulis pada hari semalam)...

Sunday, January 9, 2011

sekadar bicara





Tatkala awal pagi menjengah alam..
mata terasa kaku untuk direhatkan..
minda masih ingin berfikir dan berfikir
tentang ummat
tentang agama ini
tentang nasib diri 
ingin benar ku menjadi 
setegas umar
seberani khalid
seakrab abu bakar
sebijak alfateh
agar ku dapat memperjuangkan agama ini
tetapi kutahu
ku hanyalah ibarat seekor burung kecil
yang ingin berbakti buat tuhan dan nabinya
dengan paruh yang kecil 
yang hanya mampu membawa setitis air
tetapi dengan niat yang ikhlas
dia berusaha menyelamatkan nabi yang disayangi..
dari hangus di mamah api yang marak
begitulah aku
kuredah jalan ini dengan segala kelemahan
tetapi kerja ini harus dilakukan
kerana tugas ini adalah AMANAH...

~bantulah ana dalam menempuh jalan juang ini...~

Friday, January 7, 2011

nasihat abi..

blog jogging di taman maya...sekadar perkongsian walau pun ringkas tapi cukup bermakna..tuk tatapan bersama..

CINTA YANG MEMBINASAKAN....

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ
وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiasi indah bagi manusia kecintaan terhadap perempuan dan anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda-kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Yang demikian itu adalah kesenangan hidup dunia. Dan di sisi Allah sebaik-baik tempat kembali ( Ali Imran: 14-16 )
Kecenderungan nafsu yang membawa kepada cinta ini. Cinta yang merosakkan... yang membutakan mata hati....yang meleburkan iltizam ..yang mengendurkan semangat jihad...yang melunturkan keperibadian para daie.....
Dunia perjuangan jadi sempit...berat terasa untuk keluar berjihad meninggalkan anak isteri..akhirnya perjuangan hancur di tangan para daie sendiri.
Justeru ya abnaie...istiqamahlah dengan amal ruhi mu demi mentazkiyyah nafsu dari perangkap CINTA DUNIA yang membinasakan....

ABi

coretan hujung minggu..

Assalamualaikum n selamat tahun baru masihi...

  Alhamdulillah lebih seminggu.ana tidak mencoretkan sesuatu di kanvas maya ini.Kekalutan yang menghambat menyebabkan nak bukak laptop pun tak sempat ditambah pula dengan situasi maktab yang membantutkan ana untuk mencoretkan sesuatu.Tak keluar langsung buah bicara yang ingin dikongsi bersama.Tak da ilham..Hujung minggu ana manfaatkan untuk menulis seuatu di sini.Berbeza benar dirumah, idea mencurah-curah tapi bila kembali ke maktab terasa semuanya kaku dan beku...kenapa ya??
  Sepanjang minggu ini kelas berjalan seperti biasa,yang best nya kelas ana diletakkan di surau.Istimewa sungguh kelas di salah sebuah bilik di surau.Walaupun agak terpisah dari teman2 semaktab yang lain,rasanya ana selesa di sini.Sem ini,ana ada subjek olahraga (berolahragala tahun nih), tiap2 isnin kena turun jogging mengelilingi padang yang seluasnya 2.4 km.Kalu satu pusingan 2.4km kalu dua 4.8 lah!!! huhu...kurus la ana mcm nih...
   Sem ni jugak,kami kembali belajar tarannum..biasalah semangat nak belajar tarannum tu berkobar2 lah.Harap berkekalan sampai bila-bila.Seronok, rasanya suara ana matang sket dibanding mula-mula belajar dulu,tak pandai nak wat lenggok2 nih...tapi rasanya sekarang boleh la sket2.Tapi,bila baca depan ustaz..sumanya lintang-pukang.Dari tarannum hijjaz last2 jadi taranum sdn bhd.Hehehe...maaf na us basil..
   Alhamdulillah, usrah amilin bagi belah muslimat sudah bermula berbunga rasa hati melihat adik2 yang sentiasa bersemangat mengikuti usrah.Mulanya ana kaget jugak,ramai ke yang akan datang tetapi bila melihat seorang demi seorang memunculkan diri mereka hingga cukup sedozen,hati ini terhibur.Terima kasih buat adik-adik yang sentiasa bersedia untuk menjadikan diri kalian sebagai ladang amal buat kak awa.Semoga Allah terus memberi ilham buat diri ini berkongsi ilmu untuk menjadikan kalian bunga yang membawa haruman islam.Cuma,usrah mawaddah belum lagi bermula cadangnya minggu ni.Ana sebenarnya masih tercari-cari pembawakan dan pengisian yang sesuai tuk usrah ini.
    Tahun ini berbeza dari tahun2 sebelum ni,biasanya bila masuk tahun baru,ada je azam yang dipasang tapi tahun nih tak da pula azam baru.ana sekadar ingin memantapkan apa yang telah dilakukan.Mengurangkan mazmumah dan menambah mahmudah dalam diri dan melatih untuk lebih tersusun dalam segala urusan.Serta,menjadi lebih matang..heheh...Sekadar ini coletahan ana...siirukum ala barakatillah...